IPD Matu Daro - Rasmi

IPD Matu Daro - Rasmi Laman Rasmi IPD Matu Daro

🚨 PROGRAM CERAMAH BERSAMA KOMUNITI BAGI PENCEGAHAN JENAYAH SIBER DI MATU DARO 🚨📅 03 September 2026⏰ 0830 – 1100 HRS📍 Dew...
04/09/2026

🚨 PROGRAM CERAMAH BERSAMA KOMUNITI BAGI PENCEGAHAN JENAYAH SIBER DI MATU DARO 🚨

📅 03 September 2026
⏰ 0830 – 1100 HRS
📍 Dewan Serbaguna Kpg Loba Balu, Matu

Program Ceramah Sempena Dialog Pembangunan Sarawak Ku Sayang bagi Daerah Matu telah diadakan dengan kehadiran seramai 150 orang awam.

Ceramah memberi pendedahan mengenai trend terkini jenayah komersil, scam atas talian dan Keldai Akaun, di samping memperkenalkan saluran pencegahan seperti NSRC 997, Aplikasi Whoscall, Portal Semak Mule/CCID Check serta E-Book Jenayah Komersil JSJK.

Program mendapat sambutan dan maklum balas positif daripada komuniti. Semoga perkongsian ini dapat meningkatkan kesedaran serta menggalakkan masyarakat bersama-sama membanteras jenayah komersil dan jenayah siber.

“Bersama Cegah Jenayah Siber, Lindungi Diri dan Keluarga.” 🛡️







02/09/2026
02/09/2026
31/08/2026
31/08/2026
30/08/2026

SALAM TAKZIAH BUAT SELURUH AHLI KELUARGA ALLAHYARHAM KONSTABEL ABDUL AZIZ BIN SULAIMAN

Dengan penuh rasa dukacita, Pesuruhjaya Polis Sarawak, CP Datuk Mohamad Zainal bin Haji Abdullah, Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak, DCP Saifullizan bin Ishak serta seluruh warga PDRM Kontinjen Sarawak merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga atas pemergian Allahyarham Konstabel Abdul Aziz bin Sulaiman, dari Balai Polis Matu, Ibu Pejabat Polis Daerah Matu Daro.

Allahyarham akan disemadikan di Tanah Perkuburan Kampung Noor Islam, Lawas, Sarawak.

Semoga pemergian Allahyarham dalam menempuhi perjalanan terakhir ini ditempatkan dalam rahmat dan keampunan Allah SWT, serta segala amal kebajikan beliau diterima dan ditempatkan bersama golongan yang beroleh keberkatan-Nya.

Buat seluruh keluarga yang ditinggalkan, semoga dikurniakan kekuatan, ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi saat yang penuh kehilangan ini.

Sesungguhnya kehilangan seorang insan yang telah menabur bakti merupakan satu kehilangan yang amat dirasai. Jasa dan pengorbanan Allahyarham dalam menjalankan amanah sebagai warga Polis Diraja Malaysia akan sentiasa dikenang.

Al-Fatihah.

Ikhlas daripada:

CP Datuk Mohamad Zainal bin Haji Abdullah
Pesuruhjaya Polis Sarawak

DCP Saifullizan bin Ishak
Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak

serta seluruh warga PDRM Kontinjen Sarawak

20/08/2026

Address

IPD Matu Daro
Daro
96200

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when IPD Matu Daro - Rasmi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share