Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia - JPS

Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia - JPS Laman Facebook Rasmi Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Malaysia Vision
To be among the world's best public sector organization.
(4)

Mission
To lead and provide world class services in water resources management especially in flood, river and coastal zone management to enhance quality of life by ensuring water security and environmental sustainability. Objective
To provide engineering services which are beyond the capability of the target group itself and subsequently to ensure optimum land utilization and more efficient manage

ment of the nation's water resources. Core Values
Doing The Right Things, and Doing Things Right
with QUALITY, INTEGRITY, CARING

Q Policy
DID Malaysia is committed to an excellence work culture focused on continuous improvement towards customer and employee satisfaction.

10/06/2026
08/06/2026
08/06/2026

π‘πšπ§πœπšπ€π€πšπ§ πŒπ€πƒπ€ππˆ

Keselamatan penduduk dan perlindungan kawasan berisiko terus menjadi keutamaan PETRA. Komitmen ini diterjemahkan melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dengan pelaksanaan 130 projek tebatan banjir di seluruh negara.

Melalui perancangan holistik dan kejuruteraan mampan, usaha ini bertekad mengurangkan impak bencana banjir secara signifikan sekali gus melindungi harta benda dan nyawa rakyat.







𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 π“π€ππ€πŠ πŠπ„π“π”π€ π’π„π“πˆπ€π”π’π€π‡π€ πŠπ„πŒπ„ππ“π„π‘πˆπ€π ππ„π‘π€π‹πˆπ‡π€π 𝐓𝐄𝐍𝐀𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 π“π‘π€ππ’π…πŽπ‘πŒπ€π’πˆ π€πˆπ‘ (𝐏𝐄𝐓𝐑𝐀) πƒπˆ ππ‘πŽπ‰π„πŠ ππ„πŒππˆππ€π€π 𝐃𝐀𝐍 ππ„πŒππ€πˆπŠ...
08/06/2026

𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 π“π€ππ€πŠ πŠπ„π“π”π€ π’π„π“πˆπ€π”π’π€π‡π€ πŠπ„πŒπ„ππ“π„π‘πˆπ€π ππ„π‘π€π‹πˆπ‡π€π 𝐓𝐄𝐍𝐀𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 π“π‘π€ππ’π…πŽπ‘πŒπ€π’πˆ π€πˆπ‘ (𝐏𝐄𝐓𝐑𝐀) πƒπˆ ππ‘πŽπ‰π„πŠ ππ„πŒππˆππ€π€π 𝐃𝐀𝐍 ππ„πŒππ€πˆπŠπ€π 𝐁𝐀𝐍 ππ€ππ“π€πˆ πƒπˆ ππ€ππ“π€πˆ π’πŠπˆπŒ π“π€πŒππŽπŠ, ππ€ππ“π€πˆ π’πŠπˆπŒ π‘π„ππ†πˆπ“, ππ€ππ“π€πˆ π’πŠπˆπŒ πŒπˆππ˜π€πŠ ππ„πŠπ”, ππ€ππ“π€πˆ π’πŠπˆπŒ ππ„π’π„π‘π€πˆ 𝐃𝐀𝐍 ππ€ππ“π€πˆ π’πŠπˆπŒ 𝐒𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐑𝐀𝐍𝐆 πƒπˆ 𝐁𝐀𝐓𝐔 𝐏𝐀𝐇𝐀𝐓, π‰πŽπ‡πŽπ‘
πŸ“… πŸ– 𝐉𝐔𝐍 πŸπŸŽπŸπŸ” | πŸ“ππ€π“π” 𝐏𝐀𝐇𝐀𝐓, π‰πŽπ‡πŽπ‘

Ketua Setiausaha Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), YBhg. Dato’ Sri Haji Mad Zaidi Mohd Karli telah mengadakan lawatan tapak ke projek Pembinaan dan Pembaikan Ban Pantai di Pantai Skim Tampok, Pantai Skim Rengit, Pantai Skim Minyak Beku, Pantai Skim Peserai dan Pantai Skim Senggarang, Batu Pahat, Johor.

Lawatan ini bertujuan meninjau kemajuan pelaksanaan projek serta memastikan kerja-kerja pembinaan dan pemuliharaan ban pantai dilaksanakan mengikut perancangan yang ditetapkan. Projek ini merupakan antara inisiatif penting kerajaan dalam memperkukuh perlindungan kawasan pesisir pantai daripada hakisan dan ancaman bencana, sekali gus meningkatkan kesejahteraan serta keselamatan penduduk setempat.

