Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam - SWCorp

Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam - SWCorp MALAYSIA YANG BERSIH, INDAH DAN SEJAHTERA.

• Mengesyorkan dasar, perancangan dan strategi perkhidmatan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam kepada Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara.

• Melaksana, menggalakkan penyertaan dan mempertingkatkan kesedaran orang awam mengenai program kesedaran dan perkhidmatan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam.

• Menerapkan amalan kitar semula dan pengasingan sisa disumber secara sistematik disamping menekankan ciri-ciri pembangunan yang mampan meliputi aspek ekonomi, politik dansosial.

• Memproses permohonan baru, pembaharuan dan pembatalan/penggantungan lesen pembekal perkhidmatan pengurusan sisa pepejal sehingga pengesyoran kepada Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara.

• Mengawalselia prestasi syarikat-syarikat yang membekalkan perkhidmatan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam.

• Mengenalpasti teknologi yang mesra alam, selamat dan kos efektif serta menjalankan penyelidikan berhubung dengan pembangunan perkhidmatan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam.

• Melaksana dan menguatkuasakan undang-undang pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam.

Plastik sekali guna mungkin hanya digunakan untuk beberapa minit, tetapi kesannya terhadap persekiitaran boleh berpanjan...
16/08/2026

Plastik sekali guna mungkin hanya digunakan untuk beberapa minit, tetapi kesannya terhadap persekiitaran boleh berpanjangan selama bertahun-tahun. Setiap beg plastik yang kita kurangkan penggunaannya adalah satu langkah kecil ke arah mengurangkan pencemaran, melindungi hidupan dan memelihara kelestarian bumi.

Mulakan perubahan dengan membawa beg guna semula dan memilih alternatif yang lebih mesra alam. Bersama-sama, kita mampu membentuk masyarakat yang lebih bertanggungjawab terhadap alam sekitar.

16/08/2026
⏳ 3 hari lagi…Ada pekerjaan yang kita nampak.Ada juga pengorbanan yang sering tidak kita sedari.Setiap kali kita melangk...
15/08/2026

⏳ 3 hari lagi…

Ada pekerjaan yang kita nampak.
Ada juga pengorbanan yang sering tidak kita sedari.

Setiap kali kita melangkah di laluan yang bersih, berada di ruang yang selesa atau menikmati persekitaran yang terjaga, ada insan yang telah terlebih dahulu memastikan semuanya berada dalam keadaan terbaik.

Mereka bukan sekadar membersihkan.
Mereka menjaga keselesaan, kebersihan dan maruah persekitaran yang kita kongsi bersama.

Kini, tiba masanya untuk kita menghargai mereka. ❤️

3 hari lagi sebelum kita meraikan insan yang saban hari bekerja di sebalik kebersihan yang kita nikmati.

📺 Saksikan Majlis Apresiasi Hari Pekerja Pembersihan 2026 secara siaran langsung di Facebook SWCorp pada 18 Ogos 2026.

Kerana di sebalik setiap yang bersih, ada tangan yang berjasa. 🧹✨

Program Senam Tari Merdeka 🇲🇾💃📍 14 Ogos 2026Semarak kemerdekaan diraikan dengan penuh warna dan keceriaan menerusi Progr...
15/08/2026

Program Senam Tari Merdeka 🇲🇾💃
📍 14 Ogos 2026

Semarak kemerdekaan diraikan dengan penuh warna dan keceriaan menerusi Program Senam Tari Merdeka bersempena Sambutan Hari Inovasi SWCorp dan Semarak Kemerdekaan ke-69.

Program ini bukan sekadar menyemarakkan suasana, malah menjadi wadah untuk membudayakan gaya hidup sihat, meningkatkan kecergasan serta memperkukuh semangat kebersamaan dalam kalangan warga kerja SWCorp.

Gabungan elemen kecergasan, kreativiti, perpaduan dan kerjasama berpas**an menjadikan program ini lebih istimewa. Kemeriahan turut diserikan dengan penggayaan busana tradisional pelbagai kaum yang mencerminkan keunikan budaya serta keharmonian masyarakat Malaysia.

