10/09/2026
Khamis / 10 September 2026
Program Kem Sinar Baca
Hari ini telah berlangsungnya Program Kem Sinar Baca bertempat di Sekolah Kebangsaan Balai Besar, Dungun, Terengganu. Program ini dilaksanakan bagi tujuan meningkatkan pembacaan murid, membina dan mengukuhkan budaya membaca di kalangan murid serta memperkukuhkan jalinan kerjasama antara perpustakaan desa dan pihak sekolah.
Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program berlangsung adalah sambung kata, straw kata, kata beraksi, dam kata, panah kata, rantai kata, cabut dan lekat, siapa saya dan pancing kata.
Semoga Program Kem Sinar Baca ini memberi manfaat dalam membantu murid-murid pemulihan meningkatkan keyakinan diri dalam penguasaan 3M. Jutaan terima kasih kepada pihak Sekolah Kebangsaan Balai Besar kerana menjemput kami sebagai fasilitator untuk menjayakan program.