Turut hadir ialah YBrs. Ir. Hanizan Deraman, Timbalan Ketua Pengarah (Sektor Bisnes), Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia dan YBrs. Ir. Zaki Mashud, Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Johor. Lawatan ini turut disertai oleh pegawai-pegawai kanan PETRA, JPS Malaysia dan JPS Negeri Johor.





πŒπ€π‰π‹πˆπ’ ππ„π‘π€π’πŒπˆπ€π ππ‘πŽπ‰π„πŠ π‚π€πŠππ€ πŒπ€πƒπ€ππˆ 𝐏𝐄𝐓𝐑𝐀 πƒπˆ ππ„π†π„π‘πˆ π‰πŽπ‡πŽπ‘πŸ“… πŸ– 𝐉𝐔𝐍 πŸπŸŽπŸπŸ” | πŸ“π‰πŽπ‡πŽπ‘ 𝐁𝐇𝐀𝐑𝐔Ketua Setiausaha Kementerian Perali...
08/06/2026

πŒπ€π‰π‹πˆπ’ ππ„π‘π€π’πŒπˆπ€π ππ‘πŽπ‰π„πŠ π‚π€πŠππ€ πŒπ€πƒπ€ππˆ 𝐏𝐄𝐓𝐑𝐀 πƒπˆ ππ„π†π„π‘πˆ π‰πŽπ‡πŽπ‘
πŸ“… πŸ– 𝐉𝐔𝐍 πŸπŸŽπŸπŸ” | πŸ“π‰πŽπ‡πŽπ‘ 𝐁𝐇𝐀𝐑𝐔

Ketua Setiausaha Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), YBhg. Dato’ Sri Haji Mad Zaidi bin Mohd Karli telah menyempurnakan Majlis Perasmian Projek Cakna MADANI PETRA di Negeri Johor.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah YBrs. Ir. Hanizan bin Deraman, Timbalan Ketua Pengarah (Sektor Bisnes), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Malaysia serta YBrs. Ir. Zaki bin Mashud, Pengarah JPS Negeri Johor. Majlis ini turut dihadiri oleh pegawai-pegawai kanan PETRA, JPS Malaysia dan JPS Negeri Johor sebagai tanda komitmen bersama dalam menjayakan agenda pembangunan dan pemuliharaan sumber air negara.

Majlis turut diisi dengan Taklimat Eksekutif Pelaksanaan Projek Pemuliharaan Sungai Bagi Mengurangkan Risiko Banjir Negeri Johor Darul Ta’zim Tahun 2026.

Pelaksanaan projek ini mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan MADANI melalui PETRA dan JPS Malaysia dalam memperkukuh pengurusan sungai secara mampan, meningkatkan kesejahteraan rakyat serta mengurangkan risiko banjir demi keselamatan dan kemakmuran masyarakat.







05/06/2026

TAHUKAH ANDA⁉️ | KENALI GEOBENCANA: FAHAMI RISIKO, RANCANG KESELAMATAN

Tahukah anda bahawa geobencana merupakan kejadian semula jadi yang berpunca daripada proses geologi dan geomorfologi seperti banjir, hakisan pantai, kenaikan aras laut, kemarau, tanah runtuh serta gempa bumi dan tsunami?

🌏 Geobencana boleh memberi impak besar terhadap keselamatan nyawa, kerosakan harta benda, kestabilan ekonomi dan kelestarian alam sekitar. Justeru, pengurusan risiko geobencana yang berkesan amat penting dalam mewujudkan bandar yang lebih selamat, berdaya tahan (resilient) dan mampan.

