Program NUR

Program NUR Program NUR@PETRA merupakan kesinambungan daripada Program Sustainability SAVE. Bagi menggalakkan lebih ramai pengguna elektrik membeli peralatan cekap tenaga.

Operating Hours: 9:00am-5:00pm, Mon-Friday except Public Holidays. Kementerian Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam (KPTDGA) merupakan Kementerian yang dipertanggungjawabkan untuk memantau pelaksanaan SAVE 4.0 dan SEDA Malaysia telah dilantik sebagai Agensi Pelaksana.

08/09/2026

Kediaman anda dalam zon mana? πŸŸ’πŸŸ‘πŸ”΄

Corak penggunaan elektrik di setiap kediaman berbeza, bergantung kepada kelengkapan dan cara ia digunakan.

Kenali penggunaan elektrik bulanan anda dan lihat bagaimana perubahan kecil dalam rutin harian boleh membantu menjadikan kediaman anda lebih cekap tenaga 😊

28/08/2026
28/08/2026

Bayangkan Kuala Lumpur… tanpa lampu, tanpa pendingin hawa, tanpa telefon yang boleh dicas. 😳⚑

Pada tahun 1905, sebuah stesen wap kecil di Ulu Gombak menjadi antara detik penting apabila bekalan elektrik awam mula diperkenalkan untuk Kuala Lumpur.

Lebih 120 tahun kemudian, elektrik telah menjadi nadi kepada hampir setiap aspek kehidupan kita.

Daripada sebiji lampu πŸ’‘ kepada sebuah negara yang sedang bergerak menuju sistem tenaga lebih bersih dan moden.

Jauh kita sudah melangkah. Perjalanannya masih diteruskan.







27/08/2026

π’π„πŒπˆππ€π‘ πŠπ„π’π„πƒπ€π‘π€π πŠπ„π‚π„πŠπ€ππ€π 𝐓𝐄𝐍𝐀𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 π“π€πŠπ‹πˆπŒπ€π“ 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐄𝐍𝐀𝐋𝐀𝐍 ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ ππ„ππ†π”πŠπ”π‡π€π πˆππˆπ’πˆπ€π“πˆπ… πŠπ„π‚π„πŠπ€ππ€π 𝐓𝐄𝐍𝐀𝐆𝐀 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀 π”ππ“π”πŠ π’π„πŠπ“πŽπ‘ π€π–π€πŒ (π†πŽπ•π„π‘ππŒπ„ππ“ 𝐋𝐄𝐀𝐃 𝐁𝐘 π„π—π€πŒππ‹π„ – 𝐆𝐋𝐁𝐄) πƒπˆ π™πŽπ π’π€π‘π€π–π€πŠ

Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) Malaysia selaku agensi pelaksana Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) akan mengadakan Seminar Kesedaran Kecekapan Tenaga Dan Taklimat Pengenalan Program Pengukuhan Inisiatif Kecekapan Tenaga Negara Untuk Sektor Awam (Government Lead By Example, GLBE) di Pullman Kuching pada 28 Ogos 2026.

Program ini bertujuan untuk mempromosikan inisiatif dan amalan kecekapan tenaga di bangunan-bangunan Kerajaan termasuk di Kementerian, Jabatan dan Agensi Kerajaan Persekutuan dan Negeri, serta universiti dan hospital melalui insentif kerajaan.

Manakala kehadiran fizikal adalah terhad kepada 50 peserta.

Untuk maklumat lanjut, layari www.seda.gov.my/glbe atau hubungi [email protected] / 011-2386 0484 (En. Haniff Hasif).

Daftar sekarang di www.bit.ly/glbe-sarawak. Jumpa di sana!

Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air
Jabatan Penerangan Malaysia
Jabatan Perdana Menteri

20/08/2026

Ibu Pejabat SEDA Malaysia ditutup sementara pada 20-21 Ogos 2026 (Khamis-Jumaat) dan akan kembali beroperasi seperti biasa pada 24 Ogos 2026 (Isnin).

Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan.

19/08/2026

Jabatan Perkhidmatan Awam πŸ‡²πŸ‡Ύ
・・・
♻️ π— π—˜π—‘π—šπ—”π—£π—” π—žπ—œπ—§π—”π—₯ π—¦π—˜π— π—¨π—Ÿπ—” π—£π—˜π—‘π—§π—œπ—‘π—š π—¦π—˜π—žπ—”π—₯π—”π—‘π—š?πŸ€”

Menurut laporan UNEP, dunia menghasilkan lebih 2.1 bilion tan sisa pepejal setiap tahun dan angka ini dijangka melonjak kepada 3.8 bilion tan menjelang tahun 2050.

Lebih membimbangkan, penggunaan bahan mentah global juga dijangka meningkat hampir 60% menjelang 2060 sekiranya tiada tindakan proaktif diambil untuk mengurangkan kebergantungan terhadap sumber semula jadi.

