Pejabat Daerah dan Tanah Kemaman

Pejabat Daerah dan Tanah Kemaman Pejabat Daerah dan Tanah Kemaman

Merafak sembah setinggi-tinggi tahniah kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Sul...
01/06/2026

Merafak sembah setinggi-tinggi tahniah kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Seri Paduka Baginda Tuanku pada 1 Jun 2026 bersamaan 15 Zulhijjah 1447H.

Semoga Allah SWT memberkati dan merahmati KDYMM Seri Paduka Baginda Tuanku.

Dirgahayu Tuanku!

πŸŒ™βœ¨ Selamat Menyambut Hari Arafah & Hari Raya Aidiladha 1447H/2026M βœ¨πŸŒ™Semoga keberkatan Hari Arafah dan Aidiladha membawa...
25/05/2026

πŸŒ™βœ¨ Selamat Menyambut Hari Arafah & Hari Raya Aidiladha 1447H/2026M βœ¨πŸŒ™
Semoga keberkatan Hari Arafah dan Aidiladha membawa keinsafan, ketenangan serta mengeratkan ukhuwah sesama kita. Marilah bersama-sama menghayati erti pengorbanan, keikhlasan dan ketaatan dalam kehidupan seharian.

KAUNTER HASIL BERGERAKKUTIPAN LUAR CUKAI TANAH 2026PEJABAT TANAH KEMAMANπŸ—“οΈTARIKH : 23 MEI 2026 (SABTU)πŸ•˜MASA : 10.00 PAGI...
22/05/2026

KAUNTER HASIL BERGERAK
KUTIPAN LUAR CUKAI TANAH 2026
PEJABAT TANAH KEMAMAN

πŸ—“οΈTARIKH : 23 MEI 2026 (SABTU)
πŸ•˜MASA : 10.00 PAGI – 5.00 PTG
πŸ“TEMPAT : MESRAMALL KEMASIK, KEMAMAN

Sila Bawa Bersama salah satu salinan berikut untuk memudahkan urusan pembayaran cukai tanah.

➑️Resit Hasil Terdahulu @
➑️Kad Pengenalan @
➑️Geran Tanah
πŸ”ŠKAMI AKAN BERADA DI LOKASI ANDA!!!
πŸ”ŠJangan lupa war-warkan kepada saudara mara dan jiran berdekatan anda..
Bayaran dan semakan cukai tanah boleh dibuat melalui sistem Portal Awam e-Tanah
( https://etanah.terengganu.gov.my/etanah-awam/AwamLoginForm.xhtml )

Program Rezeki Adha KESUKE PDTK 2026 telah diadakan pada hari ini bertempat di Bilik Syarahan PDK. Program ini dianjurka...
21/05/2026

Program Rezeki Adha KESUKE PDTK 2026 telah diadakan pada hari ini bertempat di Bilik Syarahan PDK. Program ini dianjurkan sebagai usaha menyemarakkan semangat Aidiladha melalui pengisian rohani dan aktiviti kebajikan dalam kalangan warga PDTK.

Antara pengisian utama program ialah sesi tazkirah Adha bertajuk β€œErti Pengorbanan dan Keberkatan Rezeki” yang telah disampaikan oleh Ustazah Salbiah Ibrahim. Tazkirah tersebut memberi penekanan kepada nilai keikhlasan, pengorbanan serta kepentingan berkongsi rezeki sesama insan bersempena sambutan Aidiladha.

Selain itu, program turut melibatkan agihan daging kepada seluruh warga PDTK sebagai tanda penghargaan dan semangat kebersamaan. Pelaksanaan program ini diharap dapat mengeratkan ukhuwah, memupuk nilai prihatin serta menyemai semangat kebersamaan dalam kalangan warga kerja PDTK selaras dengan penghayatan ibadah korban dan keberkatan Aidiladha.

