01/06/2026
๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐
Komandan serta seluruh warga Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Dungun merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada
YDH IG Tan Sri Mohd Khalid Bin Ismail
Ketua Polis Negara
atas Pengurniaan Darjah Kebesaran Panglima Mangku Negara (P.M.N.) yang membawa gelaran "Tan Sri", sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tahun 2026, pada 1 Jun 2026 bersamaan 15 Zulhijah 1447H.
Semoga penganugerahan yang penuh bermakna ini menjadi pengiktirafan tertinggi terhadap jasa, pengorbanan dan kepimpinan cemerlang YDH Tan Sri dalam menerajui Polis Diraja Malaysia ke arah kecemerlangan, kesejahteraan serta keselamatan negara.
Semoga YDH Tan Sri terus dikurniakan kesihatan yang baik, kekuatan dan keberkatan dalam melaksanakan amanah demi agama, bangsa dan negara.
"Jasa dan Bakti Dikenang Selamanya"
Ikhlas daripada,
Komandan dan Seluruh Warga
Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Dungun