15/10/2025
𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐊𝐍𝐈𝐊𝐀𝐋 𝐊𝐄 𝐏𝐏𝐊 𝐓𝐄𝐂𝐇𝐍𝐎𝐋𝐎𝐆𝐘 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐈𝐍𝐓𝐄𝐑𝐍𝐄𝐓 𝐎𝐅 𝐓𝐇𝐈𝐍𝐆𝐒 (𝐈𝐨𝐓) 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐏𝐑𝐎𝐉𝐄𝐊 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐒𝐈𝐒𝐓𝐄𝐌 𝐏𝐀𝐆𝐀𝐑 𝐄𝐋𝐄𝐊𝐓𝐑𝐈𝐊 𝐆𝐀𝐉𝐀𝐇
15 Oktober 2025 - Satu lawatan teknikal telah diadakan ke PPK Technology Sdn. Bhd., sebuah syarikat Bumiputera tempatan yang beroperasi dalam bidang sistem kawalan trafik dan teknologi bandar pintar (Smart City). Lawatan ini diadakan dengan kerjasama Bahagian Perkhidmatan Mekanikal dan Elektrikal, JPS Malaysia serta turut dihadiri oleh Seksyen Projek Infrastruktur BBI, wakil daripada Jabatan PERHILITAN dan pihak perunding projek.
Lawatan ini bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan kefahaman mengenai teknologi Internet of Things (IoT) serta menjalankan kajian kesesuaian terhadap potensinya untuk diaplikasikan dalam komponen sistem pemantauan (monitoring system) bagi Projek Pembangunan Sistem Pagar Elektrik Gajah.
Teknologi ini belum pernah digunakan dalam mana-mana projek pagar elektrik, namun berpotensi untuk diterokai bagi membolehkan sistem mengesan dan memaklumkan sebarang kerosakan atau gangguan di sepanjang jajaran pagar elektrik secara masa nyata (real-time). Pendekatan ini dijangka dapat membantu meningkatkan kecekapan penyelenggaraan dan pemantauan infrastruktur pada masa hadapan