Hasuni Sudin Mantan Calon P040 Parlimen Kemaman, Terengganu

Hasuni Sudin Mantan Calon P040 Parlimen Kemaman, Terengganu Hasuni Sudin Mantan Calon P040 Parlimen Kemaman Terengganu

Banjir pada awal tahun 2024 yang melanda beberapa kampung di kawasan Hulu Dungun, di sini disifatkan lebih buruk berband...
28/01/2024

Banjir pada awal tahun 2024 yang melanda beberapa kampung di kawasan Hulu Dungun, di sini disifatkan lebih buruk berbanding banjir besar yang melanda pada 2014.

Antara kampung terjejas di kawasan itu melibatkan Kampung Pasir Raja, Kampung Shukor, Kampung Jongok Batu dan Kampung Belimbing dan beberapa Kampung lain disekitar Hulu Dungun ini.

Sementata itu, antara PPS yang masih dibuka di Dungun adalah Dewan Serbaguna Kampung Shukor, Dewan Orang Ramai Kampung Pasir Raja, Masjid Jamek Kampung Jongok Batu dan Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Jengai, PPS Kuala Jengai.

Banjir besar yang berlaku pada Khamis lalu menyebabkan tiga buah rumah hanyut dan satu daripadanya hanya tinggal tangga dan tiang rumah di Kampung Shukor, Hulu Dungun.

Dalam pada itu Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri Terengganu (MPN) telah turun padang dengan membuat tinjauan dan menghantar barangan keperluan kepada mangsa mangsa banjir yang difahamkan lebih dashyat daripada banjir tahun 2014.

Bendahari MPN Dato' Dr.Mohd Johari bin Mohamad telah menghantar barangan keperluan dengan lori dari Kuala Lumpur ke Dungun dan beliau telah melawat dan menyampaikan barangan keperluan, bantuan segera seperti roti canai sebanyak 500 biji serta Nasi minyak tersebut kepada petugas petugas Pas**an Pertahanan Awam dan juga kepada mangsa di Pusat pusat Perpindahan Sementara (PPS) di Kampung Rantau Panjang, Kampung Kuala Jengai, Kampung Shukur dan beberapa Kampung disekitar Kampung bersebelahan.

Konvoi penghantaran barangan tersebut di sertai 12 kenderaan dengan meredah Lumpur dan Jalan yang agak rosak dengan memuatkan ratusan bungkusan dan di ketuai oleh bekas Calon PRU15 DUN Sura, En Othman Omar atau pun lebih dikenali dengan Cikgu OBO, Timbalan Pengerusi Parti AMANAH Negeri Terengganu, Setiausaha PH Negeri Terengganu yang juga Ketua Kawasan Parti AMANAH Dungun, Tuan Hj Zulkifili Ali, En Hasuni Sudin Ketua Penerangan KEADILAN Negeri Terengganu dan beberapa AJK Cabang / Kawasan KEADILAN / AMANAH Dungun.

Berikut adalah jadual perjalanan daripada PAKATAN HARAPAN yang mengharungi banjir di Hulu Dungun semalam.

Pergerakan Misi membantu mangsa banjir di Hulu Dungun.

9.30 pagi
Bergerak dari Dungun ke Kg Rantau Panjang_

10.45 - 11.00 pagi
Bersiap untuk ke PPS Rantau Panjang & Kg Surau, Kuala Jengal.

1.30 Tengahari
Bergerak dari Rantau Panjang ke Kg Shukor

Di Kg Shukor pas**an PH telah melawat Sekolah Kebangsaan Kampung Shukur dan bergerak ke rumah rumah mangsa banjir untuk agihan sumbangan.

Mengikut rekod, seramai 226 orang mangsa daripada 61 keluarga di Kampung Shukor telah berpindah ke Pusat Perpindahan Sementara(PPS), manakala 199 orang mangsa daripada 69 keluarga dari Kampung Pasir Raja pada kelmarin.

Keadaan Kampung Jongok Batu dan Kampung Rantau Panjang air telah memasuki kawasan mereka, dan sudah ada beberapa keluarga yang berpindah ke PPS.

