24/04/2026
23 April 2026 | Sesi Rundingan Mengenalpasti Keperluan Membangunkan NOSS/NCS bidang Kecerdasan Buatan (Artificial Intelligence - AI)
BSPKTVET JPK telah mengadakan satu sesi rundingan bersama industri dan agensi-agensi berkaitan bagi mengenal pasti keperluan pembangunan NOSS/NCS dalam bidang teknologi kecerdasan buatan (AI).
Sesi ini mengumpul maklum balas daripada sejumlah melibatkan 35 panel pakar industri dan pelbagai agensi berkaitan AI antaranya Jabatan Digital Negara, Pejabat AI Kebangsaan (NAIO), Kementerian Digital, Pihak Berkuasa Keselamatan Siber Kebangsaan (NACSA), CyberSecurity Malaysia (CSM), Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC), Malaysia Automotive Robotic and Internet of Things Institute (MARii).
Antara resolusi sesi rundingan ini ialah adalah mempersetujui keperluan membangunkan NCS AI bagi beberapa skop dalam domain AI+X seperti AI for Cybersecurity, AI for IoT, AI for Robotics, dan seumpamanya. Keperluan kompetensi dalam bentuk tata kelola dan etika teknologi AI, seperti AI Auditing atau AI Assessment, turut dicadangkan.
Sebagai strategi "quick win", BSPKTVET akan berbincang dengan Kementerian Digital dan agensi-agensinya untuk mengenal pasti sijil profesional sedia ada dalam teknologi AI yang boleh diadaptasi sebagai NCS. Strategi jangka sederhana ialah pembangunan NCS baharu bagi elemen-elemen AI+X yang diperlukan oleh industri, manakala strategi jangka panjang bakal menyaksikan pembangunan NOSS teknologi/kejuruteraan AI yang merangkumi kompetensi membangun, mengintegrasi, dan menyenggara "jentera" AI itu sendiri.