πŸ“˜ Jom kenali pelbagai jenis geobencana dan fahami kepentingan pengurusan risiko melalui Kamus Geobencana PLANMalaysia. Muat turun di pautan berikut:

πŸ”—https://www.planmalaysia.gov.my/portalassets/docs/KAMUS_GEOBENCANA_PLANMalaysia.pdf

TPr Alias Rameli
PLANMalaysia
Pejabat Projek Zon Timur, PLANMalaysia






πŸπŸ•π“π‡ π’π„π’π’πˆπŽπ πŽπ… 𝐓𝐇𝐄 πˆππ“π„π‘π†πŽπ•π„π‘ππŒπ„ππ“π€π‹ π‡π˜πƒπ‘πŽπ‹πŽπ†πˆπ‚π€π‹ ππ‘πŽπ†π‘π€πŒπŒπ„ π‚πŽπ”ππ‚πˆπ‹πŸ“… πŸ“ 𝐉𝐔𝐍 πŸπŸŽπŸπŸ” | πŸ“π”ππ„π’π‚πŽ, ππ€π‘πˆπ’Sesi Ke-27 Majlis Antar...
05/06/2026

πŸπŸ•π“π‡ π’π„π’π’πˆπŽπ πŽπ… 𝐓𝐇𝐄 πˆππ“π„π‘π†πŽπ•π„π‘ππŒπ„ππ“π€π‹ π‡π˜πƒπ‘πŽπ‹πŽπ†πˆπ‚π€π‹ ππ‘πŽπ†π‘π€πŒπŒπ„ π‚πŽπ”ππ‚πˆπ‹
πŸ“… πŸ“ 𝐉𝐔𝐍 πŸπŸŽπŸπŸ” | πŸ“π”ππ„π’π‚πŽ, ππ€π‘πˆπ’

Sesi Ke-27 Majlis Antara Kerajaan bagi Program Hidrologi Antarabangsa UNESCO (IHP) yang berlangsung dari 1 hingga 5 Jun 2026 di UNESCO, Paris, telah melabuhkan tirainya.

Sepanjang persidangan, Malaysia telah menyampaikan pandangan dan pendirian negara mengenai pelbagai agenda strategik termasuk pembangunan Ekohidrologi UNESCO, UNESCO Water Science Report serta Hala Tuju Transformasi IHP. Penyertaan aktif Malaysia mencerminkan komitmen berterusan negara dalam memperkukuh tadbir urus air berasaskan sains, meningkatkan kerjasama antarabangsa dan menyokong usaha global ke arah keselamatan air yang mampan.

Pada kesempatan ini, YBhg. Datuk Ir. Mohamad Radzi turut mengadakan pertemuan dengan Pengerusi Majlis IHP UNESCO, Cristiane Collet Battiston dari Brazil, bagi bertukar pandangan mengenai kerjasama dalam bidang hidrologi dan pengurusan sumber air. Beliau juga telah menyampaikan cenderamata sebagai tanda penghargaan serta simbol hubungan baik dan kerjasama erat antara Malaysia dan UNESCO.

Malaysia merakamkan penghargaan kepada UNESCO, Sekretariat IHP serta semua Negara Anggota atas komitmen dan kerjasama yang diberikan sepanjang persidangan ini demi memperkukuh pengurusan sumber air yang mampan untuk generasi masa kini dan akan datang.





πŸπŸ•π“π‡ π’π„π’π’πˆπŽπ πŽπ… 𝐓𝐇𝐄 πˆππ“π„π‘π†πŽπ•π„π‘ππŒπ„ππ“π€π‹ π‡π˜πƒπ‘πŽπ‹πŽπ†πˆπ‚π€π‹ ππ‘πŽπ†π‘π€πŒπŒπ„ π‚πŽπ”ππ‚πˆπ‹πŸ“… πŸ’ 𝐉𝐔𝐍 πŸπŸŽπŸπŸ” | πŸ“π”ππ„π’π‚πŽ, ππ€π‘πˆπ’Memasuki hari keempat S...
04/06/2026

πŸπŸ•π“π‡ π’π„π’π’πˆπŽπ πŽπ… 𝐓𝐇𝐄 πˆππ“π„π‘π†πŽπ•π„π‘ππŒπ„ππ“π€π‹ π‡π˜πƒπ‘πŽπ‹πŽπ†πˆπ‚π€π‹ ππ‘πŽπ†π‘π€πŒπŒπ„ π‚πŽπ”ππ‚πˆπ‹
πŸ“… πŸ’ 𝐉𝐔𝐍 πŸπŸŽπŸπŸ” | πŸ“π”ππ„π’π‚πŽ, ππ€π‘πˆπ’

Memasuki hari keempat Sesi Ke-27 Majlis Antara Kerajaan bagi Program Hidrologi Antarabangsa UNESCO (IHP) di UNESCO, Paris, Ketua Pengarah JPS Malaysia merangkap Pengerusi Program Hidrologi Antara Kerajaan (IHP) Malaysia, YBhg. Datuk Ir. Mohamad Radzi bin Abdul Talib, telah menyampaikan intervensi negara berhubung UNESCO Water Science Report dan Hala Tuju Transformasi IHP.