Lebih daripada sekadar senam tari, program ini membawa semangat bahawa kepelbagaian menyatukan kita dan kebersamaan menguatkan kita.

Semoga semangat kemerdekaan terus subur dalam jiwa setiap warga kerja SWCorp — cergas dalam melaksanakan amanah, kreatif dalam mencipta perubahan dan bersatu dalam kepelbagaian demi negara tercinta. 🇲🇾❤️

Siapa sahaja yang tidak s**a ais krim? Lebih-lebih lagi apabila cuaca panas, nikmat menikmati ais krim memang di tahap y...
15/08/2026

Siapa sahaja yang tidak s**a ais krim? Lebih-lebih lagi apabila cuaca panas, nikmat menikmati ais krim memang di tahap yang lain.

Sama ada anda menggemari ais krim dalam cawan, kon mahupun batang, masing-masing mempunyai cara tersendiri untuk menikmatinya.

Namun, jangan sesekali membuang pembungkus atau batang ais krim ses**a hati di tempat awam kerana padahnya mungkin besar.

Mulai tahun 2026, penguatkuasaan undang-undang berkaitan kebersihan di tempat awam diperkasakan melalui pindaan Akta 672 di Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Kedah, Perlis serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Jika didapati bersalah kerana membuang sampah merata-rata, anda boleh dikenakan denda tidak melebihi RM2,000 serta hukuman Perintah Khidmat Masyarakat sehingga 12 jam.

Jika tiada tong sampah berhampiran atau tong sampah telah penuh, bawa pulang sampah anda dan buang di rumah.

Bertanggungjawablah terhadap sampah sendiri — biarpun sekecil batang ais krim!

15/08/2026

Apa ada di Ibu Pejabat SWCorp? 👀♻️

Ramai ingat Ibu Pejabat SWCorp sekadar tempat bekerja. Sebenarnya, ada pelbagai ruang dan kemudahan menarik yang boleh diterokai! 🤩

♻️ Galeri Waste to Art – saksikan karya seni dan arca kreatif yang dihasilkan daripada bahan terpakai dan kitar semula.

📡 C4i – pusat pemantauan berteknologi yang membolehkan kerja-kerja pembersihan dan perkhidmatan konsesi di lapangan dipantau serta diselia secara lebih menyeluruh.

🚗 DTRC – ada barangan kitar semula? Bawa sahaja secara drive-thru. Mudah, cepat dan praktikal untuk terus membudayakan amalan kitar semula!

🏛️ Auditorium & Dewan – ruang untuk pelbagai program, seminar, taklimat dan aktiviti korporat.

📚 Perpustakaan – ruang ilmu dan rujukan untuk menambah pengetahuan.

Dan… itu belum semuanya! 👀

Apa lagi yang menarik di Ibu Pejabat SWCorp? Jom ikut kami teroka satu per satu. Tengok sampai habis! 😎♻️

Plastik sekali guna hanya digunakan untuk seketika, tetapi kesannya terhadap persekitaran boleh berlarutan selama bertah...
15/08/2026

Plastik sekali guna hanya digunakan untuk seketika, tetapi kesannya terhadap persekitaran boleh berlarutan selama bertahun-tahun. Dengan memilih alternatif yang boleh diguna semula, kita mampu mengurangkan pencemaran serta memelihara kelestarian persekitaran.

Setiap pilihan yang kita buat pada hari ini menentukan keadaan persekitaran pada masa hadapan. Elak penggunaan plastik sekali guna dan biasakan membawa alternatif yang boleh digunakan semula. Langkah kecil daripada kita mampu membawa perubahan besar kepada bumi.

