02/06/2026
Pengurusan Tertinggi serta seluruh warga Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii) merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada YBrs. Encik Jaya Singam a/l A. Rajoo, Timbalan Ketua Setiausaha (Pelaburan dan Pengurusan) MITI, atas pengurniaan Darjah Kebesaran Johan Mangku Negara (J.M.N.) sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVII.
Penganugerahan ini merupakan pengiktirafan terhadap sumbangan, dedikasi dan komitmen beliau dalam melaksanakan amanah serta tanggungjawab kepada kementerian dan negara. Semoga pengiktirafan ini menjadi inspirasi untuk terus memperkukuh kecemerlangan perkhidmatan awam serta menyumbang kepada kemajuan ekonomi dan kesejahteraan rakyat.