Projek Khas Pengerang Integrated Petroleum Complex, JKR

Projek Khas Pengerang Integrated Petroleum Complex, JKR Pasukan Projek Khas PIPC adalah pasukan projek yang ditubuhkan oleh JKR Malaysia bagi memantau dan menyelia projek-projek Khas Jalan di Johor

✨ TERIMA KASIH & SELAMAT MAJU JAYA ✨Pihak Pasukan Projek Khas PIPC (Pengerang Integrated Petroleum Complex) merakamkan s...
11/08/2026

✨ TERIMA KASIH & SELAMAT MAJU JAYA ✨

Pihak Pasukan Projek Khas PIPC (Pengerang Integrated Petroleum Complex) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Sr. Mohd. Azhar bin Mat Salleh, Juruukur Bahan Gred J12, atas segala jasa, komitmen, sumbangan serta khidmat bakti yang telah dicurahkan sepanjang menjalankan tugas bersama Pasukan Projek Khas PIPC.

Sesungguhnya, setiap usaha, kerjasama dan dedikasi yang diberikan amat bermakna dalam memastikan amanah serta tanggungjawab yang dipikul bersama dapat dilaksanakan dengan sebaiknya. Segala pengalaman, kenangan, kerjasama dan sumbangan yang telah dicurahkan akan sentiasa dikenang dan dihargai oleh seluruh warga pasukan.

Tahniah atas kenaikan pangkat dan penempatan ke Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan, Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya Malaysia. Semoga penempatan baharu ini menjadi satu lembaran baharu dalam kerjaya untuk terus melakar kejayaan, memperluaskan pengalaman serta memberikan khidmat yang terbaik kepada organisasi dan rakyat.

Teruskanlah memberikan yang terbaik di tempat baharu. Semoga segala urusan dipermudahkan, dikurniakan kesihatan yang baik, dilimpahkan rezeki serta terus cemerlang dalam melaksanakan setiap amanah dan tanggungjawab yang diberikan.

Jasamu akan terus kami kenang,
sumbanganmu akan sentiasa kami hargai,
dan kenangan bersama akan kekal menjadi sebahagian daripada perjalanan pasukan ini.

🌹 Selamat maju jaya dan tahniah atas kenaikan pangkat.
Semoga terus sukses dalam kerjaya dan kehidupan. Sampai bertemu lagi di lain kesempatan. 🤝

Tulus ikhlas daripada,

Lt. Kol. Bersekutu. (PA) Ir. HJ. ABDUL RANI BIN HARUN PCM, AMP
Pengarah Pembinaan
Pasukan Pengurusan Projek Khas
Kompleks Petroleum Bersepadu Pengerang (PIPC)
dan Khas Jalan (PPKJ)

Jabatan Kerja Raya Malaysia






𝐇𝐄𝐁𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀-𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐋𝐀𝐔𝐍𝐂𝐇𝐈𝐍𝐆 𝐁𝐄𝐀𝐌 𝐅𝐀𝐒𝐀 𝟐MAKLUMAN KERJA-KERJA "LAUNCHING BEAM" FASA 2 BAGI PROJEK PEMBINAAN DIRECTIONAL ...
10/08/2026

𝐇𝐄𝐁𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀-𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐋𝐀𝐔𝐍𝐂𝐇𝐈𝐍𝐆 𝐁𝐄𝐀𝐌 𝐅𝐀𝐒𝐀 𝟐

MAKLUMAN KERJA-KERJA "LAUNCHING BEAM" FASA 2 BAGI PROJEK PEMBINAAN DIRECTIONAL RAMP DI PERSIMPANGAN SENAI DESARU EXPRESSWAY - BANDAR PENAWAR AKAN DIADAKAN SEPERTIMANA KETETAPAN BERIKUT:-

𝐓𝐀𝐑𝐈𝐊𝐇: 𝟏𝟐 𝐒𝐄𝐇𝐈𝐍𝐆𝐆𝐀 𝟐𝟎 𝐎𝐆𝐎𝐒 𝟐𝟎𝟐𝟔
𝐌𝐀𝐒𝐀: 𝟖.𝟑𝟎 𝐏𝐀𝐆𝐈 𝐒𝐄𝐇𝐈𝐍𝐆𝐆𝐀 𝟕.𝟎𝟎 𝐏𝐄𝐓𝐀𝐍𝐆

PELAKSANAAN KERJA INI ADALAH SECARA BERPERINGKAT DAN DIJANGKA AKAN MELIBATKAN GANGGUAN ALIRAN TRAFIK

PENGGUNA JALAN YANG MELALUI LOKASI INI DIMINTA MEMATUHI ARAHAN PAPAN TANDA DAN PELAN PENGURUSAN TRAFIK UNTUK MENJAMIN KESELAMATAN LALULINTAS

SEGALA KESULITAN AMAT DIKESALI

SEBARANG PERTANYAAN BOLEH HUBUNGI:-
019-7393206 (EN. MUHAMMAD MUZAMIER SHAH MEDZAR)





