Pejabat Daerah Dan Tanah Timur Laut, Pulau Pinang

Pejabat Daerah Dan Tanah Timur Laut, Pulau Pinang Government Agency

29/05/2026
 # # *πŸŒ™ SALAM HARI RAYA AIDILADHA 1447H / 2026M πŸ•‹**Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Walillahil Hamd.*Ikhlas dar...
26/05/2026

# # *πŸŒ™ SALAM HARI RAYA AIDILADHA 1447H / 2026M πŸ•‹*

*Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Walillahil Hamd.*

Ikhlas daripada *Tuan Ismasuhaimi Bin Shariff (Tuan Pegawai Daerah Timur Laut)* serta seluruh warga kerja *Pejabat Daerah dan Tanah Timur Laut, Pulau Pinang*, ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam, khususnya buat warga Daerah Timur Laut.

Aidiladha mengajar kita tentang erti pengorbanan yang sebenar, keikhlasan, dan ketaatan yang tidak berbelah bahagi. Semoga ibadah korban kita pada tahun ini diterima oleh Allah SWT dan membawa keberkatan serta mengeratkan lagi ukhuwah sesama kita.

Bagi yang pulang ke kampung halaman atau melakukan perjalanan, diucapkan selamat jalan dan pandulah dengan berhati-hati.

*Selamat Hari Raya Aidiladha. Tulus ikhlas daripada kami di PDTTL.* πŸ•ŠοΈ

Rabu, 20 Mei 2026 – Telah berlangsung Majlis Perhimpunan Bersama Pegawai Daerah Bil. 2/2026 bertempat di Auditorium F, A...
22/05/2026

Rabu, 20 Mei 2026 – Telah berlangsung Majlis Perhimpunan Bersama Pegawai Daerah Bil. 2/2026 bertempat di Auditorium F, Aras 5, KOMTAR. Majlis yang bermula jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari ini dihadiri oleh barisan pegawai dan warga Pejabat Daerah dan Tanah Timur Laut (PDTTL).

Perhimpunan kali ini menjadi platform penting untuk amanat daripada Tuan Pegawai Daerah dalam memperkasakan mutu penyampaian perkhidmatan, memperkukuh integriti, serta membincangkan hala tuju dan pencapaian agensi bagi suku tahun kedua 2026.

Terima kasih diucapkan kepada semua warga kerja PDDTL yang hadir memberikan komitmen tinggi. Semoga segala amanat yang disampaikan dapat diterjemahkan dalam gerak kerja harian demi kesejahteraan masyarakat dan kemajuan daerah.





Kaunter Penerangan dan Kutipan Luar Cukai  Tanah / Cukai Petak Pejabat Daerah dan Tanah Timur Laut kembali lagi! Jom pak...
20/05/2026

Kaunter Penerangan dan Kutipan Luar Cukai Tanah / Cukai Petak Pejabat Daerah dan Tanah Timur Laut kembali lagi!

Jom pakat mai ramai-ramai ke kaunter kami di :-

πŸ—“οΈ Tarikh : 24 Mei 2026 (Ahad)
⏰ Masa : 9.00 pagi hingga 3.00 petang
πŸ“ Lokasi : Gelanggang Bola Keranjang Bandar Sri Pinang(karpal singh drive)

Apa yang menarik kat kaunter kami? πŸ˜‰

βœ… Pertanyaan tentang cukai tanah dan cukai petak
βœ… Penjelasan tentang cukai tanah baharu
βœ… Semakan rekod dan bayaran cukai tanah / cukai petak secara tanpa tunai
βœ… Bimbingan dan pendaftaran akaun cukai bagi pengemaskinian maklumat pemilik dan alamat di PgLAND
βœ… Permainan interaktif berserta cenderahati eksklusif!

Jangan lepaskan peluang untuk hadir ke kaunter kami.

Jumpa anda di sana!

18 Mei 2026 - Sesi kunjungan hormat Pengarah Bahagian Penyelarasan Penyertaan Bumiputera Pulau Pinang (ICU JPM) Tuan Haj...
18/05/2026

18 Mei 2026 - Sesi kunjungan hormat Pengarah Bahagian Penyelarasan Penyertaan Bumiputera Pulau Pinang (ICU JPM) Tuan Haji Dr. Syaharudin Shah bin Haji Mohd Noor ke Pejabat Daerah dan Tanah Timur Laut.

Sesi temubual Tuan Pegawai Daerah Timur Laut bersama Buletin Mutiara telah diadakan pada hari Rabu, 13 Mei 2026 yang ber...
15/05/2026

Sesi temubual Tuan Pegawai Daerah Timur Laut bersama Buletin Mutiara telah diadakan pada hari Rabu, 13 Mei 2026 yang berkisar tentang perkhidmatan kaunter kutipan luar cukai tanah/petak dan kaunter penerangan yang dilaksanakan oleh Pejabat Daerah dan Tanah Timur Laut.

