Jabatan Perhubungan Perusahaan Pulau Pinang_official

Jabatan Perhubungan Perusahaan Pulau Pinang_official Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Jabatan Perhubungan Perusahaan Pulau Pinang_official, Government Organization, Jalan Bagan Luar, George Town.

๐Ÿ“ข JEMPUTAN MAJIKAN PULAU PINANG: SERTAI WACANA PERHUBUNGAN PERUSAHAAN & IHI ENGAGEMENT 2026!๐Ÿ“ขMisi memartabatkan keharmon...
22/04/2026

๐Ÿ“ข JEMPUTAN MAJIKAN PULAU PINANG: SERTAI WACANA PERHUBUNGAN PERUSAHAAN & IHI ENGAGEMENT 2026!๐Ÿ“ข

Misi memartabatkan keharmonian perusahaan negara memerlukan komitmen dan kerjasama daripada semua pihak! ๐Ÿคโœจ

Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia (JPPM) dengan sukacitanya menjemput semua wakil majikan untuk menyertai Industrial Harmony Index (IHI) Engagement Secara Bersemuka dan Wacana Perhubungan Perusahaan 2026.

Jom hadiri program ini untuk mendalami pelaksanaan IHI Self-Assessment (IHI SA) dan perkongsian bermakna tentang amalan terbaik keharmonian perusahaan di tempat kerja! ๐Ÿข๐Ÿ’ก

๐Ÿ“‹ Butiran Program:
๐Ÿ“… Tarikh: 20 Mei 2026
๐Ÿ“ Lokasi: Pulau Pinang (Tempat akan dimaklumkan kelak)
Pendaftaran Peserta: Melalui Jemputan

Jangan lepaskan peluang ini untuk melibatkan diri dan memperkukuhkan hubungan majikan-pekerja di organisasi anda! ๐ŸŒŸ

๐Ÿ“ฑ Cara Mendaftar
Sila imbas kod QR yang dilampirkan atau klik pautan di bawah untuk mengesahkan penyertaan anda:
๐Ÿ‘‰ https://forms.gle/bHeSSY9usXLdYKns5

Kehadiran anda sangat dinantikan! Mari bersama kita wujudkan persekitaran kerja yang harmoni dan produktif. ๐Ÿ’™๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

๐Ÿ“ข JEMPUTAN KEPADA MAJIKAN: SERTAI INDUSTRIAL HARMONY INDEX (IHI) MELALUI SISTEM IRIS! ๐Ÿ“ขPerhubungan yang harmoni antara m...
21/04/2026

๐Ÿ“ข JEMPUTAN KEPADA MAJIKAN: SERTAI INDUSTRIAL HARMONY INDEX (IHI) MELALUI SISTEM IRIS! ๐Ÿ“ข

Perhubungan yang harmoni antara majikan dan pekerja adalah tunjang kepada kejayaan dan produktiviti sesebuah organisasi! ๐Ÿขโœจ

Jabatan Perhubungan Perusahaan Pulau Pinang menjemput semua majikan syarikat swasta di Pulau Pinang untuk menyertai Industrial Harmony Index (IHI), satu kajian holistik yang menggabungkan pandangan majikan dan pekerja bagi mengukur tahap keharmonian perusahaan di syarikat anda.

Melalui kajian ini, kami menilai keharmonian berdasarkan 5 Dimensi IHI (24 Item):
๐Ÿค Hubungan Memupuk
๐Ÿ”— Keterhubungan
๐Ÿคฒ Saling Bekerjasama
โ˜ฎ๏ธ Saling Berdamai
โœ”๏ธ Bertanggungjawab

Kini, menyertai IHI lebih mudah dan pantas melalui platform dalam talian Sistem IRIS (Modul IHI) ๐Ÿ–ฅ๏ธ

Manfaatkan peluang ini untuk melakukan penilaian kendiri dan membantu kami membentuk persekitaran kerja yang lebih kondusif untuk semua.

๐Ÿ‘‰ Klik pautan di bawah untuk mendaftar dan melengkapkan penilaian IHI sekarang:

๐ŸŒ https://iris.mohr.gov.my/

Mari bersama kita memupuk dan memelihara keharmonian perusahaan negara! ๐Ÿ’™๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Selamat Datang Pengarah Baharu JPP Pulau Pinang! ๐ŸŒŸKehadiran YBrs. Puan Marina binti Ibrahim selaku Pengarah Jabatan Perh...
21/04/2026

Selamat Datang Pengarah Baharu JPP Pulau Pinang! ๐ŸŒŸ

Kehadiran YBrs. Puan Marina binti Ibrahim selaku Pengarah Jabatan Perhubungan Perusahaan Pulau Pinang memberikan semangat baharu kepada seluruh warga jabatan. Kami bersedia berganding bahu di bawah kepimpinan Puan untuk memacu keharmonian industri yang lebih cemerlang. ๐Ÿค

Selamat berkhidmat, Puan! Semoga perjalanan karier di sini dipenuhi kejayaan dan keberkatan.

