Ketua Pustakawan Perpustakaan Laman Hikmah

Ketua Pustakawan Perpustakaan Laman Hikmah Laman FB rasmi Ketua Pustakawan Perpustakaan Laman Hikmah (PLH), UTeM

Salam Aidilfitri Minal Aidil WalfaizinSemoga Syawal ini lebih berertiMembawa kedamaian dan kebahagiaanTerus mengeratkan ...
09/04/2024

Salam Aidilfitri Minal Aidil Walfaizin
Semoga Syawal ini lebih bererti
Membawa kedamaian dan kebahagiaan
Terus mengeratkan ikatan silaturrahim antara kita semua
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin
Taqabbalallahu Minna Wa Minkum ✨✨✨



Salam Aidilfitri buat semuaRakan-rakan juga saudaraWalau di mana kalian beradaRaikan dengan ceria bersama keluargaTanda ...
20/04/2023

Salam Aidilfitri buat semua
Rakan-rakan juga saudara
Walau di mana kalian berada
Raikan dengan ceria bersama keluarga
Tanda syukur ke hadrat yang Esa.
Moga silaturrahim terus bertaut erat selamanya.

Selamat Hari Raya Aidilfitri🕌, Maaf Zahir & Batin



Terima Kasih Tuan Yang Terutama Tun!Menghadiri sesi Libat Urus Canselor Bersama Warga UTeM oleh Tuan Yang Terutama Tun C...
07/12/2021

Terima Kasih Tuan Yang Terutama Tun!

Menghadiri sesi Libat Urus Canselor Bersama Warga UTeM oleh Tuan Yang Terutama Tun Canselor UTeM pada 6 Disember 2021.

Pihak UTeM mengucapkan Terima kasih kepada Tun Canselor atas segala pandangan & nasihat demi kemajuan UTeM.

1 DISEMBER 2000 - 1 DISEMBER 2021.Selamat Ulangtahun ke 21 Universiti Teknikal Malaysia Melaka - UTeM !Mungkin anda sala...
03/12/2021

1 DISEMBER 2000 - 1 DISEMBER 2021.

Selamat Ulangtahun ke 21 Universiti Teknikal Malaysia Melaka - UTeM !

Mungkin anda salah seorang Alumni di sini. Mungkin juga anda salah seorang staf yang pernah dan masih berkhidmat di sini. Mungkin juga anda salah seorang pelawat yang pernah berada di sini.

Tidak kira siapa jua anda. Terima kasih kerana mewarnai 21 Tahun KUTKM - UTeM dari awal hingga kini. Kampus kita silih berganti. Pemimpin p**a datang dan pergi. Graduan juga telah bergelar Alumni. Itulah lumrah perjalanan di sebuah Universiti. Tetapi dalam apa jua situasi, UTeM tetap terus gah berdiri.

Semoga UTeM terus gigih melahirkan masyarakat yang berilmu , beradab tinggi dan mampu menyumbang kembali kepada Agama, Bangsa dan Negara.

Buon Compleanno Universiti Teknikal Malaysia Melaka - UTeM !

Majlis meraikan staf-staf PLH yang mendapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC), kenaikan pangkat dan berpindah ke lai...
03/12/2021

Majlis meraikan staf-staf PLH yang mendapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC), kenaikan pangkat dan berpindah ke lain PTj. Majlis ini anjuran Kelab Staf PLH, LISTAC.




Video Korporat Perpustakaan Laman Hikmah, UTeM 2021 -
03/12/2021

Video Korporat Perpustakaan Laman Hikmah, UTeM 2021 -

Tahniah!!Pihak PLH merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada staf PLH di atas kenaikan pangkat ke jawatan Penolong Pus...
03/12/2021

Tahniah!!

Pihak PLH merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada staf PLH di atas kenaikan pangkat ke jawatan Penolong Pustakawan S32. Semoga dengan kejayaan yang diperolehi ini tuan/puan dapat menyumbangkan perkhidmatan dengan lebih cemerlang di masa akan datang.

Selamat Maju Jaya!


Mewakili NC ke Majlis Pelancaran Buku Dzulkifli Abdul Razak dan Percambahan Konsep Pengajian Tingginya yang dirasmikan o...
16/11/2021

Mewakili NC ke Majlis Pelancaran Buku Dzulkifli Abdul Razak dan Percambahan Konsep Pengajian Tingginya yang dirasmikan oleh YBhg. Tan Sri Dato' Seri Mohd Zuki Ali, Ketua Setiausaha Negara pada 8 November 2021 di IIUM Cultural Centre, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Mengenai buku 'Dzulkifli Abdul Razak dan Percambahan Konsep Pengajian Tingginya', buku ini menemukan pemikiran dua tokoh akademik di negara ini. Penulis buku ini, Muhammad Haji Salleh dan tokoh yang dihikayatkan dalam buku ini, Dzulkifli Abdul Razak.

Kedua mereka adalah penerima Anugerah Tokoh Akademik Negara. Tan Sri Dato’ Dzulkifli Abdul Razak yang kini memimpin Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Langkah dan kembara Profesor Emeritus Tan Sri Dato’ Dzulkifli Abdul Razak membawanya jauh ke dunia ilmu yang luas dengan konsep-konsep baharu dalam bidang yang senantiasa berkembang. Begitu jauh dan berterusan perjalanan dan pemikirannya.

Dalam buku ini, menceritakan idea-idea Profesor Emeritus Tan Sri Dato’ Dzulkifli Abdul Razak tentang konsep-konsep pengajian tinggi yang dicipta atau dikembangkan oleh beliau dan dijadikan kenyataan di beberapa buah universiti di Malaysia.

Tempat beliau berkhidmat sebagai Naib Canselor, Pengerusi Lembaga Pengarah atau Rektor ialah Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Antarabangsa al-Bukhary (AIU), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Idea-idea utama beliau terus dipupuk dan disuburkan lagi oleh kampus-kampus ini.

Pesanan boleh dibuat di sini: https://bookshop.iium.edu.my/dzulkifli-abdul-razak-dan...

Video Majlis Pelancaran Buku : https://www.youtube.com/watch?v=Zczixd1irEw

26/10/2021
26/10/2021

Address

Durian Tunggal

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Ketua Pustakawan Perpustakaan Laman Hikmah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share