21 Mei 2026 | Khamis
04 Zulhijjah 1447H

πŠπ”ππ‰π”ππ†π€π π‡πŽπ‘πŒπ€π“ ππ„π†π€π–π€πˆ 𝐇𝐔𝐓𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐓𝐄𝐑𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍𝐔 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐓𝐀𝐍, 𝐃𝐔𝐍𝐆𝐔𝐍 𝐃𝐀𝐍 πŠπ„πŒπ€πŒπ€π πŠπ„ 𝐀𝐓𝐀𝐒 𝐓𝐔𝐀𝐍 ππ„π†π€π–π€πˆ 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 πŠπ„πŒπ€πŒπ€πSatu kun...
17/05/2026

πŠπ”ππ‰π”ππ†π€π π‡πŽπ‘πŒπ€π“ ππ„π†π€π–π€πˆ 𝐇𝐔𝐓𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐓𝐄𝐑𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍𝐔 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐓𝐀𝐍, 𝐃𝐔𝐍𝐆𝐔𝐍 𝐃𝐀𝐍 πŠπ„πŒπ€πŒπ€π πŠπ„ 𝐀𝐓𝐀𝐒 𝐓𝐔𝐀𝐍 ππ„π†π€π–π€πˆ 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 πŠπ„πŒπ€πŒπ€π

Satu kunjungan hormat telah diadakan oleh Pegawai Hutan Daerah Terengganu Selatan, Dungun dan Kemaman, Encik Ahmad Fikri bin Mistar ke atas YBrs. Tuan Pegawai Daerah Kemaman di Pejabat Daerah Kemaman.

Kunjungan tersebut bertujuan mengeratkan hubungan kerjasama antara Jabatan Perhutanan dan Pejabat Daerah Kemaman di samping membincangkan perkara-perkara berkaitan pengurusan hutan, pemeliharaan alam sekitar serta pembangunan mampan di daerah ini.

Pertemuan ini diharapkan dapat memperkukuh jaringan kerjasama antara kedua-dua agensi dalam merealisasikan agenda pembangunan lestari serta mempertingkat usaha pemeliharaan khazanah alam demi kesejahteraan dan manfaat berterusan kepada masyarakat serta generasi akan datang.

17 MEI 2026 | AHAD
29 ZULKAEDAH 1447H

KAUNTER HASIL BERGERAKKUTIPAN LUAR CUKAI TANAH 2026PEJABAT TANAH KEMAMANπŸ—“οΈTARIKH : 15 MEI 2026 (JUMAAT)πŸ•˜MASA : 7.30 PAGI...
14/05/2026

KAUNTER HASIL BERGERAK
KUTIPAN LUAR CUKAI TANAH 2026
PEJABAT TANAH KEMAMAN

πŸ—“οΈTARIKH : 15 MEI 2026 (JUMAAT)
πŸ•˜MASA : 7.30 PAGI – 12.00 TGH HARI
πŸ“TEMPAT : PASAR TANI CHUKAI, KEMAMAN

Sila Bawa Bersama salah satu salinan berikut untuk memudahkan urusan pembayaran cukai tanah.

➑️Resit Hasil Terdahulu @
➑️Kad Pengenalan @
➑️Geran Tanah
πŸ”ŠKAMI AKAN BERADA DI LOKASI ANDA!!!
πŸ”ŠJangan lupa war-warkan kepada saudara mara dan jiran berdekatan anda..
Bayaran dan semakan cukai tanah boleh dibuat melalui sistem Portal Awam e-Tanah
( https://etanah.terengganu.gov.my/etanah-awam/AwamLoginForm.xhtml )

[π—›π—˜π—•π—”π—›π—”π—‘ π—œπ—žπ—Ÿπ—”π—‘ 𝗝𝗔π—ͺ𝗔𝗧𝗔𝗑 π—žπ—’π—¦π—’π—‘π—š 𝗬𝗔𝗬𝗔𝗦𝗔𝗑 π—§π—˜π—₯π—˜π—‘π—šπ—šπ—”π—‘π—¨]
14/05/2026

[π—›π—˜π—•π—”π—›π—”π—‘ π—œπ—žπ—Ÿπ—”π—‘ 𝗝𝗔π—ͺ𝗔𝗧𝗔𝗑 π—žπ—’π—¦π—’π—‘π—š 𝗬𝗔𝗬𝗔𝗦𝗔𝗑 π—§π—˜π—₯π—˜π—‘π—šπ—šπ—”π—‘π—¨]

[𝐇𝐄𝐁𝐀𝐇𝐀𝐍]

IKLAN JAWATAN KOSONG YAYASAN TERENGGANU

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berasal dari Negeri Terengganu / Kerakyatan Negeri Terengganu yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan untuk mengisi kekosongan jawatan bertaraf kontrak di Yayasan Terengganu sepertimana berikut :

1. PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN GRED DG9 - BAHASA KOREA - Contract of Service
2. PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN GRED DG9 - BAHASA JEPUN - Contract of Service
3. PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN GRED DG9 - KAUNSELOR - Contract of Service
4. PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM GRED S9 - Contract of Service
5. PEMBANTU KHIDMAT AM GRED H1 - Contract of Service
6. PEMBANTU KEMAHIRAN SETARAF GRED H19 - Contract for Service