Semasa di Kampung Shukur Dato' Dr. Mohd Johari bin Mohamad yang juga Pengerusi dan Penasihat NGO
Kelab Budiman Sejahtera Terengganu (KBST) telah melawat Sekolah Kebangsaan Kg Shukur bersama Cikgu OBO dan Tn Haji Zulkifli Ali yang disambut oleh beberapa pegawai dari pengurusan sekolah dan masyarakat Kampung Shukur .

"Memeranjatkan dan amat dahsyat sekali ujian banjir kali ini dan saya akan laporkan kepada Pengerusi MPN Terengganu YBM Nik Nazmi Nik Ahmad sekembalinya saya ke Kuala Lumpur petang nanti' ujar bekas calon Parlimen Dungun pada Nov 2022 ketika ditanya oleh Ketua Penerangan KEADILAN Terengganu.

Selain itu sekolah yang telah ditenggelami dan termusnah akibat banjir kali ini.

MPN berpendapat Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu sudah mempunyai plan tersendiri bagi mengatasi proses pembelajaran sekolah yang akan naik tak berapa lama lagi.

Kami di MPN mengharapkan tindakan YBM Pendidikan YB Fadzliana Sidek dengan membuat lawatan dan tinjauan ke sekolah yang hampir lumpuh berdasarkan keadaan yang mengalami kerosakan secara 'total' sekolah iaitu didalam Bilik darjah, bilik guru, peralatan sekolah seperti komputer, buku buku musnah kesemuanya. Apatah lagi dengan lumpur yang penuh diseluruh kawasan sekolah apatah lagi Lumpur yang dalam bangunan sekolah yang dipercayai semakin mengeras ketika cuasa yang semakin panas.

Saya juga telah menghubungi pejabat Pengarah Pendidikan Negeri tetapi difahamkan oleh pegawai kepada Pebgarah, yang beliau di PPD Dungun pagi ini dan gal dihubungi.

MPN juga mengharapkan kerajaan Negeri dapat membantu serta menyediakan rumah yang baru dan selamat kepada mangsa mangsa banjir serta bantuan kepada mana mana rumah yang rosak termasuk kelengkapan rumah. Untuk mendapatkan rumah sewa bukannya senang lagi pun rumah rumah dikawasan ini bukannya banyak rumah dan kita sarankan Kos sewa ditanggung oleh Kerajaan Negeri tak kira dikawasan mana pun yang ditenggelami banjir.

Pas**an PH telah menamatkan lawatan dan tinjauan di Hulu Terengganu Kira Kira jam 6 petang.

MPN amat berterima kasih kepada semua mereka yang terlibat KEADILAN DAN AMANAH dalam lawatan ini.

Banjir pada awal tahun 2024 yang melanda beberapa kampung di kawasan Hulu Dungun, di sini disifatkan lebih buruk berbanding banjir besar yan...

Selamat Hari Thaipusam kepada semua penganut Hindu di seluruh negara yang akan meraikannya perayaan ini.Semoga semangat ...
24/01/2024

Selamat Hari Thaipusam kepada semua penganut Hindu di seluruh negara yang akan meraikannya perayaan ini.

Semoga semangat perpaduan dalam kepelbagaian kaum akan terus kekal keharmonian dan kesejahteraan di negara kita.

Moga diberikan kesihatan yang baik, dilimpahkan rezeki dan dilindungi tuhan.


SALAM.MADANI, Selamat Hari Thaipusam kepada semua penganut Hindu di seluruh negara yang akan meraikannya perayaan ini pada esok ...

PELUNCURAN PANGKALAN DATA UTAMA (PADU) DI PUTRAJAYA
02/01/2024

PELUNCURAN PANGKALAN DATA UTAMA (PADU) DI PUTRAJAYA

YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim Anwar Ibrahim telah meluncurkan Pangkalan Data Utama (PADU) kerajaan pada hari ini Sela...

Mungkin kita tak lupa dikala Kita menyambut Y2K pada tahun 2000. Bermakna sudah hampir suku abad Kita sudah berasa ditah...
31/12/2023

Mungkin kita tak lupa dikala Kita menyambut Y2K pada tahun 2000. Bermakna sudah hampir suku abad Kita sudah berasa ditahun Y2K era 2000an. Kini Tahun 2023 akan melabuhkan tirai pada malam ini.

