JPKK Air Puteh dan JPKK Teladas

JPKK Air Puteh dan JPKK Teladas Assalamualaikum penduduk Kg Air Puteh dan Kg Teladas Kemaman. Sebarang masalah/cadangan dan kritikan

Isnin25.05.2026Alhamdulillah, mewakili Ameerah Cawangan dan Ameerah Dun Air Putih berkesempatan pagi ini turun bersama-s...
25/05/2026

Isnin
25.05.2026

Alhamdulillah, mewakili Ameerah Cawangan dan Ameerah Dun Air Putih berkesempatan pagi ini turun bersama-sama menyantuni beberapa buah rumah ibu-ibu yang baru selesai bersalin disekitar Kg Teladas.

Semoga ziarah kecil ini dapat memberi sedikit semangat, sokongan dan kegembiraan buat mereka. Semoga semua ibu diberikan kesihatan yang baik, dipermudahkan urusan berpantang serta dikurniakan anak-anak yang soleh dan solehah 🀍

https://www.facebook.com/share/p/18cTbiQ5WQ/


KULIAH KHAS SEMPENA LAMBAIAN ARAFAH πŸŒ™Menjelang hari-hari penuh keberkatan Zulhijjah, marilah sama-sama kita melapangkan ...
25/05/2026

KULIAH KHAS SEMPENA LAMBAIAN ARAFAH πŸŒ™

Menjelang hari-hari penuh keberkatan Zulhijjah, marilah sama-sama kita melapangkan masa untuk hadir ke Kuliah Khas Sempena Lambaian Arafah. Jangan lepaskan peluang mengambil ibrah, pengajaran serta menghayati makna sebenar pengorbanan menjelang Aidiladha.

Saat jutaan umat Islam berhimpun di Padang Arafah, ayuh kita juga menghimpunkan hati di majlis ilmu. Moga setiap perkongsian menjadi bekalan iman dan asbab keberkatan buat kita semua.

πŸ“Œ Senarai Kuliah Khas Anda :

1️⃣ Lambaian Arafah & Ibrah Aidiladha Peringkat DUN Air Putih
πŸ“… 26 Mei 2026 | 9 Zulhijjah 1447H (Selasa)
πŸ•  5:30 Petang – Isyak

2️⃣ Kuliah Maghrib Khas
πŸ“… 25 Mei 2026 | 8 Zulhijjah 1447H (Isnin)
πŸ“ Masjid Kg Dadong, Kemaman

3️⃣ Kuliah Maghrib Khas
πŸ“… 25 Mei 2026 | 8 Zulhijjah 1447H (Isnin)
πŸ“ Masjid INSPI, Binjai

Jom hadir beramai-ramai.
Biar langkah menuju majlis ilmu menjadi saksi kecintaan kita kepada agama. Jumpa di sana, insya-Allah.

Sabtu23.05.2026Alhamdulillah, selesai ziarah kebajikan pada petang ini daripada NGO Ranaco bersama-sama Jpkk Kg Air Puti...
23/05/2026

Sabtu
23.05.2026

Alhamdulillah, selesai ziarah kebajikan pada petang ini daripada NGO Ranaco bersama-sama Jpkk Kg Air Putih. Terima kasih diucapkan kepada Ranaco Edu untuk sumbangan yang diberikan.

Semoga sedikit sumbangan dan kehadiran ini dapat menceriakan serta mengeratkan ukhuwah sesama masyarakat. Terima kasih kepada semua yang terlibat ❀️

https://www.facebook.com/share/p/1Cw545oGi6/

22.5.2026Jumaat Alhamdullilah Ziarah kebajikan Jpkk Teladas sekitar Kg Teladas hari ini. Semoge penduduk kampung setiasa...
22/05/2026

22.5.2026
Jumaat

Alhamdullilah

Ziarah kebajikan Jpkk Teladas sekitar Kg Teladas hari ini. Semoge penduduk kampung setiasa diberikan kesihatan tubuh badan dan tabah menghadapi ujian.

