15/09/2026
15 SEPTEMBER 2026 | SERLAHAN BAKAT MERDEKA | SEDA MALAYSIA
Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) Malaysia turut menyerlahkan bakat warga kerjanya menerusi penyertaan dalam Pertandingan Serlahan Bakat Merdeka anjuran Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) yang berlangsung di Dewan Baiduri, PETRA hari ini.
Bagi menyemarakkan semangat kecintaan kepada negara, pertandingan ini diadakan bersempena dengan Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) Tahun 2026.
Bagi pertandingan ini, SEDA Malaysia diwakili oleh Cik Tizi Zabirah Mohd Suharta, Pengurus Program National Energy Awards (NEA), Bahagian Komunikasi Strategik (SC) SEDA Malaysia dan Encik Amirul Aiman Shamsuddin, Pembantu Tadbir Program NUR@PETRA SEDA Malaysia dalam kategori Persembahan Nyanyian.
Manakala, bagi kategori Persembahan Sajak diwakili oleh Encik Mohd Nur Hakim Bahaman, Ketua Bahagian Unit Audit Dalam SEDA Malaysia dan Cik Nurhannan Ainal Hairol Faizi, Protege, Bahagian Pentadbiran dan Sumber Manusia SEDA Malaysia.
Di dalam pertandingan tersebut, SEDA Malaysia telah berjaya mendapat tempat ketiga bagi kategori Persembahan Sajak.
Selain itu, SEDA Malaysia turut muncul naib johan dalam Pertandingan Video Kreatif Merdeka yang di wakili oleh Bahagian SC. ๐ฅ
Tahniah dan syabas kepada seluruh wakil SEDA Malaysia atas kreativiti, komitmen dan semangat yang ditunjukkan dalam membawa nama SEDA Malaysia ke pentas Serlahan Bakat Merdeka.
Terima kasih juga kepada seluruh warga kerja SEDA Malaysia yang hadir memberikan sokongan dan semangat sepanjang pertandingan berlangsung. ๐ฒโจ
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air
Jabatan Penerangan Malaysia
Jabatan Perdana Menteri