Pejabat Daerah Dan Tanah Dungun

Pejabat Daerah Dan Tanah Dungun Pejabat Daerah Dan Tanah Dungun
"Pengurusan Dimantapkan Tindakan Disegerakan"

10/09/2026

KARNIVAL PANTAI TERENGGANU TAHUN 2026

Program Karnival Pantai Terengganu 2026 yang bakal berlangsung selama 5 hari di Pantai Teluk Ketapang, Kuala Nerus.

πŸ“… Tarikh: 15 – 19 September 2026
⏰ Masa: 11.00 pagi – 11.45 malam
πŸ“ Tempat: Pantai Teluk Ketapang, Kuala Nerus

Pelbagai aktiviti menarik dan daya tarikan adat dan budaya, ayuh luangkan masa bersama keluarga dan rakan-rakan sambil menikmati kemeriahan karnival.

Jangan lupa luangkan masa anda pada tarikh tersebut.

Jumpa anda semua di Karnival Pantai Terengganu 2026!

Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu

TENGGOL BEACH & UNDERWATER CLEAN UP 2025 10 september 2026β€œClean Today, Better Tomorrow” Program Tenggol Beach & Underwa...
10/09/2026

TENGGOL BEACH & UNDERWATER CLEAN UP 2025
10 september 2026

β€œClean Today, Better Tomorrow”

Program Tenggol Beach & Underwater Clean Up 2026 merupakan satu usaha bersama dalam memastikan kebersihan pantai dan ekosistem bawah laut terus terpelihara daripada pencemaran serta sisa buangan.

🀿 Bersihkan pantai
🌊 Pelihara laut
🐒 Lindungi hidupan marin
🌱 Demi kelestarian alam untuk generasi akan datang





✨ SETINGGI-TINGGI TAHNIAH ✨Seluruh warga Pejabat Daerah dan Tanah Dungun merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada:ENCIK...
07/09/2026

✨ SETINGGI-TINGGI TAHNIAH ✨

Seluruh warga Pejabat Daerah dan Tanah Dungun merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada:

ENCIK KHAIRUL AZHAN BIN MOHD YUSOF, P.J.K., A.M.T

atas pengurniaan Darjah Ahli Mahkota Terengganu (A.M.T).

Semoga pengurniaan ini menjadi inspirasi untuk terus memberikan perkhidmatan yang cemerlang.

Sekalung tahniah! πŸŽ‰

Pejabat Daerah dan Tanah Dungun merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepadaEncik Fadli Yusof bin ZakariaS.M.Z., A.M.T., P....
06/09/2026

Pejabat Daerah dan Tanah Dungun merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada

Encik Fadli Yusof bin Zakaria
S.M.Z., A.M.T., P.J.K.

atas pengurniaan

DARJAH SETIA SULTAN MIZAN ZAINAL ABIDIN TERENGGANU YANG AMAT TERPILIH (S.M.Z.)

sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-64 Hari Keputeraan KDYMM Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah.

Semoga pengurniaan ini menjadi satu penghargaan atas jasa, khidmat bakti dan sumbangan yang telah dicurahkan, serta menjadi pembakar semangat untuk terus memberikan perkhidmatan yang cemerlang kepada rakyat dan Negeri Terengganu.

Sekalung tahniah dan syabas diucapkan.

01/09/2026
Perarakan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Terengganu 2026πŸ‡²πŸ‡Ύ 31 OGOS 2026 πŸ‡²πŸ‡Ύ
01/09/2026

Perarakan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Terengganu 2026
πŸ‡²πŸ‡Ύ 31 OGOS 2026 πŸ‡²πŸ‡Ύ

πŸ‡²πŸ‡Ύ SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-69! πŸ‡²πŸ‡Ύβ€œMalaysia MADANI, Rakyat Disantuni, Negara Dihormati”Ayuh kita kibarkan Ja...
31/08/2026

πŸ‡²πŸ‡Ύ SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-69! πŸ‡²πŸ‡Ύ

β€œMalaysia MADANI, Rakyat Disantuni, Negara Dihormati”

Ayuh kita kibarkan Jalur Gemilang dengan penuh rasa bangga dan semangat patriotik! πŸ‡²πŸ‡ΎπŸ”₯

Kemerdekaan bukan sekadar mengenang sejarah, tetapi tanggungjawab kita untuk meneruskan perjuangan membina Malaysia yang lebih maju, aman, makmur dan bersatu padu.

Walau berbeza bangsa, agama dan budaya, kita tetap berdiri di bawah satu nama β€” MALAYSIA. β€οΈπŸ‡²πŸ‡Ύ

Dari Dungun untuk Malaysia!
Bersama kita semarakkan semangat patriotisme, kukuhkan perpaduan dan terus berbakti demi tanah air tercinta.

πŸ”₯ MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! πŸ”₯
πŸ‡²πŸ‡Ύ Malaysia Tanah Airku, selamanya di hati! πŸ‡²πŸ‡Ύ

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Ke-69 Tahun 2026
daripada
Pegawai Daerah | Pentadbir Tanah Pejabat Daerah dan Tanah Dungun.