𝐇𝐄𝐁𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐖𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐁𝐔𝐓𝐇𝐀𝐑𝐆𝐀𝐍𝐎𝐓𝐈𝐒 𝐒𝐄𝐁𝐔𝐓𝐇𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 [𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈]Tajuk Kerja:𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀-𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐏𝐀𝐏𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐍𝐃𝐀 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐏𝐑𝐎𝐉𝐄𝐊 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐈...
29/07/2026

𝐇𝐄𝐁𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐖𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐁𝐔𝐓𝐇𝐀𝐑𝐆𝐀
𝐍𝐎𝐓𝐈𝐒 𝐒𝐄𝐁𝐔𝐓𝐇𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 [𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈]

Tajuk Kerja:
𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀-𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐏𝐀𝐏𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐍𝐃𝐀 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐏𝐑𝐎𝐉𝐄𝐊 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐈𝐍𝐀𝐀𝐍 𝐃𝐈𝐑𝐄𝐂𝐓𝐈𝐎𝐍𝐀𝐋 𝐑𝐀𝐌𝐏 𝐃𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐒𝐈𝐌𝐏𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐍𝐀𝐈 𝐃𝐄𝐒𝐀𝐑𝐔 𝐄𝐗𝐏𝐑𝐄𝐒𝐒𝐖𝐀𝐘 - 𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑 𝐏𝐄𝐍𝐀𝐖𝐀𝐑, 𝐉𝐎𝐇𝐎𝐑 (𝐓𝐄𝐍𝐃𝐄𝐑 𝐒𝐄𝐌𝐔𝐋𝐀)

Sebut Harga adalah dipelawa daripada Kontraktor-kontraktor yang berdaftar dengan CIDB dan mempunyai Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK), Sijil Taraf Bumiputera (STP) serta Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) dalam Gred G1 Kategori CE Pengkhususan CE43.

Sebut Harga dipamer dan boleh dibeli dari 03/08/2026 (Isnin) hingga 07/08/2026 (Jumaat) di Pejabat Bahagian Ukur Bahan, Tingkat 5, Bangunan Dato' Abdul Rahman Andak, Kota Iskandar, 79582 Iskandar Puteri, Johor dengan membuat bayaran RM50.00 secara atas talian 'online' melalui kaedah JomPay menggunakan Biller Code 407841 - JKR Negeri Johor dengan menyatakan Ref-1: dan Ref-2: . Slip bayaran hendaklah disertakan bersama semasa mengisi Borang Pengesahan Pembayaran E-Kerja JKR Johor dikaunter.

Terima kasih.




22/07/2026
𝐒𝐄𝐒𝐈 𝐋𝐈𝐁𝐀𝐓 𝐔𝐑𝐔𝐒 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐓𝐍𝐁 𝐉𝐎𝐇𝐎𝐑 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐔𝐊𝐔𝐇 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐊𝐒𝐀𝐍𝐀𝐀𝐍 𝐏𝐑𝐎𝐉𝐄𝐊 𝐈𝐍𝐅𝐑𝐀𝐒𝐓𝐑𝐔𝐊𝐓𝐔𝐑𝐒𝐄𝐋𝐀𝐒𝐀 𝐥 𝟑𝟎 𝐉𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐥 𝟏𝟒 𝐌𝐔𝐇𝐀𝐑𝐑𝐀𝐌 ...
02/07/2026

𝐒𝐄𝐒𝐈 𝐋𝐈𝐁𝐀𝐓 𝐔𝐑𝐔𝐒 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐓𝐍𝐁 𝐉𝐎𝐇𝐎𝐑 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐔𝐊𝐔𝐇 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐊𝐒𝐀𝐍𝐀𝐀𝐍 𝐏𝐑𝐎𝐉𝐄𝐊 𝐈𝐍𝐅𝐑𝐀𝐒𝐓𝐑𝐔𝐊𝐓𝐔𝐑

𝐒𝐄𝐋𝐀𝐒𝐀 𝐥 𝟑𝟎 𝐉𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐥 𝟏𝟒 𝐌𝐔𝐇𝐀𝐑𝐑𝐀𝐌 𝟏𝟒𝟒𝟖 𝐇

Satu sesi libat urus telah diadakan antara Pasukan Projek Khas PIPC dan Khas Jalan (PPKJ), JKR Malaysia dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) Johor sebagai platform bagi memperkukuh kerjasama strategik dalam pelaksanaan projek-projek pembinaan jalan di sekitar Daerah Kota Tinggi dan Daerah Johor Bahru yang melibatkan kerja-kerja pengalihan utiliti elektrik TNB.

Sesi ini diadakan bagi meningkatkan keberkesanan koordinasi antara kedua-dua agensi melalui penambahbaikan saluran komunikasi, penyelarasan perancangan dan pelaksanaan kerja di tapak, penyelesaian isu-isu teknikal secara proaktif serta mempercepatkan proses membuat keputusan. Pendekatan ini dapat membantu meminimumkan kelewatan yang berpunca daripada isu utiliti, sekali gus memastikan pelaksanaan projek berjalan dengan lebih terancang, cekap dan mengikut jadual yang telah ditetapkan.

