OFFICIAL : Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)

OFFICIAL : Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) merupakan agensi badan berkanun bawah Kementerian Pendidikan Tinggi
(2)

“Kerajaan Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.”

"Malaysian Government is not responsible for any loss or damages that may be incurred by the user as a result of using the information on this site."

14/06/2026

Kualiti pendidikan tinggi negara kekal diiktiraf pada peringkat antarabangsa dan tidak mempunyai kaitan dengan isu kebolehpasaran graduan tempatan, kata Ketua Pegawai Eksekutif Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) Profesor Datuk Dr Mohammad Shatar Sabran.

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera.Sukacita dimaklumkan semakan panggilan temu duga bagi jawatan Pegawai Teknolo...
12/06/2026

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera.

Sukacita dimaklumkan semakan panggilan temu duga bagi jawatan Pegawai Teknologi Maklumat _Contract for Service_ (CFS) boleh disemak mulai 12 Jun 2026 (Jumaat) pada jam 3.00 petang secara dalam talian di https://www2.mqa.gov.my/JobsMQA/.

Sebarang pertanyaan berkenaan perkara ini, mohon hubungi talian 03-8688 3619/4833.

Sekian, terima kasih.

Unit Perjawatan
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia

CEO DESK [VIDEO]Bakal mahasiswa disaran teruskan pendaftaran ke IPT walaupun berdepan cabaran kewanganIkuti saranan oleh...
12/06/2026

CEO DESK [VIDEO]

Bakal mahasiswa disaran teruskan pendaftaran ke IPT walaupun berdepan cabaran kewangan

Ikuti saranan oleh Ketua Pegawai Eksekutif MQA, Dato' Prof. Dr. Mohammad Shatar Sabran.



MQA HARGAI 58 WARGA CEMERLANG DI MAJLIS APRESIASI KECEMERLANGAN MQA TAHUN 2025PUTRAJAYA: Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)...
09/06/2026

MQA HARGAI 58 WARGA CEMERLANG DI MAJLIS APRESIASI KECEMERLANGAN MQA TAHUN 2025

PUTRAJAYA: Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) meraikan 58 pegawai menerusi Majlis Apresiasi Kecemerlangan MQA 2025 sebagai penghargaan terhadap kecemerlangan prestasi dan kesetiaan warga kerjanya.

Merasmikan majlis itu, Pengerusi Majlis MQA, Prof Emeritus Dato' Seri Dr. Zaini Ujang berkata, kecemerlangan perlu menjadi budaya yang terus berkembang dalam organisasi dan bukannya sekadar pencapaian sementara.

Beliau berkata penjawat awam kini berdepan cabaran era pascanormal yang dicorakkan oleh ketidaktentuan global, termasuk konflik geopolitik yang memberi kesan kepada ekonomi, pendidikan dan kesejahteraan masyarakat.

Menurutnya, MQA perlu sentiasa bersedia menghadapi perubahan tersebut, termasuk memastikan kebajikan pelajar Malaysia di luar negara serta kelangsungan proses akademik dapat diuruskan dengan lancar ketika berdepan situasi kecemasan.

“MQA tidak boleh lagi berfikir secara biasa-biasa kerana kita merupakan sebahagian daripada pemacu agenda pendidikan tinggi negara yang perlu sentiasa berpandangan jauh dan strategik,” katanya pada majlis berkenaan.

Datuk Seri Zaini turut menegaskan bahawa produktiviti sektor awam tidak lagi boleh diukur berdasarkan tempoh bekerja semata-mata, sebaliknya perlu dipertingkatkan melalui penambahbaikan sistem, proses kerja, teknologi dan budaya organisasi.

Beliau berkata kesejahteraan fizikal dan mental warga kerja juga perlu diberikan perhatian kerana produktiviti sesebuah agensi berkait rapat dengan tahap kesihatan serta kebajikan kakitangannya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif MQA, Dato' Prof. Dr. Mohammad Shatar Sabran berkata seramai 28 pegawai menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC), manakala 30 lagi menerima Hadiah Jasa Bakti (HJB) dan Hadiah Jasa Setia (HJS) atas sumbangan serta rekod perkhidmatan mereka.

Beliau berkata pengiktirafan tersebut membuktikan komitmen MQA dalam menghargai setiap usaha dan pengorbanan warga kerja yang menjadi nadi kepada kejayaan organisasi.

“Penerima APC telah membuktikan bahawa integriti, akauntabiliti dan komitmen tinggi merupakan asas utama kepada kecemerlangan perkhidmatan awam,” katanya.