https://www.facebook.com/share/p/1MbJ7btPvt/

Khamis14/5/2026Alhamdulillah, selesai penyerahan sijil penghargaan kepada para pelajar Ranaco Edu atas komitmen dan khid...
14/05/2026

Khamis
14/5/2026

Alhamdulillah, selesai penyerahan sijil penghargaan kepada para pelajar Ranaco Edu atas komitmen dan khidmat bakti sebagai sukarelawan dalam misi bantuan banjir pada tahun lepas serta sukarelawan utk Majlis Jamuan Raya Kampung Air Putih. Pada tahun ini. Penyerahan sijil ini disampaikan oleh YB Mohd Hafiz Adam bersama-sama Pengerusi Jpkk Kg Air Putih sebagai tanda penghargaan atas jasa dan kerjasama yang telah diberikan.

Semoga segala usaha dan kerjasama yang diberikan menjadi inspirasi serta memberi manfaat kepada masyarakat setempat dan semoga semangat sukarelawan dan ukhuwah ini terus mekar demi kebaikan masyarakat. 🀝✨

https://www.facebook.com/share/p/1ES45w11C7/

Selamat Hari Jururawat Antarabangsa 2026Di saat ramai berehat, masih ada jururawat yang setia berjaga demi memastikan pe...
12/05/2026

Selamat Hari Jururawat Antarabangsa 2026

Di saat ramai berehat, masih ada jururawat yang setia berjaga demi memastikan pesakit terus menerima rawatan dan perhatian. Senyuman, kesabaran dan layanan kalian menjadi penawar buat ramai insan.

Menjadi jururawat bukan tugas yang mudah. Penat lelah, waktu yang terkorban dan pelbagai cabaran ditempuhi dengan penuh dedikasi demi amanah yang dipikul.

Terima kasih buat seluruh jururawat atas jasa dan pengorbanan yang tidak ternilai. Semoga sentiasa dikurniakan kesihatan, kekuatan serta dipermudahkan segala urusan.

β€œTerima kasih, wira putih yang sentiasa ada di saat diperlukan.”

06/05/2026

7.6.2026
Khamis

Assalamualaikum
Mohon jasa baik semua penduduk kampung mendoakan Razali Mohamad( Pokli Kg Teladas) yang menjalani pembedahan di Hospital Kuantan HTAA pagi ini agar dipermudah segala urusan dan diberikan kesembuhan dari sakit beliau.

https://www.facebook.com/share/p/1AnsrzD7ce/

06.05.2026RabuAssalamualaikum Mohon jasa baik semua penduduk kampung mendoakan Azizul bin Aziz (jijoe) dikurniakan kesem...
06/05/2026

06.05.2026
Rabu

Assalamualaikum
Mohon jasa baik semua penduduk kampung mendoakan Azizul bin Aziz (jijoe) dikurniakan kesembuhan sepenuhnya atas luka yang dialami semasa menjalankan urusan menangkap lembu. Semoga Allah SWT mengurniakan kesihatan seperti sediakala dan dipermudah segala urusan beliau.

InsyaAllah

https://www.facebook.com/share/p/1FkXkYKZGg/

Sabtu25/04/2026Alhamdulillah , Kerja-kerja baik pulih gelanggang bola takraw di Dataran Astaka telah berjaya disiapkan d...
25/04/2026

Sabtu
25/04/2026

Alhamdulillah , Kerja-kerja baik pulih gelanggang bola takraw di Dataran Astaka telah berjaya disiapkan dengan sempurna dan kini sedia untuk digunakan bagi aktiviti sukan serta riadah komuniti.. Pengerusi Jpkk Kg Air Putih turut menyerahkan sumbangan net (jaring) dan bola takraw untuk anak-anak belia di kampung. Semoga sedikit sebanyak sumbangan ini dapat memeriahkan lagi aktiviti di kampung Air Putih dan dimanfaatkan dengan sebaik mungkin..

https://www.facebook.com/share/p/1AZWEgS4Ax/

Address

Kemaman
Cukai
24050

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when JPKK Air Puteh dan JPKK Teladas posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share