04/09/2026
π²πΎβ¨ TELAH BERLANGSUNG DENGAN JAYANYA AKTIVITI CUTI SEKOLAH β¨π€
Aktiviti Cuti Sekolah selama dua hari telah berjaya dilaksanakan di Perpustakaan Desa Oya pada 02 hingga 03 September 2026.
π Tempat: Perpustakaan Desa Oya
π
Tarikh: 02β03 September 2026
Pelbagai aktiviti menarik telah disediakan untuk memberikan pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan, kreatif dan bermanfaat kepada para peserta.
π§ Hari Pertama
Merdeka Cupcake Decoration
Para peserta berpeluang menghias cupcake dengan kreativiti masing-masing sambil menyemarakkan semangat cintakan negara bersempena sambutan Bulan Kebangsaan. Aktiviti ini turut mendapat bimbingan dan bantuan daripada Puan Beatrice dari Perpustakaan Awam Dalat. π§β¨ π²πΎβ€οΈ
π€ Hari Kedua
Bengkel Asas AI: ChatGPT untuk Pembelajaran
Peserta telah diperkenalkan kepada asas penggunaan kecerdasan buatan (AI) dan ChatGPT sebagai salah satu alat pembelajaran yang dapat membantu dalam mendapatkan idea, memahami sesuatu topik dan meningkatkan pengalaman pembelajaran secara kreatif dan berkesan. π»π
π¬πΏ Selain aktiviti utama, aktiviti sampingan seperti Movie Day turut diadakan bagi memeriahkan lagi Aktiviti Cuti Sekolah. Para peserta berpeluang menonton tayangan yang disediakan sambil menikmati masa bersama rakan-rakan dalam suasana yang santai dan menyeronokkan.
Tahniah dan terima kasih kepada semua peserta yang telah mengambil bahagian serta memberikan komitmen sepanjang aktiviti berlangsung. Semoga aktiviti seperti ini dapat memberikan manfaat, menambah ilmu pengetahuan dan mencetuskan kreativiti dalam kalangan peserta. π