30/04/2026
Sempena World Immunisation Awareness Month, marilah kita sama-sama meningkatkan kesedaran tentang kepentingan imunisasi. 💉
Vaksin bukan sahaja membantu melindungi diri daripada penyakit berjangkit, tetapi juga melindungi keluarga, rakan-rakan dan komuniti sekeliling — terutamanya bayi, warga emas dan mereka yang mempunyai sistem imun yang lemah.
Klinik Kesihatan Penampang menyediakan perkhidmatan imunisasi untuk kanak-kanak serta imunisasi influenza bagi pesakit berumur 60 tahun ke atas yang menghidap penyakit kronik.
Pastikan imunisasi anda dan keluarga lengkap mengikut jadual yang ditetapkan. Dapatkan nasihat daripada doktor atau anggota kesihatan di klinik berdekatan.
Lindungi diri, lindungi keluarga, lindungi komuniti.
Jom ambil vaksin! 💙