Malaysia menyatakan sokongan terhadap pembangunan UNESCO Water Science Report sebagai rujukan penting dalam memperkukuh pengurusan sumber air berasaskan sains, khususnya bagi membantu negara membangun menangani cabaran seperti kekurangan data, kekangan kapasiti teknikal dan jurang antara sains serta dasar.

Malaysia turut menegaskan bahawa penerbitan dan pelaksanaan laporan tersebut serta Hala Tuju Transformasi IHP perlu diteruskan bagi memperkukuh tadbir urus air global, meningkatkan perkongsian ilmu dan memperkasa keupayaan negara anggota dalam menghadapi cabaran air yang semakin kompleks.

Malaysia kekal komited untuk bekerjasama dengan UNESCO dan Negara-Negara Anggota dalam memperkukuh keselamatan air global serta memastikan pengurusan sumber air yang mampan untuk generasi akan datang.





πŸπŸ•π“π‡ π’π„π’π’πˆπŽπ πŽπ… 𝐓𝐇𝐄 πˆππ“π„π‘π†πŽπ•π„π‘ππŒπ„ππ“π€π‹ π‡π˜πƒπ‘πŽπ‹πŽπ†πˆπ‚π€π‹ ππ‘πŽπ†π‘π€πŒπŒπ„ π‚πŽπ”ππ‚πˆπ‹πŸ“… πŸ‘ 𝐉𝐔𝐍 πŸπŸŽπŸπŸ” | πŸ“π”ππ„π’π‚πŽ, ππ€π‘πˆπ’Pada hari ketiga Sesi K...
03/06/2026

πŸπŸ•π“π‡ π’π„π’π’πˆπŽπ πŽπ… 𝐓𝐇𝐄 πˆππ“π„π‘π†πŽπ•π„π‘ππŒπ„ππ“π€π‹ π‡π˜πƒπ‘πŽπ‹πŽπ†πˆπ‚π€π‹ ππ‘πŽπ†π‘π€πŒπŒπ„ π‚πŽπ”ππ‚πˆπ‹
πŸ“… πŸ‘ 𝐉𝐔𝐍 πŸπŸŽπŸπŸ” | πŸ“π”ππ„π’π‚πŽ, ππ€π‘πˆπ’

Pada hari ketiga Sesi Ke-27 Majlis Antara Kerajaan bagi Program Hidrologi Antarabangsa UNESCO (IHP) di Paris, Ketua Pengarah JPS Malaysia merangkap Pengerusi IHP Malaysia, YBhg. Datuk Ir. Mohamad Radzi Abdul Talib, telah menyampaikan intervensi Malaysia berhubung laporan 30 tahun pelaksanaan Ekohidrologi UNESCO.

Malaysia merakamkan penghargaan kepada UNESCO atas usaha mempromosikan Ekohidrologi sebagai pendekatan saintifik yang mengintegrasikan pengurusan sumber air dan pemeliharaan ekosistem. Malaysia turut berbangga menjadi tuan rumah kepada tiga Tapak Demonstrasi Ekohidrologi UNESCO iaitu REDAC USM, UTHM dan Putrajaya Wetlands.

Dalam intervensi tersebut, Malaysia menyuarakan kebimbangan terhadap penstrukturan semula Sekretariat UNESCO yang melibatkan pembubaran seksyen khusus Ekohidrologi, serta menegaskan kepentingan mengekalkan kepakaran, keterlihatan dan penyelarasan agenda Ekohidrologi agar terus menjadi keutamaan dalam menangani cabaran perubahan iklim, kehilangan biodiversiti dan keselamatan







Address

Ibu Pejabat JPS Malaysia, Persiaran Rimba Permai, Cyber 8
Cyberjaya
63000

Opening Hours

Monday 07:30 - 17:30
Tuesday 07:30 - 17:30
Wednesday 07:30 - 17:30
Thursday 07:30 - 17:30
Friday 07:30 - 17:30

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia - JPS posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share