Mohd Khuzaire Mohd Kamal

Mohd Khuzaire Mohd Kamal Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Mohd Khuzaire Mohd Kamal, Political Party, Gadek.

Pengarah Komunikasi PH Melaka , Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Parti Keadilan Rakyat Negeri Melaka | Ketua Cabang Keadilan Alor Gajah | Ketua Belia Yayasan Madani

Daulat Tuanku.Merafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebaw...
01/06/2026

Daulat Tuanku.

Merafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Sultan Ibrahim.

Patik sekalian mendoakan agar Allah SWT mengurniakan ke bawah Duli Tuanku kesihatan yang berpanjangan, kesejahteraan, serta terus dilimpahi rahmat dan hidayah-Nya dalam memayungi rakyat serta memimpin negara ke arah kemakmuran, kestabilan dan perpaduan yang berkekalan.

Semoga institusi Raja Berperlembagaan terus menjadi lambang perpaduan, keharmonian dan kekuatan negara yang kita cintai.

Daulat Tuanku. Daulat Tuanku. Daulat Tuanku.

29 Mei 2026 | DUN ASAHANSaya bersama jawatankuasa Keadilan Cabang Alor Gajah telah menghadiri Program Korban Kasih Madan...
30/05/2026

29 Mei 2026 | DUN ASAHAN

Saya bersama jawatankuasa Keadilan Cabang Alor Gajah telah menghadiri Program Korban Kasih Madani yang berlangsung di Kg. Nyalas, Asahan.

Program ini turut diserikan dengan kehadiran YBhg. Dato' Hj. Abdullah Sani Abdul Hamid, Pengerusi TEKUN Nasional bersama isteri, YBhg. Datin Hjh. Faizah Ariffin.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada YBhg. Dato' Hj. Abdullah Sani atas sumbangan dua ekor lembu korban yang memberi manfaat kepada penduduk setempat serta mencerminkan semangat kebersamaan dan keprihatinan terhadap masyarakat.

Sesungguhnya, politik yang terbaik bukan sekadar berbicara tentang janji, tetapi hadir melalui tindakan yang menyentuh kehidupan rakyat. Semangat turun padang, mendengar denyut nadi masyarakat dan berkongsi rezeki bersama rakyat inilah yang perlu terus diperkukuhkan demi kesejahteraan semua.

Semoga ibadah korban yang dilaksanakan diterima oleh Allah SWT dan menjadi asbab keberkatan serta mengeratkan lagi ukhuwah dalam kalangan masyarakat.

Berkhidmat dengan ikhlas, menyantuni rakyat tanpa mengira latar belakang, demi membina masa depan yang lebih baik untuk semua.

29 Mei 2026 | DUN ASAHANAlhamdulillah, saya bersama barisan jawatankuasa telah hadir ke Program Sentuhan Madani Aidiladh...
30/05/2026

29 Mei 2026 | DUN ASAHAN

Alhamdulillah, saya bersama barisan jawatankuasa telah hadir ke Program Sentuhan Madani Aidiladha di PDM Bukit Sedanan.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada Ustaz Azman selaku Ketua PDM Bukit Sedanan dan Puan Ayleen selaku Bendahari Cabang serta seluruh jawatankuasa yang telah bertungkus-lumus menjayakan program yang penuh makna ini. Komitmen dan semangat kerja berpasukan yang ditunjukkan membuktikan kekuatan organisasi dalam menyantuni masyarakat setempat.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia atas sumbangan seekor lembu bagi menjayakan program korban kali ini. Semoga sumbangan ini membawa manfaat kepada penerima dan mengeratkan lagi ukhuwah dalam kalangan penduduk.

Program seperti ini bukan sahaja menyemarakkan penghayatan Aidiladha, malah menjadi platform memperkukuh hubungan antara kepimpinan dan masyarakat. Semangat kebersamaan, keprihatinan dan khidmat kepada rakyat yang diterjemahkan melalui program seumpama ini akan terus menjadi asas dalam membina keyakinan serta membawa agenda pembangunan yang lebih baik untuk semua.

30/05/2026
Bila otai dgn pimpinan muda sembang pasti tdk mengecewakan.
29/05/2026

Bila otai dgn pimpinan muda sembang pasti tdk mengecewakan.






28 Mei 2026 | DUN MACHAP JAYAAlhamdulillah, Saya bersama pimpinan cabang juga berkesempatan menghadiri Program Sentuhan ...
28/05/2026

28 Mei 2026 | DUN MACHAP JAYA

Alhamdulillah, Saya bersama pimpinan cabang juga berkesempatan menghadiri Program Sentuhan Madani Aidiladha bersama Komuniti Anak Jati Melaka Pindah di Kampung Melaka Pindah.

Seekor lembu telah disumbangkan bagi menjayakan ibadah korban serta mengeratkan ukhuwah dan semangat kebersamaan dalam kalangan masyarakat setempat.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim atas sumbangan lembu bagi program ini. Keprihatinan terhadap rakyat serta usaha mendekati masyarakat di peringkat akar umbi amat dihargai dan wajar diteruskan.

