APM Daerah Dungun

APM Daerah Dungun APM DAERAH DUNGUN

*PENTADBIRAN (0800-1700)
>(098422031)
*OPERASI (24H)
>(098422030)

Selamat Hari Ulang Tahun Kelahiran diucapkan kepada SM (PA) NUR AISYAH BINTI BURHAN SHAHIDI, Anggota MyASPA-Operasi.Kami...
12/05/2026

Selamat Hari Ulang Tahun Kelahiran diucapkan kepada SM (PA) NUR AISYAH BINTI BURHAN SHAHIDI, Anggota MyASPA-Operasi.

Kami mewakili warga APM Daerah Dungun mendoakan agar sentiasa diberi kekuatan, kesihatan yang baik, kelapangan rezeki dan keberkatan dalam setiap tugasan. Terima kasih atas dedikasi yang tidak pernah putus kepada APM Daerah Dungun.

Ikhlas daripada,
Warga kerja APM Daerah Dungun

Terus bersama APM.



















|| 1 MINGGU, 1 MUTIARA KATA ||Terus bersama APM.
10/05/2026

|| 1 MINGGU, 1 MUTIARA KATA ||

Terus bersama APM.



















APM Daerah Dungun menzahirkan rasa simpati dan dukacita atas pemergian ibunda tercinta kepada anggota L/Kpl Ahmad Talmiz...
04/05/2026

APM Daerah Dungun menzahirkan rasa simpati dan dukacita atas pemergian ibunda tercinta kepada anggota L/Kpl Ahmad Talmizi baru-baru ini.

Sehubungan itu, satu penyerahan sumbangan telah disampaikan sebagai tanda sokongan dan keprihatinan warga APM Dungun terhadap anggota yang sedang melalui saat-saat sukar ini. Semoga sumbangan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban serta memberi kekuatan kepada beliau dan keluarga.

Seluruh warga APM Daerah Dungun merakamkan ucapan takziah kepada L/Kpl Talmizi sekeluarga. Semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat, diampunkan segala dosa dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.

Terus bersama APM.



















TERIMA KASIH DAN SELAMAT MAJU JAYA Seluruh warga APM Daerah Dungun merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kas...
02/05/2026

TERIMA KASIH DAN SELAMAT MAJU JAYA

Seluruh warga APM Daerah Dungun merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada PBT (PA) Muhammad Amirul atas segala jasa, komitmen serta khidmat bakti yang telah dicurahkan sepanjang berkhidmat bersama APM Dungun.

Dedikasi dan semangat yang ditunjukkan amat kami hargai dan akan sentiasa menjadi kenangan serta inspirasi buat kami semua.

Di kesempatan ini, kami juga ingin mengucapkan selamat maju jaya dalam bidang yang diceburi selepas ini. Semoga terus berjaya dan cemerlang di masa hadapan.

“Terima kasih atas segalanya, jasa dikenang selamanya.”

Terus bersama APM.



















Selamat Menyambut Hari Pekerja 2026 kepada seluruh warga kerja Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Dungun dan...
01/05/2026

Selamat Menyambut Hari Pekerja 2026 kepada seluruh warga kerja Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Dungun dan semua pekerja di Malaysia.

“Pekerja Kesuma Bangsa” menjadi tema Hari Pekerja tahun ini sebagai penghargaan kepada setiap individu yang berbakti, berkorban tenaga dan masa demi kemajuan organisasi, masyarakat serta negara.

Terima kasih atas dedikasi, komitmen dan semangat yang tidak pernah luntur dalam melaksanakan amanah serta tanggungjawab.

Semoga segala usaha dan pengorbanan terus diberkati serta menjadi inspirasi kepada generasi akan datang.

Terus bersama APM.



















Selamat Menyambut Hari Ulang Tahun Kelahiran diucapkan kepada PBT (PA) NUR SYAHIRA BINTI ABD AZIZ, Anggota MyASPA-Operas...
28/04/2026

Selamat Menyambut Hari Ulang Tahun Kelahiran diucapkan kepada PBT (PA) NUR SYAHIRA BINTI ABD AZIZ, Anggota MyASPA-Operasi.