Mari kita bersama-sama menyokong Kempen Kitar Semula Kebangsaan dengan menguruskan sisa secara bijak demi kelestarian alam sekitar dan kestabilan ekonomi negara!




19/08/2026

Sempena Bulan Kebangsaan, marilah kita bersama-sama mengibarkan Jalur Gemilang dan menghayati nilai patriotisme, perpaduan, integriti serta amanah dalam setiap tindakan dan perkhidmatan yang diberikan.

Di Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) Malaysia, semangat cintakan negara diterjemahkan melalui komitmen berterusan dalam memacu pembangunan tenaga lestari, memperkukuh agenda peralihan tenaga negara serta menyumbang kepada kesejahteraan rakyat dan kemakmuran Malaysia.

Ayuh, kita jayakan kempen dan semarakkan semangat kebangsaan dengan mengibarkan Jalur Gemilang sebagai lambang kedaulatan, perpaduan dan kebanggaan kita sebagai rakyat Malaysia.

Kibar Jalur Gemilang. Hayati nilainya.

Bersama-sama kita membina Malaysia yang lebih lestari dan gemilang

Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air
Jabatan Penerangan Malaysia
Jabatan Perdana Menteri

19/08/2026

πŸ“ˆ Bil elektrik tak naik dalam sehari... ia bermula dengan tabiat kecil setiap hari.

Satu suis yang terlupa ditutup. Satu suhu penyaman udara yang terlalu rendah. Satu peralatan yang digunakan tanpa keperluan.
Bila semuanya digabungkan, kesannya boleh dirasai pada hujung bulan.

Amalkan budaya Cekap Tenaga hari ini, dan Nikmati penjimatannya esok. πŸ’‘




14/08/2026

JIMAT TENAGA ATAU CEKAP TENAGA β€” SAMA KE? ⚑🏠

Ramai mungkin menganggap kedua-duanya sama, tetapi sebenarnya ada perbezaan.

Jimat tenaga ialah usaha mengurangkan penggunaan tenaga, contohnya memadamkan lampu atau peralatan elektrik apabila tidak digunakan.

Cekap tenaga p**a bermaksud menggunakan tenaga dengan lebih optimum untuk mendapatkan hasil yang sama atau lebih baik, dengan penggunaan tenaga yang lebih rendah β€” antaranya melalui penggunaan peralatan elektrik yang cekap tenaga.

Di rumah, kita boleh amalkan kedua-duanya. Manfaatkan pencahayaan semula jadi, tetapkan penyaman udara pada suhu yang sesuai, gunakan mesin basuh dengan muatan penuh dan pilih kelengkapan elektrik yang mempunyai Label Cekap Tenaga 4-5 Bintang.

Apabila amalan jimat tenaga dan cekap tenaga digabungkan, impaknya lebih besar β€” membantu mengurangkan pembaziran tenaga, mengoptimumkan penggunaan elektrik dan menyokong penggunaan tenaga yang lebih mampan.

Jadi, jangan sekadar jimat. Gunakan tenaga dengan cekap, dan jadikan kedua-duanya amalan harian.





🌱 Program Nikmat Untuk Rakyat (NUR) di ISES 2026Pada 11 dan 12 Ogos 2026, Program Nikmat Untuk Rakyat (NUR) telah membuk...
14/08/2026

🌱 Program Nikmat Untuk Rakyat (NUR) di ISES 2026

Pada 11 dan 12 Ogos 2026, Program Nikmat Untuk Rakyat (NUR) telah membuka reruai sempena ISES 2026 sebagai salah satu inisiatif untuk memperluas hebahan dan meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kecekapan tenaga serta manfaat Program NUR.

Sepanjang dua hari penganjuran, reruai Program NUR telah menerima kunjungan orang ramai melalui pelbagai aktiviti interaktif dan perkongsian maklumat, antaranya sesi penerangan Program NUR, sesi interaksi bersama pengunjung serta Kahoot Game.

Penglibatan pengunjung dalam setiap aktiviti turut memberikan ruang untuk berkongsi maklumat dengan lebih dekat, di samping meningkatkan kefahaman mengenai kepentingan penggunaan tenaga secara cekap dan berhemah.

Terima kasih kepada semua pengunjung yang telah meluangkan masa untuk singgah ke reruai Program NUR. Sokongan dan penglibatan anda amat dihargai dalam usaha bersama memperkukuh kesedaran terhadap kecekapan tenaga dan kelestarian alam.

Malaysia

Address

PIHAK BERKUASA PEMBANGUNAN TENAGA LESTARI ( SEDA ) MALAYSIA Blok 3517, Jalan Teknokrat 5, Cyber 5, Cyberjaya D. E.
Cyberjaya
63000

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Program NUR posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Program NUR:

Shortcuts

Share