09/09/2026
π’ SESI KNOWLEDGE SHARING MS 966: PLAYGROUND EQUIPMENT
Jabatan Standard Malaysia (JSM) telah menganjurkan Knowledge Sharing Session: MS 966 Playground Equipment β Safety Performance for Public Use β Specification pada 8 September 2026 bertempat di Putrajaya International Convention Centre (PICC), Putrajaya.
Program ini menjadi platform perkongsian ilmu mengenai MS 966, yang menetapkan keperluan keselamatan dan prestasi bagi peralatan taman permainan untuk kegunaan awam.
Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) turut berkongsi pengalaman mengaplikasikan MS 966 di peringkat PBT, khususnya dalam aspek pemeriksaan, pemantauan dan penguatkuasaan keselamatan peralatan taman permainan.
Para peserta turut berpeluang mengemukakan pandangan dan input terhadap draf standard bagi memastikan keperluannya relevan, praktikal dan dapat dilaksanakan dengan berkesan.
Penglibatan PBT, industri dan pihak berkepentingan mencerminkan komitmen bersama dalam memperkukuh keselamatan, kualiti dan amalan terbaik melalui standardisasi, di samping menyokong usaha mewujudkan persekitaran taman permainan awam yang lebih selamat.
Ada Standard, Untung! β