Menurut beliau, kejayaan MQA selama ini bukanlah hasil usaha individu tertentu, sebaliknya terhasil daripada kekuatan ekosistem kerja berpasukan yang melibatkan seluruh warga agensi.

Beliau berkata MQA yang kini melangkah ke Pelan Strategik 2026-2030 perlu lebih agresif, fleksibel dan berfikiran terbuka dalam mendepani cabaran baharu pendidikan tinggi.

“Bersama-sama kita mencorakkan masa depan anak bangsa, membina kepercayaan industri dan meletakkan Malaysia sebagai antara peneraju pendidikan tinggi bertaraf global,” katanya.

Selain anugerah kecemerlangan, majlis itu turut menjadi pentas warga MQA mempersembahkan bakat nyanyian buat enam finalis Suara Bintang MQA 2026.

Cabutan bertuah dan kuiz untuk mereka yang bertuah turut diadakan dan seramai 10 warga yang menepati pakaian tema majlis 'Royal' p**a menerima hadiah atas kreativiti masing-masing.

09/06/2026

CEO DESK [VIDEO]

2026: Majikan cari lebih daripada PNGK

Ikuti perkongsian Ketua Pegawai Eksekutif MQA, Dato' Prof. Dr. Mohammad Shatar Sabran berkenaan isu kebolehpasaran graduan IPT tempatan.



PERHATIAN Agensi Kelayakan Malaysia tidak pernah mengiklankan tawaran kerja melalui aplikasi Threads.Mohon berhati-hati ...
05/06/2026

PERHATIAN

Agensi Kelayakan Malaysia tidak pernah mengiklankan tawaran kerja melalui aplikasi Threads.

Mohon berhati-hati dan semak semula sekiranya menerima maklumat mengenainya.

Harap maklum.

04/06/2026

CEO DESK [VIDEO]

Tiada kompromi kualiti: MQA pastikan standard bertaraf dunia

Ikuti penjelasan Ketua Pegawai Eksekutif MQA, Dato' Prof. Dr. Mohammad Shatar Sabran berkenaan kualiti pendidikan tinggi di Malaysia memenuhi piawaian nasional dan antarabangsa.



DIRGAHAYU TUANKUMerafak sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Ya...
01/06/2026

DIRGAHAYU TUANKU

Merafak sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku.

Semoga Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku sentiasa dikurniakan keafiatan, kesejahteraan dan kekuatan untuk terus memayungi rakyat serta negara dengan penuh kebijaksanaan dan hikmah.



SELAMAT HARI WESAK 2026Seluruh warga Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) mengucapkan Selamat Menyambut Hari Wesak kepada sem...
31/05/2026

SELAMAT HARI WESAK 2026

Seluruh warga Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) mengucapkan Selamat Menyambut Hari Wesak kepada semua penganut agama Buddha yang meraikannya.

Semoga kita dapat terus kekal hidup bersama dalam suasana yang harmoni, sejahtera, penuh dengan kasih sayang, kesyukuran dan sikap toleransi antara satu sama lain.



𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓 𝐏𝐄𝐒𝐓𝐀 𝐊𝐀𝐀𝐌𝐀𝐓𝐀𝐍 & 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐆𝐀𝐖𝐀𝐈 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔 🌾🌾🌾Seluruh warga kerja Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) mengucap...
30/05/2026

𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓 𝐏𝐄𝐒𝐓𝐀 𝐊𝐀𝐀𝐌𝐀𝐓𝐀𝐍 & 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐆𝐀𝐖𝐀𝐈 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔 🌾🌾🌾

Seluruh warga kerja Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) mengucapkan Selamat Menyambut Pesta Kaamatan dan Hari Gawai kepada seluruh masyarakat di Sabah dan Sarawak yang meraikannya.

𝑲𝒐𝒕𝒐𝒃𝒊𝒂𝒏 𝑻𝒂𝒅𝒂𝒖 𝑻𝒂𝒈𝒂𝒛𝒐 𝑫𝒐 𝑲𝒂𝒂𝒎𝒂𝒕𝒂𝒏
𝑮𝒂𝒚𝒖 𝑮𝒖𝒓𝒖 𝑮𝒆𝒓𝒂𝒊 𝑵𝒚𝒂𝒎𝒂𝒊

Semoga sambutan perayaan ini diraikan dengan penuh kesyukuran dan keharmonian serta membawa keberkatan atas hasil tuaian dan rezeki yang melimpah ruah.




Address

Mercu MQA, No 3539, Jalan Teknokrat 7, Cyber 5, 63000 Cyberjaya
Cyberjaya
46200

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+60386881900

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when OFFICIAL : Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share