17/03/2026

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1447H / 2026M

Dengan penuh rasa syukur dan kegembiraan, Warga Pulau Pinang mengucapkan tahniah Hari Raya Aidilfitri yang penuh berkat kepada semua pihak. Semoga hubungan silaturahim terus kukuh, kerjasama semakin erat, dan Pulau Pinang terus maju bersama.

Pulau Pinang permata di selat,
Warga bersatu dalam harmoni,
Selamat Hari Raya Aidilfitri,
Maaf zahir batin dari kami sekalian!

Semoga Aidilfitri ini membawa kebahagiaan, kesihatan, kejayaan dan keberkatan buat semua.

Dari hati warga Jabatan Perhubungan Perusahaan Pulau Pinang โค๏ธ

Pada 13 Februari 2026, merupakan hari terakhir Puan Saadiah Saad bertugas sebagai Pengarah Negeri di Jabatan Perhubungan...
19/02/2026

Pada 13 Februari 2026, merupakan hari terakhir Puan Saadiah Saad bertugas sebagai Pengarah Negeri di Jabatan Perhubungan Perusahaan Pulau Pinang.

Berkuat kuasa 16 Februari 2026, beliau akan bertukar ke Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia, Putrajaya sebagai Pengarah Bahagian Pertikaian Perusahaan.

Turut sama bertukar ialah Cik Nurul Faizah binti Abdul Ghani, Penolong Pengarah Kanan yang akan ditempatkan di perjawatan hakiki di Jabatan Perhubungan Perusahaan Perak.

Sepanjang perkhidmatan di Pulau Pinang, kedua-dua pemimpin ini telah memberikan sumbangan yang besar dalam memastikan keharmonian perhubungan perusahaan di negeri ini berjalan lancar.

Kami mengucapkan terima kasih atas dedikasi dan komitmen yang telah diberikan. Semoga berjaya di tempat bertugas yang baharu.

Selamat bertugas!

Jabatan Perhubungan Perusahaan Pulau Pinang

๐ŸŒ™โœจ SELAMAT MENYAMBUT RAMADAN AL-MUBARAK โœจ๐ŸŒ™Jabatan Perhubungan Perusahaan Pulau Pinang mengucapkan Selamat Menyambut Bula...
19/02/2026

๐ŸŒ™โœจ SELAMAT MENYAMBUT RAMADAN AL-MUBARAK โœจ๐ŸŒ™

Jabatan Perhubungan Perusahaan Pulau Pinang mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadan Al-Mubarak kepada semua umat Islam di seluruh Malaysia.

๐Ÿคฒ Semoga bulan yang penuh berkat ini membawa:
โ€ข Keberkatan dan rahmat dari Allah SWT
โ€ข Kesihatan dan kebahagiaan kepada semua
โ€ข Keharmonian dalam perhubungan perusahaan
โ€ข Kekuatan dalam menghadapi cabaran

๐Ÿ•Œ Di bulan yang mulia ini, marilah kita tingkatkan:
โ€ข Amal ibadah dan taqwa
โ€ข Semangat kerjasama di tempat kerja
โ€ข Toleransi dan persefahaman
โ€ข Kepedulian sesama insan

Jabatan Perhubungan Perusahaan Pulau Pinang berkomitmen untuk terus berkhidmat kepada rakyat dalam memelihara keharmonian perhubungan perusahaan.

RAMADAN KAREEM ๐ŸŒ™

Jabatan Perhubungan Perusahaan Pulau Pinang telah menjadi tuan rumah bagi Mesyuarat Bersama Pengarah JPP Negeri serta La...
12/02/2026

Jabatan Perhubungan Perusahaan Pulau Pinang telah menjadi tuan rumah bagi Mesyuarat Bersama Pengarah JPP Negeri serta Lawatan Kerja Ketua Pengarah JPPM ke JPP Pulau Pinang. Di bawah kepimpinan Puan Saadiah Saad, acara ini telah menyatukan para pemimpin utama dari seluruh negara, termasuk Tetamu Utama, YBhg. Aminuddin Bin Ab. Rahaman, Ketua Pengarah Perhubungan Perusahaan Malaysia, beserta delegasi Pengarah-Pengarah Negeri dan Pengarah Bahagian Ibu Pejabat.