Tentu kita ada sejarah tersendiri dalam menjalani s**a duka setelah kita berjaya menubuhkan Kerajaan PERPADUAN bilamana gabungan PAKATAN HARAPAN dengan sekutunya menerima cadangan DYMM Agong.

Esok dan bermula tengah malam ini, jam 00:00 maka bermula lah episod 2024 dimana masuk tahun kedua pemerintahan KERAJAAN PERPADUAN di negara kita. Juga bermaksud masuk lah tahun kedua usia YBM Nik Nazmi Nik Ahmad menerajui pucuk pimpinan Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri Terengganu sebagai Pengerusi MPN. Semoga lebih cemerlang dan ada berita gembira kami di MPN

Dalam ucapan didalam FB YBM, beliau
berharap semoga tahun 2024 ini membawa kegembiraan kepada semua dan seluruh rakyat Malaysia terus teguh dan memperkukuh kerukunan dan sikap hormat menghormati di negara ini.

Semoga tahun ini membawa lebih banyak kegembiraan, kejayaan, dan kebahagiaan dalam hidup kita. Mari kita hadapi setiap cabaran dengan keberanian dan sentiasa positif.

Kami setiap dibawah pucuk pimpinan YBM @ Pengerusi MPN.

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2024.


Mungkin kita tak lupa dikala Kita menyambut Y2K pada tahun 2000. Bermakna sudah hampir suku abad Kita sudah berasa ditahun Y2K e...

PERDANA MENTERI TURUN KE KELANTAN MENINJAU. BANJIR YANG SEMAKIN BURUK.Perdana Menteri kelulusan bantuan RM50 Kita bagi m...
28/12/2023

PERDANA MENTERI TURUN KE KELANTAN MENINJAU. BANJIR YANG SEMAKIN BURUK.

Perdana Menteri kelulusan bantuan RM50 Kita bagi mangsa mangsa banjir.

Perdana Menteri Dato' Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bantuan awal segera berjumlah RM50 juta untuk disalurkan kepada mangsa-mang...

26/12/2023

Soalan Exam
-ARAHAN-
FAHAM SOALAN DAN JAWAB

PELUNCURAN PANGKALAN DATA UTAMA (PADU) PADA 2 JANUARY 2024
26/12/2023

PELUNCURAN PANGKALAN DATA UTAMA (PADU) PADA 2 JANUARY 2024

PELUNCURAN PANGKALAN DATA UTAMA (PADU) PADA 2 JANUARY 2024 YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim Anwar Ibrahim akan meluncurkan Pangkalan...

KONGRES PARTI AMANAH NEGARA 2023
24/12/2023

KONGRES PARTI AMANAH NEGARA 2023

MPN KEADILAN TERENGGANU mengambil kesempatan untuk merakamkan SETINGGI TINGGI ucapan TAHNIAH kepada YB D...

KESAL DIATAS KATA KATA KESAT KEPADA PMX BERHUBUNG ASHABUL KAFFI OLEH PENCERAMAH BEBAS
24/12/2023

KESAL DIATAS KATA KATA KESAT KEPADA PMX BERHUBUNG ASHABUL KAFFI OLEH PENCERAMAH BEBAS

DIA tiga hari ini kita di khabarkan dengan suatu berita yang digempatkan oleh seorang pendakwah bebas yang agak cenderung kepada...

SELAMAT MENYAMBUT HARI NATAL 2023
24/12/2023

SELAMAT MENYAMBUT HARI NATAL 2023

MAJLIS PIMPINAN KEADILAN NEGERI TERENGGANU (MPN) mengambil kesempatan untuk mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI NATAL 2023 kepada...

YBM NIK NAZMI NIK AHMAD TERUSKAN TINDAKAN SAMAN TERHADAP CHEGU BAD.
22/12/2023

YBM NIK NAZMI NIK AHMAD TERUSKAN TINDAKAN SAMAN TERHADAP CHEGU BAD.

Tahniah diucapkan kepada YBM Nik Nazmi Nik Ahmad kerana meneruskan saman kepada Chegu Bard berikutan tindakan fitnah yang dilont...

Address

Chukai
24000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Hasuni Sudin Mantan Calon P040 Parlimen Kemaman, Terengganu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Hasuni Sudin Mantan Calon P040 Parlimen Kemaman, Terengganu:

Share