Kami mewakili warga APM Daerah Dungun mendoakan agar sentiasa diberi kekuatan, kesihatan yang baik, kelapangan rezeki dan keberkatan dalam setiap tugasan. Terima kasih atas dedikasi yang tidak pernah putus kepada APM Daerah Dungun.

Ikhlas daripada,
Warga kerja APM Daerah Dungun

Terus bersama APM.



















Daulat Tuanku!Sembah setinggi-tinggi ucapan tahniah dan ucap selamat Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Wat...
26/04/2026

Daulat Tuanku!

Sembah setinggi-tinggi ucapan tahniah dan ucap selamat Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah, Sultan Terengganu.

Semoga Allah SWT melanjutkan usia Tuanku, mengurniakan kesejahteraan serta terus memayungi negeri Terengganu Darul Iman dengan penuh kedaulatan dan keberkatan.

Terus bersama APM.



















Selamat Menyambut Hari Ulang Tahun Kelahiran diucapkan kepada PBT (PA) NUR ROSLINDA BINTI ROSHAIDZOD, Anggota Sukarela T...
09/04/2026

Selamat Menyambut Hari Ulang Tahun Kelahiran diucapkan kepada PBT (PA) NUR ROSLINDA BINTI ROSHAIDZOD, Anggota Sukarela Tugas Operasi (ASTO).

Kami mewakili warga APM Daerah Dungun mendoakan agar sentiasa diberi kekuatan, kesihatan yang baik, kelapangan rezeki dan keberkatan dalam setiap tugasan. Terima kasih atas dedikasi yang tidak pernah putus kepada APM Daerah Dungun.

Ikhlas daripada,
Warga kerja APM Daerah Dungun

Terus bersama APM.



















| 8 APRIL 2026 || PANTAI TELUK LIPAT |UJIAN KECERGASAN FIZIKAL (UKF) APM DAERAH DUNGUN BAGI BULAN APRIL 2026APM Daerah D...
08/04/2026

| 8 APRIL 2026 || PANTAI TELUK LIPAT |
UJIAN KECERGASAN FIZIKAL (UKF) APM DAERAH DUNGUN BAGI BULAN APRIL 2026

APM Daerah Dungun telah melaksanakan Ujian Kecergasan Fizikal (UKF) bagi bulan April 2026 yang melibatkan anggota My ASPA-P, My ASPA-O seramai 5 kali pegawai dan 27 kali lain-lain pangkat serta My ASPA yang berkelapangan.

Pelaksanaan UKF ini bertujuan menilai serta memastikan tahap kecergasan fizikal anggota sentiasa berada pada tahap optimum, selaras dengan keperluan tugas operasi dan kesiapsiagaan menghadapi sebarang situasi kecemasan.

Komitmen dan semangat yang ditunjukkan oleh semua anggota amat membanggakan dalam memastikan kecergasan diri sentiasa terpelihara.

Terus bersama APM.



















| 5 APRIL 2026 || PDPA DUNGUN |TAKLIMAT PENGURUSAN PENTADBIRAN & PENGURUSAN PKOD APM DAERAH DUNGUN BIL. 1/2026Telah berl...
06/04/2026

| 5 APRIL 2026 || PDPA DUNGUN |
TAKLIMAT PENGURUSAN PENTADBIRAN & PENGURUSAN PKOD APM DAERAH DUNGUN BIL. 1/2026

Telah berlangsung Taklimat Pengurusan Pentadbiran dan Pengurusan PKOD Bil. 1 Tahun 2026 yang melibatkan pegawai bersama para anggota MyASPA-P dan MyASPA-O APM Daerah Dungun.

Taklimat ini bertujuan memperkemaskan aspek pengurusan pentadbiran serta meningkatkan kefahaman berkaitan pengendalian PKOD agar lebih sistematik, teratur dan selaras dengan prosedur yang telah ditetapkan.

Sepanjang sesi berlangsung, pelbagai penekanan telah diberikan termasuk pematuhan kepada garis panduan, ketepatan rekod, serta kepentingan integriti dalam melaksanakan tugas harian.

Diharapkan melalui taklimat ini, semua warga APM Daerah Dungun dapat terus mempertingkatkan tahap profesionalisme dan kecekapan dalam menyampaikan perkhidmatan.

Terus bersama APM.



















Address

Dungun
23000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 16:00
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6098422030

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when APM Daerah Dungun posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to APM Daerah Dungun:

Share