Komitmen Berterusan: Pemantauan dan Pemeriksaan di Lapangan oleh Anggota SWCorp📍 14 Ogos 2026 | MelakaSWCorp terus komit...
15/08/2026

Komitmen Berterusan: Pemantauan dan Pemeriksaan di Lapangan oleh Anggota SWCorp
📍 14 Ogos 2026 | Melaka

SWCorp terus komited melaksanakan pemantauan dan pemeriksaan di lapangan bagi memastikan pengurusan sisa pepejal dilaksanakan dengan baik serta kebersihan persekitaran sentiasa terpelihara.

Sebanyak 8 kawasan/lokasi telah dipantau melibatkan pemeriksaan terhadap 967 premis di sekitar negeri Melaka.

Pemantauan secara berterusan ini merupakan sebahagian daripada usaha SWCorp dalam memastikan tahap pematuhan terhadap pengurusan sisa pepejal terus dipertingkatkan, di samping memupuk kesedaran dan tanggungjawab masyarakat dalam menjaga kebersihan persekitaran.

Terima kasih kepada masyarakat yang sentiasa memberikan kerjasama dan memainkan peranan dalam memastikan kebersihan kawasan masing-masing terus terpelihara.

Kebersihan tanggungjawab bersama. Bersama-sama kita merealisasikan Malaysia yang bersih, indah dan sejahtera.

Pelaksanaan Hukuman Perintah Khidmat Masyarakat Bagi Pesalah Membuang Sampah Kecil Di Bawah Akta 672 Siri 33📍 14 Ogos 20...
14/08/2026

Pelaksanaan Hukuman Perintah Khidmat Masyarakat Bagi Pesalah Membuang Sampah Kecil Di Bawah Akta 672 Siri 33
📍 14 Ogos 2026

SWCorp telah melaksanakan hukuman Perintah Khidmat Masyarakat (PKM) terhadap pesalah yang disabitkan kesalahan membuang sampah kecil di tempat awam di bawah Akta 672.

Pelaksanaan PKM Siri 33 pada 14 Ogos 2026 melibatkan seramai 6 orang pesalah di negeri Pahang.

PKM bukan sekadar suatu bentuk hukuman, malah menjadi medium pendidikan yang memberi pengalaman secara langsung kepada pesalah tentang tanggungjawab menjaga kebersihan persekitaran. Melalui kerja-kerja pembersihan di kawasan awam di bawah pemantauan anggota penguat kuasa SWCorp, pesalah dididik untuk memahami kesan perbuatan membuang sampah merata-rata serta lebih menghargai usaha memelihara kebersihan awam.

Tangan yang mengotorkan, tangan yang sama akan membersihkan.

Jadikan kebersihan sebagai tanggungjawab bersama. Jangan buang sampah merata-rata demi memastikan persekitaran kekal bersih, indah dan sejahtera.

⏳ 4 hari lagi!Setiap helaian daun yang disapu, setiap sampah yang dikutip dan setiap ruang yang dibersihkan membawa bers...
14/08/2026

⏳ 4 hari lagi!

Setiap helaian daun yang disapu, setiap sampah yang dikutip dan setiap ruang yang dibersihkan membawa bersama sebuah kisah tentang usaha, pengorbanan dan dedikasi.

Di sebalik persekitaran yang bersih, indah dan selesa, ada insan yang bekerja tanpa mengenal lelah. Merekalah wira kebersihan yang saban hari memastikan kesejahteraan kita terus terpelihara.

Kini, tiba masanya untuk kita menghargai dan meraikan jasa mereka. ❤️

✨ Saksikan Majlis Apresiasi Hari Pekerja Pembersihan 2026 secara siaran langsung di Facebook SWCorp pada 18 Ogos 2026.

Bersama-sama kita raikan insan yang mungkin tidak selalu mendapat perhatian, namun hasil kerja dan bakti mereka sentiasa kita rasai.

Wira Kebersihan, Nadi Kelestarian Negara.

Address

Blok J, Bangunan MKN Embassy Techzone, Jalan Teknokrat 2
Cyberjaya
63000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam - SWCorp posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam - SWCorp:

Shortcuts

Share