Syarat-syarat permohonan boleh dirujuk melalui pautan : https://drive.google.com/file/d/1itaL-taa_yyN_wxYzhz33c89XanXgIQO/view

Permohonan boleh dibuat bermula 12 Mei 2026 hingga 21 Mei 2026 secara ONLINE melalui pautan :
https://ytklik.terengganu.gov.my

Satu kunjungan hormat telah diadakan oleh Pejabat Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Daerah Kemaman ke atas YBrs. Tuan Pegawai ...
06/05/2026

Satu kunjungan hormat telah diadakan oleh Pejabat Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Daerah Kemaman ke atas YBrs. Tuan Pegawai Daerah Kemaman sebagai usaha memperkukuh hubungan kerjasama antara kedua-dua pihak.

Delegasi KEMAS Daerah Kemaman telah diketuai oleh Puan Zaini binti Muhamad, Pegawai KEMAS Daerah Kemaman. Kunjungan ini bertujuan mengeratkan jalinan kerjasama strategik di samping mengadakan perbincangan berkaitan pembangunan fasiliti TABIKA KEMAS di sekitar Daerah Kemaman.

Diharapkan kunjungan ini menjadi platform penting dalam memperkukuh kolaborasi antara agensi serta memastikan pembangunan fasiliti pendidikan di Daerah Kemaman dapat dilaksanakan secara lebih efektif dan berimpak tinggi.

06 Mei 2026 | Rabu
18 Zulkaedah 1447H

πŸ“’ HEBAHAN PROGRAM BERSAMAMU RAKYAT : INDAHNYA HIDUP BERSYARIAT 2026 πŸ“’Orang ramai dijemput hadir memeriahkan:✨ Program Be...
04/05/2026

πŸ“’ HEBAHAN PROGRAM BERSAMAMU RAKYAT : INDAHNYA HIDUP BERSYARIAT 2026 πŸ“’

Orang ramai dijemput hadir memeriahkan:

✨ Program Bersamamu Rakyat
πŸ’š Indahnya Hidup Bersyariat
πŸ“ DUN Air Putih

πŸ—“ Tarikh : 9 Mei 2026 (Sabtu)
πŸ•Œ Tempat : Masjid Jamek Bandar Cheneh Baharu

Pelbagai aktiviti menarik menanti anda termasuk pengisian ilmiah dan program komuniti.

πŸ‘¨β€πŸ‘©β€πŸ‘§β€πŸ‘¦ Ayuh bawa keluarga dan sahabat handai untuk sama-sama mengimarahkan program ini.

πŸ“² Jangan lepaskan peluang. Jumpa anda di sana!




🌿 Bersamamu Rakyat
β€œIndahnya Hidup Bersyariat”

Satu hari penuh dengan pelbagai aktiviti menarik, perkongsian bermanfaat dan suasana harmoni bersama masyarakat!

πŸ“… 9 Mei 2026 (Sabtu)
πŸ“ Masjid Jamek Bandar Cheneh Baharu, Kemaman

🎁 Banyak aktiviti menanti
πŸŽ‰ Hadiah menarik disediakan
πŸ‘¨β€πŸ‘©β€πŸ‘§ Sesuai untuk semua peringkat umur

Ini peluang kita eratkan ukhuwah, dekatkan diri dengan suasana Islam yang indah.

πŸ‘‰ Jangan datang sorang, ajak sekali family & kawan-kawan!

Jumpa anda di sana! πŸ’š

Selamat Menyambut Hari Pekerja 2026.Dengan tema β€œPekerja Madani Kesuma Bangsa”, Sesungguhnya, setiap usaha dan dedikasi ...
30/04/2026

Selamat Menyambut Hari Pekerja 2026.

Dengan tema β€œPekerja Madani Kesuma Bangsa”, Sesungguhnya, setiap usaha dan dedikasi yang dicurahkan menjadi asas kepada kemajuan organisasi dan kesejahteraan masyarakat. Ayuh kita terus melangkah maju dengan penuh komitmen, profesionalisme dan keikhlasan dalam setiap tugas yang diamanahkan.

Terima kasih atas segala sumbangan dan komitmen yang berterusan.

Selamat Hari Pekerja!

01 MEI 2026

Address

Chukai

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6098591972

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Daerah dan Tanah Kemaman posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pejabat Daerah dan Tanah Kemaman:

Share