GEORGE TOWN – Inisiatif Pejabat Daerah dan Tanah Timur Laut (PDTTL) melaksanakan kaunter luar kutipan cukai tanah dan cukai petak dilihat bakal memudahkan urusan rakyat apabila pelbagai perkhidmatan kerajaan dibawa terus ke kawasan komuniti, termasuk di luar waktu operasi biasa pejabat. Β  Pegawai...

Pengemaskinian maklumat pemilik tanah dan petak serta alamat lebih mudah dilakukan di PgLAND.Boleh dilakukan di mana-man...
14/05/2026

Pengemaskinian maklumat pemilik tanah dan petak serta alamat lebih mudah dilakukan di PgLAND.

Boleh dilakukan di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa.

Berikut adalah langkah-langkah untuk mengemaskini alamat dan maklumat pemilik tanah dan petak di dalam portal PgLAND.

Setiap permohonan yang diterima akan diproses oleh Pejabat Daerah dan Tanah, kemudian pemakluman akan dikemukakan secara e-mel kepada pemilik tanah dan petak. Sebarang pindaan ke atas maklumat tidak boleh dilakukan dalam tempoh 3 bulan daripada permohonan terdahulu.

Mudah, kan? Jom kemaskini maklumat anda berkaitan cukai tanah dan petak di PgLAND.

Check out PEJABAT DAERAH TANAH TIMURLAUT’s video.

Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah memaklumkan tentang pelanjutan tempoh permohonan pengurangan cukai tanah sehingga 31 ...
14/05/2026

Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah memaklumkan tentang pelanjutan tempoh permohonan pengurangan cukai tanah sehingga 31 Mei 2026 membabitkan pelaksanaan semakan cukai tanah baharu 2026 baru-baru ini.

Dalam hal ini, semua permohonan rayuan pengurangan cukai tanah boleh dikemukakan ke mana-mana Pejabat Daerah dan Tanah terdekat. Permohonan rayuan juga boleh dilakukan secara dalam talian melalui portal PgLAND sebelum tarikh akhir.

MMK juga turut bersetuju untuk memberi pengecualian denda lewat kepada semua pemilik tanah yang membayar cukai selepas 31 Mei 2026. Pengecualian tersebut melibatkan denda lewat cukai tanah, cukai petak dan blok sementara bagi tempoh 1 Jun 2026 hingga 31 Mei 2027.

Telah berlangsung pembukaan kaunter penerangan dan kutipan luar cukai tanah dan petak serta kaunter I Sejahtera Pejabat ...
10/05/2026

Telah berlangsung pembukaan kaunter penerangan dan kutipan luar cukai tanah dan petak serta kaunter I Sejahtera Pejabat Daerah dan Tanah Timur Laut pada hari Ahad, 10 Mei 2026 bertempat di Padang Kawad USM sempena Temasya Sukan Piala Ketua Polis Negara Tahun 2026.

Ramai pengunjung mengambil peluang ini untuk membuat semakan dan bayaran cukai tanah / cukai petak termasuk semakan dan pendaftaran iSejahtera.

Kaunter bergerak ini akan diadakan lagi pada hujung minggu ini, jadi jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan akses kepada perkhidmatan kami seperti butiran berikut:-

πŸ—“οΈ Sabtu dan Ahad, 16 dan 17 Mei 2026
πŸ“ Econsave Farlim, Bandar Baru Ayer Itam
⏰ 10.00 am - 5.00 pm

Sila bawa kad pengenalan atau bil cukai terdahulu untuk memudahkan urusan semakan dan bayaran cukai tanah/petak.

Jumpa anda di sana! 😊

Kaunter Penerangan dan Kutipan Luar Cukai  Tanah / Cukai Petak Pejabat Daerah dan Tanah Timur Laut kembali lagi! Jom pak...
07/05/2026

Kaunter Penerangan dan Kutipan Luar Cukai Tanah / Cukai Petak Pejabat Daerah dan Tanah Timur Laut kembali lagi!

Jom pakat mai ramai-ramai ke kaunter kami di :-

πŸ—“οΈ Tarikh : 10 Mei 2026 (Ahad)
⏰ Masa : 9.00 pagi - 1.00 petang
πŸ“ Lokasi : Padang Kawad USM, Pulau Pinang

πŸ—“οΈ Tarikh : 16 - 17 Mei 2026 (Sabtu - Ahad)
⏰ Masa : 10.00 pagi - 5.00 petang
πŸ“ Lokasi : Econsave Farlim, Ayer Itam

Apa yang menarik kat kaunter kami? πŸ˜‰

βœ… Pertanyaan tentang cukai tanah dan cukai petak
βœ… Penjelasan tentang cukai tanah baharu
βœ… Semakan rekod dan bayaran cukai tanah / cukai petak secara tanpa tunai
βœ… Bimbingan dan pendaftaran akaun cukai bagi pengemaskinian maklumat pemilik dan alamat di PgLAND
βœ… Permainan interaktif berserta cenderahati eksklusif!

Jangan lepaskan peluang untuk hadir ke kaunter kami.

Jumpa anda di sana!

Address

TINGKAT 50 & 51, KOMTAR
George Town
10000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Daerah Dan Tanah Timur Laut, Pulau Pinang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share