Mesyuarat tersebut telah diadakan pada 28 Januari 2026, dengan fokus kepada perbincangan strategik dalam memantapkan tadbir urus Jabatan. Kami warga Jabatan Perhubungan Perusahaan Pulau Pinang mengucapkan terima kasih kepada semua delegasi Pengarah-Pengarah yang hadir. Mari kita kekalkan momentum ini untuk penyelarasan masa depan yang lebih mantap. ๐Ÿ’ผ

SESI PERKONGSIAN ILMU: PENGIKTIRAFAN KESATUAN SEKERJA DALAM KONTEKS AKTA PERHUBUNGAN PERUSAHAAN 1967GEORGETOWN, 12 Febru...
12/02/2026

SESI PERKONGSIAN ILMU: PENGIKTIRAFAN KESATUAN SEKERJA DALAM KONTEKS AKTA PERHUBUNGAN PERUSAHAAN 1967

GEORGETOWN, 12 Februari 2026 โ€“ Jabatan Perhubungan Perusahaan (JPP) Pulau Pinang telah berbesar hati menerima jemputan sebagai penceramah dalam Kursus Pengurusan Kesatuan Sekerja Tahun 2026 anjuran Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (JHEKS) Pulau Pinang.

Berlangsung di Cititel Hotel, Pulau Pinang pada hari ini, sesi perkongsian daripada Puan Pengarah JPP Pulau Pinang telah mengupas secara terperinci isu-isu berkaitan pengiktirafan kesatuan sekerja di bawah Akta Perhubungan Perusahaan 1967. Sesi ini turut diserikan dengan perkongsian bersama pihak Jabatan Tenaga Kerja (JTK).

Alhamdulillah, program ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan! Hampir 100 orang wakil pengurusan kesatuan sekerja dari sekitar zon utara iaitu Pulau Pinang, Kedah, dan Perlis telah hadir dan memberikan tumpuan penuh sepanjang sesi berlangsung.

Diharapkan segala ilmu dan input yang dikongsikan pada hari ini dapat memberi manfaat yang bermakna kepada semua wakil kesatuan sekerja yang hadir, seterusnya memacu keharmonian perusahaan di negara kita. ๐Ÿค๐Ÿข








KUNJUNGAN HORMAT DAN PERBINCANGAN STRATEGIK BERSAMA CAWANGAN KHAS IBU PEJABAT POLIS DAERAH (IPD) TIMUR LAUT DAN JABATAN ...
12/02/2026

KUNJUNGAN HORMAT DAN PERBINCANGAN STRATEGIK BERSAMA CAWANGAN KHAS IBU PEJABAT POLIS DAERAH (IPD) TIMUR LAUT DAN JABATAN PERHUBUNGAN PERUSAHAAN (JPP) PULAU PINANG.

Satu sesi perjumpaan dan perbincangan strategik telah diadakan di antara pihak Cawangan Khas Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut dan Jabatan Perhubungan Perusahaan (JPP) Negeri Pulau Pinang, bertempat di pejabat JPP Pulau Pinang, semalam. Pertemuan ini bertujuan untuk mengeratkan silaturahim dan hubungan kerja di antara kedua-dua agensi kerajaan.

Fokus utama perbincangan adalah bagi mendepani cabaran penugasan masa kini yang menuntut sinergi padu antara pihak keselamatan dan perhubungan perusahaan.

Antara intipati perbincangan termasuklah percambahan idea berkaitan isu-isu keselamatan semasa serta kupasan mendalam berhubung implikasi pindaan akta-akta yang membabitkan bidang kuasa kedua-dua jabatan.

Semoga usahasama yang terjalin ini dapat memperkukuhkan lagi sistem penyampaian perkhidmatan dan keselamatan di Daerah Timur Laut dan Pulau Pinang secara amnya.

KUNJUNGAN DARIPADA POLIS DI RAJA MALAYSIA (PDRM), Cawangan Balai Polis Lebuh Pantai, Pulau Pinang..Jabatan ini amat berb...
10/02/2026

KUNJUNGAN DARIPADA POLIS DI RAJA MALAYSIA (PDRM), Cawangan Balai Polis Lebuh Pantai, Pulau Pinang..

Jabatan ini amat berbesar hati menerima lawatan daripada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi tujuan bertukar-tukar pendapat dan idea berhubung akta yang digunapakai oleh kedua-dua jabatan serta perbincangan berkaitan isu keselamatan semasa.

Diharapkan jalinan kerjasama ini akan terus diperkukuhkan demi meningkatkan kecekapan perkhidmatan dan seterusnya memberi kemudahan terbaik kepada para pengguna.


Satu lawatan telah diadakan antara Jabatan Perhubungan Perusahaan Pulau Pinang dan Balai Bomba dan Penyelamat Lebuh Pant...
09/02/2026

Satu lawatan telah diadakan antara Jabatan Perhubungan Perusahaan Pulau Pinang dan Balai Bomba dan Penyelamat Lebuh Pantai, Georgetown sebagai usaha memperkukuh kerjasama strategik antara kedua-dua jabatan.

Lawatan ini bertujuan untuk perkongsian pandangan berkaitan aspek keselamatan, prosedur kecemasan serta pematuhan peraturan demi kepentingan Jabatan dan Bangunan Kementerian Sumber Manusia Pulau Pinang.

Terima kasih atas kerjasama yang erat. ๐Ÿ”ฅ๐Ÿš’

Address

Jalan Bagan Luar
George Town
12000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Perhubungan Perusahaan Pulau Pinang_official posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share