13/05/2026
Penghargaan Buat Semua Rakan Strategik Hari Air Sedunia Peringkat Kebangsaan 2026
Mesyuarat Post Mortem Hari Air Sedunia (HAS) Peringkat Kebangsaan 2026 telah diadakan pada 11 Mei 2026 dan dipengerusikan oleh YBrs. Ir. Azren bin Khalil, Timbalan Ketua Pengarah (Sektor Pakar) selaku Pengerusi Sekretariat Hari Air Sedunia Peringkat Kebangsaan 2026.
Mesyuarat ini merupakan platform penilaian pelaksanaan program secara menyeluruh, melibatkan aspek penyelarasan teknikal, pengurusan operasi, logistik, komunikasi strategik serta keberkesanan pelaksanaan aktiviti sepanjang penganjuran HAS 2026 di Dataran Tanjung Bidara, Masjid Tanah, Melaka.
Perbincangan memberi fokus kepada pengenalpastian amalan terbaik yang boleh dijadikan prosedur operasi standard, meneliti ruang penambahbaikan bagi memperkukuh kecekapan, koordinasi antara agensi dan kualiti penganjuran pada masa hadapan.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), Kerajaan Negeri Melaka, agensi, jabatan, pihak berkuasa tempatan, pasukan keselamatan, institusi pendidikan serta seluruh warga kerja yang telah bersama-sama menjayakan HAS 2026. Penghargaan turut dirakamkan kepada semua pihak serta rakan strategik atas komitmen, sokongan dan kerjasama cemerlang sepanjang penganjuran program ini:
• Bahagian Korporat
• Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Melaka
• Bahagian Perkhidmatan Air dan Pembentungan
• Jabatan Perkhidmatan Pembetungan (JPP)
• Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (NAHRIM)
• Jabatan Bekalan Air (JBA)
• Tenaga Nasional Berhad (TNB)
• Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN)
• Indah Water Konsortium (IWK)
• Sustainable Energy Development Authority Malaysia (SEDA)
• Suruhanjaya Tenaga (ST)
• Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB)
• Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
• Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
• Perbadanan Putrajaya (PPj)
• Universiti Utara Malaysia (UUM)
Semoga jalinan kerjasama strategik ini terus diperkukuh dalam usaha memperkasa pengurusan sumber air negara yang mampan, inklusif dan berdaya tahan demi kesejahteraan generasi masa hadapan. 💧