SK Hijrah Badong DARO

SK Hijrah Badong DARO Seiring Kita Hampiri Bintang

๐Ÿ›‘ BERHENTI SEKEJAPโ€ฆKENAPA KITA PERLU BELAJAR MATEMATIK? ๐Ÿ‘€โ€œMATEMATIK BUKAN SEMATA-MATA OPERASI, TETAPI ADALAH SOLUSI.โ€Slo...
19/08/2026

๐Ÿ›‘ BERHENTI SEKEJAPโ€ฆ
KENAPA KITA PERLU BELAJAR MATEMATIK? ๐Ÿ‘€

โ€œMATEMATIK BUKAN SEMATA-MATA OPERASI, TETAPI ADALAH SOLUSI.โ€

Slogan ini membawa satu mesej yang sederhana tetapi besar maknanya.

Matematik bukan hanya tentang tambah, tolak, darab, bahagi, formula dan mencari jawapan yang betul.

Lebih daripada itu, Matematik mengajar kita untuk berfikir sebelum bertindak, melihat sesuatu daripada pelbagai sudut, mengenal pasti masalah, membuat pertimbangan dan mencari jalan penyelesaian.

Dalam kehidupan, kita sentiasa berhadapan dengan masalah.

Dan seperti Matematik, kehidupan juga memerlukan kita untuk mencari solusi.

๐Ÿ’ก Itulah sebabnya Matematik penting.

๐ŸŽฏ Dan itulah sebabnya kami mahu membawa pembelajaran Matematik ke tahap yang lebih menarik dan interaktif.

๐Ÿ–ฅ๏ธ IMPIAN KAMI: MENDAPATKAN SMARTBOARD UNTUK SK HIJRAH BADONG.

Justeru, kami mohon sokongan anda! ๐Ÿ™

๐Ÿ‘ LIKE posting ini
โ†—๏ธ KONGSIKAN kepada rakan-rakan
๐Ÿ’ฌ AJAK mereka turut menyokong

Satu LIKE daripada anda mungkin kecil, tetapi sokongan bersama mampu membawa perubahan besar buat anak-anak kami.๐ŸŒŸ

๐Ÿ’™ AYUH, JADILAH SEBAHAGIAN DARIPADA PERJALANAN INI.

๐Ÿ‘ LIKE SEKARANG dan bantu SK Hijrah Badong merealisasikan impian mendapatkan SMARTBOARD untuk anak-anak kami.

Kerana Matematik mengajar kita mencari solusi.
Dan hari ini, kami sedang mencari solusi untuk masa depan pendidikan anak-anak kami. โœจ

โญ SK HIJRAH BADONG
๐Ÿ“ Daro, Sarawak

Bahagian Pembangunan Kurikulum

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐ŸŽค FINALIS PERTANDINGAN NYANYIAN LAGU PATRIOTIK TAHUN 2026 ๐ŸŽค๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พTahniah dan syabas kepada 10 ORANG FINALIST yang berjaya ...
17/08/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐ŸŽค FINALIS PERTANDINGAN NYANYIAN LAGU PATRIOTIK TAHUN 2026 ๐ŸŽค๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Tahniah dan syabas kepada 10 ORANG FINALIST yang berjaya melangkah ke peringkat akhir! ๐Ÿ‘๐Ÿปโœจ

Ayuh tampilkan persembahan terbaik dengan penuh keyakinan, semangat dan jiwa patriotik.

๐Ÿ“… 19 Ogos 2026 / Rabu
โฐ 2.30 petang
๐Ÿ“ Dewan Baitussina

Para finalis diminta mengambil perhatian terhadap makluman dan ketetapan penting bagi pusingan final seperti yang dinyatakan dalam poster.

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ Selamat maju jaya kepada semua finalis!
Semarakkan patriotisme, serlahkan bakat! โค๏ธ๐Ÿ’™๐Ÿ’›

Malaysia MADANI, Kesejahteraan Dinikmati

PROGRAM TRANSFORMASI & PENINGKATAN UPDPLS (TRANSPER UPDLP) SK HIJRAH 2026STANDARD 3.1 : PENGURUSAN KURIKULUMASPEK 3.1.2....
16/08/2026

PROGRAM TRANSFORMASI & PENINGKATAN UPDPLS (TRANSPER UPDLP) SK HIJRAH 2026

STANDARD 3.1 : PENGURUSAN KURIKULUM
ASPEK 3.1.2.3 Program peningkatan pencapaian murid diurus secara terancang & profesional.

