09/05/2026
✨ MENYANTUNI WARISAN, MERAIKAN IDENTITI ✨
Program Kenduri Warisan Bersempena Majlis Pengisytiharan Warisan Negeri Tahun 2026 telah berlangsung dengan jayanya dalam suasana penuh harmoni, meriah dan sarat dengan nilai budaya di Kampung Mengkuang T**i, Seberang Perai Tengah.
Majlis yang julung kali diadakan ini bukan sahaja menghimpunkan masyarakat melalui sajian tradisional dan pengisian warisan, malah menjadi lambang komitmen berterusan dalam memelihara khazanah sejarah, seni budaya serta identiti negeri Pulau Pinang untuk terus diwarisi generasi akan datang.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada YAB Tuan Chow Kon Yeow, Ketua Menteri Pulau Pinang atas kesudian menyempurnakan perasmian program ini serta sokongan berterusan Kerajaan Negeri dalam usaha memperkasa dan memartabatkan warisan negeri.
Turut mencuri tumpuan adalah pengisytiharan 16 item Warisan Negeri baharu yang merangkumi seni persembahan dan kulinari tradisional — suatu pengiktirafan penting dalam memastikan warisan negeri terus lestari dan relevan merentas zaman.
Semoga penganjuran program seperti ini terus menjadi wadah penyatuan masyarakat serta menyemarakkan rasa cinta terhadap warisan, budaya dan jati diri negeri yang kita banggakan bersama.
“Warisan bukan sekadar tinggalan masa lalu, tetapi amanah masa hadapan.”