27/08/2026
Mangsa Mengalami Lemah Anggota Badan(APM DEBAK)
Kampung Melayu Dit- Pasukan APM Debak telah menerima maklumat berhubung satu kes bantuan perubatan yang melibatkan seorang mangsa perempuan warga emas mengalami masalah kesihatan. Sejurus menerima panggilan, anggota APM Debak telah bergerak ke lokasi bagi menjalankan pemeriksaan awal terhadap keadaan mangsa.
Setibanya di lokasi, anggota telah membuat penilaian keadaan mangsa dan memberikan bantuan yang bersesuaian. Setelah keadaan mangsa dikenal pasti, mangsa kemudiannya dibantu dan dibawa ke klinik berdekatan untuk mendapatkan pemeriksaan serta rawatan lanjut daripada pihak perubatan.
Operasi bantuan berjalan dengan lancar dan keadaan mangsa diserahkan kepada pihak klinik bagi tindakan serta pemantauan seterusnya.
fans
Jabatan Perdana Menteri
APM Sarawak
Mohtar Samat
Mohd Hanif