๐Ÿ—“๏ธTarikh: 08 Ogos 2026 (Sabtu)
โŒšMasa: 8.00 pagi - 5.00 ptg
๐ŸซTempat: Dewan Baitussina

๐Ÿง‘โ€๐Ÿง‘โ€๐Ÿง’Kehadiran:
1. Jamali Bin Kadir (Guru Besar)
2. Alifah Bin Mohamad (Penolong Kanan Pentadbiran)
3. Rafiah binti Ali (Penolong Kanan Hal Ehwal Murid)
4. Mohd Samerin Bin Jamiludin (Penolong Kanan Kokurikulum)
5. Penceramah Jemputan (BI, MT & SNS)
6. Guru Panitia BI, MT & SNS
7. Semua murid Tahun 6

๐Ÿ–‹๏ธOBJEKTIF
1. Meningkatkan kefahaman guru tentang format, kandungan dan keperluan UPDLP.
2. Mengenal pasti kelemahan murid berdasarkan analisis pencapaian UPDLP dan PBD.
3. Memperkukuh strategi PdP yang berfokus kepada kemahiran dan konstruk yang masih lemah.
4. Meningkatkan penguasaan murid dalam kemahiran asas khususnya Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains.
5. Menyediakan intervensi yang bersasar mengikut tahap penguasaan dan keperluan murid.

๐Ÿ–‹๏ธIMPAK
1. Guru lebih jelas dan yakin dalam melaksanakan PdP serta persediaan UPDLP.
2. Murid menunjukkan peningkatan penguasaan dalam kemahiran yang dikenal pasti lemah.
3. Berlaku peningkatan dalam peratus murid mencapai tahap penguasaan yang disasarkan.
4. Intervensi menjadi lebih tersusun, berfokus dan berdasarkan data.
5. Wujud keseragaman tindakan guru dalam membantu murid menghadapi UPDLP.
6. Pencapaian UPDLP sekolah dapat ditingkatkan berbanding ujian/analisis sebelumnya.

๐Ÿ–‹๏ธTINDAK SUSUL
1. Analisis semula pencapaian murid mengikut mata pelajaran, kelas dan konstruk.
2. Menyediakan senarai murid sasaran/intervensi berdasarkan kelemahan yang dikenal pasti.
3. Melaksanakan intervensi berfokus seperti kelas bimbingan, latih tubi, modul dan aktiviti pemulihan.
4. Guru membuat pemantauan berkala terhadap perkembangan murid sasaran.
5. Melaksanakan ujian/latihan diagnostik dan pascaintervensi untuk mengukur keberkesanan tindakan.
6. Mengadakan dialog prestasi panitia untuk membincangkan perkembangan dan tindakan seterusnya.
7. Membuat penambahbaikan strategi PdP berdasarkan dapatan pemantauan.
8. Membentangkan status pencapaian dan impak intervensi dalam mesyuarat kurikulum/panitia.







MUAFAKAT AKADEMIK PBD FASA 1 & PENYERAHAN RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU (RPI) PPKI SIDANG 1STANDARD 2.0 : PENGURUSAN ORG...
16/08/2026

MUAFAKAT AKADEMIK PBD FASA 1 & PENYERAHAN RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU (RPI) PPKI SIDANG 1

STANDARD 2.0 : PENGURUSAN ORGANISASI
ASPEK 2.7 Permuafakatan Strategik
[2.7.1] Permuafakatan strategik diusahakan secara profesional & terancang.

๐Ÿ—“๏ธTarikh: 14 Ogos 2026 (Jumaat)
โŒšMasa: 9.30-11.00 pagi
๐ŸซTempat: Dewan Baitussina & Kelas

๐Ÿง‘โ€๐Ÿง‘โ€๐Ÿง’Kehadiran:
1. Alifah Bin Mohamad (PK1)
2. Mohd Samerin bin Jamiludin (PKKK)
3. Masni bin Mahdi (PK P.KHAS)
4. Semua guru kelas
5. Ibubapa penjaga kelas Perdana & PPKI