Penganjuran sesi libat urus ini turut mencerminkan komitmen JKR dalam mengamalkan pendekatan kolaboratif bersama agensi utiliti bagi memastikan setiap cabaran yang timbul dapat ditangani secara bersepadu. Kerjasama yang erat antara JKR dan TNB diyakini mampu meningkatkan keberkesanan pelaksanaan projek infrastruktur serta memberikan impak positif kepada pembangunan dan kesejahteraan masyarakat.

Turut hadir dalam sesi ini ialah Pengarah Pembinaan Pasukan Projek Khas PIPC dan Khas Jalan (PPKJ), YBrs. Lt. Kol. Bersekutu (PA) Ir. Hj. Abdul Rani bin Harun, PCM AMP, serta Head of Zone Asset, Asset Planning & Performance TNB Johor, Encik Mohd Nazam bin Mohd Nasir, bersama pegawai-pegawai daripada JKR dan TNB Johor.

Semoga jalinan kerjasama strategik ini terus diperkukuh demi memastikan penyampaian projek-projek pembangunan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan, berkualiti dan memberi manfaat kepada rakyat.




𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐘𝐁 𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐈𝐑. 𝐓𝐒. 𝐌𝐎𝐇𝐀𝐌𝐀𝐃 𝐅𝐀𝐙𝐋𝐈 𝐁𝐈𝐍 𝐌𝐎𝐇𝐀𝐌𝐀𝐃 𝐒𝐀𝐋𝐋𝐄𝐇 𝐊𝐄 𝐓𝐀𝐏𝐀𝐊 𝐏𝐑𝐎𝐉𝐄𝐊 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐈𝐍𝐀𝐀𝐍 𝐃𝐈𝐑𝐄𝐂𝐓𝐈𝐎𝐍𝐀𝐋 𝐑𝐀𝐌𝐏 𝐃𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐒𝐈𝐌𝐏𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐍𝐀...
12/03/2026

𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐘𝐁 𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐈𝐑. 𝐓𝐒. 𝐌𝐎𝐇𝐀𝐌𝐀𝐃 𝐅𝐀𝐙𝐋𝐈 𝐁𝐈𝐍 𝐌𝐎𝐇𝐀𝐌𝐀𝐃 𝐒𝐀𝐋𝐋𝐄𝐇 𝐊𝐄 𝐓𝐀𝐏𝐀𝐊 𝐏𝐑𝐎𝐉𝐄𝐊 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐈𝐍𝐀𝐀𝐍 𝐃𝐈𝐑𝐄𝐂𝐓𝐈𝐎𝐍𝐀𝐋 𝐑𝐀𝐌𝐏 𝐃𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐒𝐈𝐌𝐏𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐍𝐀𝐈 𝐃𝐄𝐒𝐀𝐑𝐔 𝐄𝐗𝐏𝐑𝐄𝐒𝐒𝐖𝐀𝐘 - 𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑 𝐏𝐄𝐍𝐀𝐖𝐀𝐑, 𝐉𝐎𝐇𝐎𝐑

KHAMIS | 12 MAC 2026M | 22 RAMADAN 1447H

YB Tuan Ir. Ts. Mohamad Fazli bin Mohamad Salleh, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan, Infrastruktur dan Komunikasi Negeri Johor telah mengadakan lawatan ke tapak projek Pembinaan Directional Ramp di Persimpangan Senai Desaru Expressway - Bandar Penawar, Johor.

Turut hadir sama dalam program ini, YB Puan Fauziah binti Misri, Adun Penawar dan Pengarah Jabatan Kerja Raya Negeri Johor, YBhg. Tuan Ir. Zainal bin Tumian.

Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam program lawatan ini.




03/03/2026
07/02/2026
07/02/2026
𝐇𝐄𝐁𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐖𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀𝐘𝐀 (𝐏𝐑𝐎𝐓𝐄𝐆𝐄 𝐉𝐊𝐑) 📣🔹 Bidang: Terbuka (Kejuruteraan diutamakan)🔹 Tempoh Kontrak: 8 – 12 bulan🔹 Lokasi...
07/02/2026

𝐇𝐄𝐁𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐖𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀𝐘𝐀 (𝐏𝐑𝐎𝐓𝐄𝐆𝐄 𝐉𝐊𝐑) 📣

🔹 Bidang: Terbuka (Kejuruteraan diutamakan)
🔹 Tempoh Kontrak: 8 – 12 bulan
🔹 Lokasi: Kota Tinggi / Mawar / Kuala Lumpur

📌 Tarikh tutup permohonan: 31 Mac 2026

Calon yang berminat dan memenuhi syarat dialu-alukan untuk mengemukakan resume kepada urusetia seperti yang tertera pada poster.

Jangan lepaskan peluang ini untuk membina pengalaman berkerjaya bersama JKR 🏗️🚧



Address

Pasukan Projek Khas Projek Pengerang Integrated Petroleum Complex Kompleks JKR Johor 2 Taman Nusantara, Johor Darul Ta’zim
Gelang Patah
81550

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6075102415

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Projek Khas Pengerang Integrated Petroleum Complex, JKR posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Projek Khas Pengerang Integrated Petroleum Complex, JKR:

Shortcuts

Share