Aidiladha bukan sekadar simbol pengorbanan, tetapi juga mengajar kita tentang pentingnya kesatuan, kebersamaan dan usaha memastikan kebajikan rakyat terus diberi perhatian. Kekuatan masyarakat bermula dengan hubungan yang rapat antara pemimpin dan rakyat, serta kesediaan untuk terus berkhidmat tanpa mengenal penat lelah.

Insya-Allah, semangat turun padang dan menyantuni masyarakat akan terus diperkasakan dari masa kesemasa.

28 Mei 2026 | DUN REMBIAAlhamdulillah, hari ini saya bersama barisan pimpinan cabang berkesempatan menghadiri Program Se...
28/05/2026

28 Mei 2026 | DUN REMBIA

Alhamdulillah, hari ini saya bersama barisan pimpinan cabang berkesempatan menghadiri Program Sentuhan Madani Aidiladha bersama Persatuan Veteran ATM Cawangan Alor Gajah.

Dalam semangat kebersamaan dan keprihatinan rakyat, seekor lembu telah disampaikan sebagai sumbangan bagi menjayakan ibadah korban serta mengeratkan ukhuwah dalam masyarakat.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim atas sumbangan lembu bagi menjayakan program ini. Sumbangan ini mencerminkan komitmen berterusan dalam memastikan kebajikan rakyat dan semangat kebersamaan sentiasa diperkasakan.

Aidiladha mengajar kita tentang pengorbanan, kesatuan dan tanggungjawab untuk terus menjaga kebajikan rakyat tanpa mengira latar belakang. Semangat inilah yang perlu terus diperkukuhkan demi memastikan suara akar umbi sentiasa diberi perhatian dan pembelaan.

Insya-Allah, perjuangan mendekati rakyat akan terus diperkasa dengan semangat kebersamaan dan kerja yang konsisten demi masa depan masyarakat yang lebih baik.

27/05/2026

Kasih Allah

27/05/26 | Raya Pertama 2:Ptg , Dun GadekAlhamdulillah 🤲 Selesai Program Qurban MADANI di Rumah Pak Manaf, Kampung Ganun...
27/05/2026

27/05/26 | Raya Pertama 2:Ptg , Dun Gadek

Alhamdulillah 🤲 Selesai Program Qurban MADANI di Rumah Pak Manaf, Kampung Ganun, DUN Gadek telah berlangsung dengan penuh kemeriahan, semangat kebersamaan dan suasana penuh kegembiraan bersama masyarakat setempat.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua penduduk, sukarelawan serta pihak yang bersama-sama menjayakan ibadah korban pada kali ini teruma sekali Saudara Roza Ajk Cabang yang bertungkus lumus mengedarkan agihan daging korban. Semangat gotong-royong, kebersamaan dan keikhlasan yang ditunjukkan membuktikan bahawa nilai kemasyarakatan terus subur dalam komuniti kita.

Melalui ibadah korban ini, kita bukan sahaja menyempurnakan tuntutan ibadah, malah dapat berkongsi rezeki dan menyampaikan amanah kepada golongan yang memerlukan agar mereka turut merasai nikmat dan kegembiraan Aidiladha.

Semoga setiap pengorbanan, setiap tenaga yang dicurahkan dan setiap rezeki yang dikongsi diterima sebagai amal soleh di sisi Allah SWT. Mudah-mudahan ibadah korban ini menjadi asbab keberkatan, kejayaan, ketenangan dan kesejahteraan buat kita semua — bukan sahaja di dunia, malah di akhirat kelak.




27/05/2026 | Raya Pertama : 9:00 PGAlhamdulillah, Program Qurban MADANI telah selesai dilaksanakan dengan penuh tertib, ...
27/05/2026

27/05/2026 | Raya Pertama : 9:00 PG

Alhamdulillah, Program Qurban MADANI telah selesai dilaksanakan dengan penuh tertib, semangat kebersamaan dan ukhuwah dalam kalangan masyarakat setempat.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada Pengerusi Surau As Syakirin Taman Sri Sutera, Tuan Nordin, atas komitmen serta kerjasama yang diberikan sepanjang menjayakan program ini.

Terima kasih juga kepada Pengerusi Taman, Tok Sidang Zawawi, Setiausaha Taman Fitri, serta seluruh penduduk taman yang telah berganding bahu menyumbang tenaga, masa dan sokongan demi memastikan ibadah qurban dapat dilaksanakan dengan lancar.Terpancar kegembiraan program sebegini bukan sekadar hanya menyembelih dan mengagihkan daging tetapi ia mengajar kita tentang nilai semangat keharmonian didalam kehidupan seharian.

Semoga segala usaha, pengorbanan dan amal kebajikan yang dilakukan diterima serta diberkati, dan semangat kebersamaan ini terus diperkukuhkan untuk program-program akan datang InshaAllah.

Address

Gadek

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Mohd Khuzaire Mohd Kamal posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share