๐Ÿ–‹๏ธOBJEKTIF
Membentangkan dan membincangkan pencapaian PBD murid.
Mengenal pasti murid yang belum mencapai tahap penguasaan yang disasarkan.
Mengenal pasti punca kelemahan murid.
Menentukan intervensi yang bersesuaian.
Membincangkan peranan guru dan ibu bapa dalam meningkatkan penguasaan murid.
Membuat pemantauan terhadap keberkesanan intervensi.
Mengenal pasti murid yang belum mencapai tahap penguasaan yang disasarkan.
Mengenal pasti punca kelemahan murid.
Menentukan intervensi yang bersesuaian.
Membincangkan peranan guru dan ibu bapa dalam meningkatkan penguasaan murid.
Membuat pemantauan terhadap keberkesanan intervensi.

๐Ÿ–‹๏ธIMPAK
Muafakat Akademik PBD memberi impak positif melalui peningkatan kerjasama antara guru, murid dan ibu bapa dalam mengenal pasti kelemahan pembelajaran serta melaksanakan intervensi yang bersasar, seterusnya meningkatkan tahap penguasaan dan pencapaian akademik murid.

๐Ÿ–‹๏ธTINDAK SUSUL
Guru mata pelajaran akan mengenal pasti murid yang belum mencapai tahap penguasaan yang disasarkan dan melaksanakan intervensi berdasarkan keperluan individu murid. Perkembangan murid akan dipantau secara berkala melalui PBD dan hasil intervensi akan dibincangkan semula dalam dialog prestasi/perbincangan akademik berikutnya.




16/08/2026

Salam sejahtera dan salam hormat.

๐Ÿ“ขPENGUMUMAN PERMOHONAN KEMASUKAN KE TINGKATAN SATU KOLEJ SARAWAK, KELAS SELIAAN NEGERI (KSN), SEKOLAH AGAMA BANTUAN KERAJAAN (SABK) DAN KELAS ALIRAN AGAMA (KAA) UNTUK SESI AKADEMIK 2027

Adalah dimaklumkan bahawa Permohonan ke Tingkatan Satu bagi Kolej Sarawak, Kelas Seliaan Negeri (KSN), Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) dan Kelas Aliran Agama (KAA) untuk Sesi Akademik 2027 akan dilaksanakan secara dalam talian.

๐Ÿ“…TEMPOH PERMOHONAN
**17 OGOS 2026 HINGGA 18 SEPTEMBER 2026**

Ibu bapa atau penjaga yang berminat boleh membuat permohonan secara dalam talian dengan mengimbas Kod QR yang disediakan atau klik pautan permohonan yang diberikan bermula 17 Ogos 2026.

Pautan :
https://shorturl.at/DcALZ

PENTING : Ibu bapa/penjaga disarankan untuk memastikan segala maklumat yang diisi adalah lengkap, tepat dan betul sebelum permohonan dihantar.

๐Ÿ“ŒSebarang pertanyaan atau bantuan berkaitan pengisian permohonan, ibu bapa/penjaga boleh merujuk kepada guru kelas di sekolah masing-masing atau Pejabat Pendidikan Daerah (PPD).

Jangan lepaskan peluang. Pastikan permohonan dibuat dalam tempoh yang telah ditetapkan.

Terima kasih.



๐Ÿ†โœจ TAHNIAH & SYABAS SK HIJRAH BADONG! โœจ๐Ÿ†Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT atas pencapaian yang amat membanggakan...
15/08/2026

๐Ÿ†โœจ TAHNIAH & SYABAS SK HIJRAH BADONG! โœจ๐Ÿ†

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT atas pencapaian yang amat membanggakan dalam Pertandingan Pembudayaan Amalan Terbaik Kepimpinan dan Inovasi Pendidikan Guru, Karnival Pendidikan Madani Peringkat Pejabat Pendidikan Daerah Daro. ๐ŸŽ‰

Kejayaan ini membuktikan komitmen, kreativiti dan kesungguhan warga SK Hijrah Badong dalam membudayakan inovasi serta amalan terbaik dalam pendidikan.