NOTIS PENUTUPAN SEMENTARA PERKHIDMATAN BAYARAN DALAM TALIAN (ONLINE)Assalamualaikum W.B.T. dan Salam Sejahtera,Untuk mak...
26/08/2026

NOTIS PENUTUPAN SEMENTARA PERKHIDMATAN BAYARAN DALAM TALIAN (ONLINE)

Assalamualaikum W.B.T. dan Salam Sejahtera,

Untuk makluman semua, perkhidmatan bayaran secara dalam talian (online) ditutup sementara bagi memberi laluan kepada proses Office Fee Fasa 2.

Sepanjang tempoh penutupan ini, urusan pembayaran hanya boleh dibuat secara fizikal di kaunter sahaja.

Berikut adalah senarai urusan yang terlibat:

1. Consent (Kebenaran)

KPRW: Kebenaran Pemerolehan Dan Pindahmilik Oleh Warga Asing (Serentak)

KGD: Kebenaran Gadaian

KPJ: Kebenaran Pajakan

KPG: Kebenaran Pindahmilik dan Gadaian

KRY: Kebenaran Rayuan

KLTL: Kebenaran Lembaga Tanah Ladang

2. Pelupusan

PRBB: Permohonan Permit Bahan Batuan (Borang 4C)

3. Pembangunan

PLTS: Permohonan Lanjut Tempoh Syarat Nyata - KTN

Segala kesulitan berhubung perkara ini amat dikesali.

Sekian, terima kasih.

π“π€π‡ππˆπ€π‡ 𝐃𝐀𝐍 π’π˜π€ππ€π’ 𝐁𝐔𝐀𝐓 𝐒𝐄𝐋𝐔𝐑𝐔𝐇 πŠπŽππ“πˆππ‰π„π 𝐓𝐄𝐑𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍𝐔Menutup saingan SUKMA XXII Selangor 2026 dengan kutipan 123 pingat k...
25/08/2026

π“π€π‡ππˆπ€π‡ 𝐃𝐀𝐍 π’π˜π€ππ€π’ 𝐁𝐔𝐀𝐓 𝐒𝐄𝐋𝐔𝐑𝐔𝐇 πŠπŽππ“πˆππ‰π„π 𝐓𝐄𝐑𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍𝐔

Menutup saingan SUKMA XXII Selangor 2026 dengan kutipan 123 pingat keseluruhan – 43 emas, 44 perak dan 36 gangsa, sekali gus menempatkan Terengganu dalam kelompok tiga terbaik pada peringkat kebangsaan.

Di sebalik setiap pingat, tersimpan keringat, pengorbanan dan semangat juang yang tidak pernah luntur. Setiap atlet telah memberikan yang terbaik, membawa nama Terengganu dengan penuh maruah dan kebanggaan hingga ke saingan terakhir.

Terima kasih kerana mengharumkan nama Terengganu. Teruskan melakar kejayaan dan mengangkat panji Terengganu lebih tinggi.

Terengganu Nelang! 🏴🏳️





πŸŒ™ SALAM MAULIDUR RASUL 1448H | 2026M πŸŒ™βœ¨ β€œSesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah SAW itu suri teladan yang baik bagi...
24/08/2026

πŸŒ™ SALAM MAULIDUR RASUL 1448H | 2026M πŸŒ™

✨ β€œSesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah SAW itu suri teladan yang baik bagi kamu.”
β€” Surah Al-Ahzab: 21

Seluruh warga Pejabat Daerah dan Tanah Dungun mengucapkan Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1448H kepada seluruh umat Islam.

Marilah kita bersama-sama menghayati sirah, akhlak dan perjuangan Rasulullah SAW serta menjadikan keperibadian Baginda sebagai teladan dalam kehidupan seharian.

Semoga sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini menjadi wadah untuk kita memperkukuhkan rasa cinta kepada Rasulullah SAW, memperbanyakkan selawat serta mengamalkan sunnah Baginda dalam kehidupan.

🀲 Semoga keberkatan dan rahmat Rasulullah SAW sentiasa menyinari kehidupan kita serta dikurniakan kesejahteraan, keharmonian dan keberkatan buat kita semua.

Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1448H
🌿 Bersama Menghayati Sirah, Meneladani Akhlak Rasulullah SAW.

Ikhlas daripada:
Pegawai Daerah / Pentadbir Tanah Dungun
dan seluruh warga Pejabat Daerah dan Tanah Dungun

Address

Jalan Yahaya Ahmad
Dungun
23000

Opening Hours

Monday 08:00 - 16:30
Tuesday 08:00 - 16:30
Wednesday 08:15 - 16:30
Thursday 08:00 - 03:00
Sunday 08:00 - 16:30

Telephone

+6098481616

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Daerah Dan Tanah Dungun posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pejabat Daerah Dan Tanah Dungun:

Shortcuts

Share