26/06/2026
๐๐ผ๐๐๐๐๐๐ผ๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ผ๐ ๐ฝ๐๐๐ผ๐๐ผ๐ ๐๐๐๐๐ผ ๐๐๐๐๐ ๐ฟ๐ผ๐๐๐ผ๐ ๐ฟ๐ผ๐๐ผ๐ ๐ฝ๐ผ๐๐ ๐ฝ๐๐๐ผ๐ ๐
๐๐ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ
Dalat, 26 Jun 2026 : Perhimpunan Bulanan Ketua Polis Daerah Dalat telah diadakan di Perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Dalat pada hari Jumaat ( 26 Jun 2026 ). Perhimpunan ini diadakan adalah untuk menyampaikan amanat pucuk pimpinan PDRM bagi dihayati oleh seluruh warga PDRM Daerah Dalat serta memperbaharui Ikrar Taat Setia pasukan PDRM. Selain itu, pada hari ini juga telah diadakan penyampaian Sijil Anugerah Perkhidmatan Cemerlang ( APC ) Tahun 2025 dan penyampaian beberapa Sijil Kecemerlangan yang lain oleh YDH Ketua Polis Daerah Dalat, DSP Saga Anak Chunggat.
Kepentingan mematuhi Peraturan-Peraturan Pegawai Awam ( Kelakuan & Tatatertib ) 1993 hendaklah sentiasa diamalkan oleh semua warga IPD Dalat bagi menjaga integriti pasukan antara amanat yang telah disampaikan oleh YDH Ketua Polis Daerah Dalat.
Ucapan syabas dan tahniah juga diucapkan kepada semua penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang ( APC ) Bagi Tahun 2025 serta ucapan tahniah juga diucapkan kepada Pasukan Kumpulan Inovatif dan Kreatif ( KIK ) IPD Dalat atas pencapaian mewakili PDRM Kontinjen Sarawak ke peringkat Kebangsaan. Semoga pencapaian-pencapaian ini akan menjadi perangsang kepada warga PDRM yang lain untuk terus berkhidmat dan melaksanakan tugas dengan penuh tanggungjawab demi berkhidmat kepada masyarakat.
๐๐๐๐๐ ๐ฟ๐ผ๐ ๐๐ผ๐๐๐ผ๐๐ผ๐๐ผ๐ ๐ฝ๐๐๐๐๐๐ผ๐ ๐๐๐ผ๐ฟ๐ผ
Kredit : Unit Media IPD Dalat
Jurugambar / Juruvideo : L/Kpl Muhamad Sufi