๐Ÿฅ‡ ANUGERAH EMAS

๐Ÿ‘ Cikgu Sharifah Nur Fatimah Az-Zahra binti Syed Mohdi
Inovasi Pendidikan Guru (Pendidikan Khas)
- Kit Media Special Kids
๐Ÿ† Turut dinobatkan sebagai Pemenang Tempat Ketiga

๐Ÿ‘ Ustazah Afaf Athirah binti Mohd Jamil
Inovasi Pendidikan Guru (Pendidikan Khas)
- i-Solat

๐Ÿ‘ Cikgu Helen binti Zawawi
Inovasi Pendidikan Guru (Prasekolah)
- Roda Baca Ajaib

******

๐Ÿฅˆ ANUGERAH PERAK

๐Ÿ‘ Cikgu Masni bin Mahdi
Inovasi Pendidikan Guru (Pendidikan Khas)

******

๐Ÿฅ‰ ANUGERAH GANGSA

๐Ÿ‘ GB Jamali bin Kadir
Pembudayaan Amalan Terbaik Kepimpinan

๐Ÿ‘ Cikgu Chrisima binti Wasli
Inovasi Pendidikan Guru (Sekolah Rendah)

๐Ÿ‘ Cikgu Nor Azumi bin Wahi
Inovasi Pendidikan Guru (Pemulihan Khas)

๐Ÿš€ **ANUGERAH PEMACU INOVASI SEKOLAH** ๐Ÿš€

Penyertaan memberangsangkan iaitu sebanyak 7 penyertaan telah melayakkan SK Hijrah Badong menerima Anugerah Pemacu Inovasi Sekolah dengan pencapaian yang membanggakan:

๐Ÿฅ‡ 3 Anugerah Emas
๐Ÿฅˆ 1 Anugerah Perak
๐Ÿฅ‰ 3 Anugerah Gangsa

7 Penyertaan โ€ข 3 Emas โ€ข 1 Perak โ€ข 3 Gangsa โ€ข 1 Anugerah Pemacu Inovasi Sekolah

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua guru yang telah mengharumkan nama sekolah. Kejayaan ini adalah hasil dedikasi, usaha berterusan, keberanian mencuba sesuatu yang baharu serta semangat untuk memberikan pendidikan terbaik kepada anak-anak didik.

Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin kepada seluruh warga SK Hijrah Badong untuk terus berinovasi, berkarya dan melangkah lebih jauh demi kecemerlangan pendidikan. ๐ŸŒŸ

SK HIJRAH BADONG โ€” SEIRING KITA HAMPIRI BINTANG!โญ








๐ŸŒŸ SEMOGA BERJAYA! ๐ŸŒŸWarga SK Hijrah Badong ingin merakamkan setinggi-tinggi sokongan dan doa buat tiga orang guru hebat y...
14/08/2026

๐ŸŒŸ SEMOGA BERJAYA! ๐ŸŒŸ

Warga SK Hijrah Badong ingin merakamkan setinggi-tinggi sokongan dan doa buat tiga orang guru hebat yang akan mewakili sekolah dalam Pertandingan Inovasi Pendidikan Guru sempena Karnival Pendidikan Madani Peringkat Pejabat Pendidikan Daerah Daro. ๐Ÿ’โœจ

๐Ÿ—“๏ธ 14 Ogos 2026
๐Ÿ“ Dewan Masyarakat Daro

๐Ÿ‘ Cikgu Helen binti Zawawi
๐Ÿ“š Roda Baca Ajaib
๐Ÿซ Kategori Prasekolah

๐Ÿ‘ Ustazah Afaf Athirah binti Mohd Jamil
๐Ÿ•Œ i-SOLAT
๐Ÿซ Kategori Pendidikan Khas

๐Ÿ‘ Cikgu Sharifah Nur Fatimah Az-Zahra binti Syed Mohdi
๐Ÿงฉ Kit Media Special Kids
๐Ÿซ Kategori Pendidikan Khas

Semoga segala usaha, kreativiti dan inovasi yang dicurahkan membuahkan hasil yang membanggakan. Teruskan melangkah dengan penuh keyakinan dan semangat juang! ๐Ÿ’ชโœจ

๐Ÿ† SEMOGA BERJAYA DAN MENGGAPAI KEJAYAAN!
๐ŸŒŸ Seiring Kita Hampiri Bintang ๐ŸŒŸ








๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พโœจ HEBAHAN AKTIVITI SEMPENA SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN SK HIJRAH BADONG 2026 โœจ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พAyuh warga SK Hijrah Badong! Semarakkan...
12/08/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พโœจ HEBAHAN AKTIVITI SEMPENA SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN SK HIJRAH BADONG 2026 โœจ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Ayuh warga SK Hijrah Badong! Semarakkan Bulan Kemerdekaan dengan penuh semangat, kreativiti dan rasa cinta akan negara. โค๏ธ๐Ÿค๐Ÿ’™๐Ÿ’›

Pelbagai aktiviti menarik telah disediakan untuk mencungkil bakat, kreativiti dan keberanian murid-murid:

๐ŸŽจ Pertandingan Mewarna & Melukis Poster
๐ŸŽค Pertandingan Nyanyian Merdeka
๐Ÿ“œ Pertandingan Sajak Merdeka
๐Ÿ‘— Pertandingan Fashion Show Merdeka
๐Ÿ“ธ Pertandingan Fotografi Merdeka

Jom sertai dan meriahkan setiap aktiviti yang dianjurkan! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ
Tunjukkan bakat, kreativiti dan semangat patriotik anda dalam menyambut bulan penuh bermakna ini.

๐ŸŒŸ Merdeka bukan sekadar laungan, tetapi semangat yang hidup dalam jiwa.

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ โ€œMalaysia Madani, Kesejahteraan Dinikmatiโ€ ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

SK HIJRAH BADONG 2026
Seiring Kita Hampiri Bintang โญ







PELANCARAN BULAN KEMERDEKAANSK HIJRAH BADONG 2026 ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พโค๏ธ๐Ÿค๐Ÿ’™๐Ÿ’›Alhamdulillah, telah berlangsung Pelancaran Bulan Kemerdekaan P...
12/08/2026

PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN
SK HIJRAH BADONG 2026 ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พโค๏ธ๐Ÿค๐Ÿ’™๐Ÿ’›

Alhamdulillah, telah berlangsung Pelancaran Bulan Kemerdekaan Peringkat SK Hijrah Badong 2026 dengan penuh semangat dan keceriaan pada:

๐Ÿ“… Tarikh: 5 Ogos 2026 (Rabu)
โฐ Masa: 7.00 โ€“ 7.40 pagi
๐Ÿ“ Tempat: Dewan Baitussina

Pelancaran ini menjadi tanda bermulanya pelbagai aktiviti menarik sepanjang Bulan Kemerdekaan SK Hijrah Badong 2026 dengan tema:

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ โ€œMalaysia Madani, Kesejahteraan Dinikmatiโ€ ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Ayuh anak-anak SK Hijrah Badong! ๐ŸŽ‰ Semarakkan bulan kemerdekaan dengan menyertai pelbagai aktiviti dan pertandingan yang telah dirancang!

Jadikan sambutan ini sebagai ruang untuk kita menyemai semangat patriotisme, menghargai erti kemerdekaan serta menzahirkan rasa cinta kepada negara melalui bakat, kreativiti dan kebersamaan. โค๏ธ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Meriahkan sambutan, serlahkan bakat, semarakkan patriotisme!

โœจ Malaysia Madani, Kesejahteraan Dinikmatiโœจ
๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ Selamat Menyambut Bulan Kemerdekaan 2026! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

๐Ÿ“ธ Dari lensa kamera kru TVPSS SKHB: Ammar Harith (6B)







๐Ÿ’ง MAKLUMAN KESIHATAN MURID SK HIJRAH BADONG ๐Ÿ’งAssalamualaikum dan salam sejahtera.Musim panas dan keadaan berjerebu boleh...
10/08/2026

๐Ÿ’ง MAKLUMAN KESIHATAN MURID SK HIJRAH BADONG ๐Ÿ’ง

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Musim panas dan keadaan berjerebu boleh meningkatkan risiko dehidrasi. Oleh itu, ibu bapa dan penjaga disarankan untuk memastikan anak-anak sentiasa membawa bekalan air minuman yang mencukupi ke sekolah dan mengamalkan tabiat minum air kosong dengan kerap.

โœ… Elakkan dehidrasi
โœ… Kekalkan fokus semasa pembelajaran
โœ… Tingkatkan daya tahan badan
โœ… Kekal cergas dan bertenaga sepanjang hari

Unit Hal Ehwal Murid (HEM)
SK Hijrah Badong ๐Ÿซ

Address

Daro

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SK Hijrah Badong DARO posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to SK Hijrah Badong DARO:

Shortcuts

Share