01/09/2021
Intipati Webinar Usrah Bulanan Pemuda Pas Caw. Taman Banggol Permai.
Tajuk: Kepimpinan, Dakwah & Tanggungjawab
Tarikh: 27 Ogos 2021
Hari: Jumaat
Masa: 9.30 malam
Tempat: Google Meet
Moderator:
Haji Ruslin Bin Abd Rahman
CEO Indahraya Enterprise Sdn Bhd
Kepimpinan - Menurut perspektif Islam, kepimpinan merupakan sesuatu amanah yang wajib dilaksanakan dengan sebaik-baiknya, manakala pemimpin p**a adalah bertanggungjawab dalam mengurus, mentadbir dan menjaga apa yang diamanahkan kepadanya. Antara yang perlu dijaga oleh seseorang pemimpin ialah menjaga dirinya daripada melakukan perbuatan mungkar dan menunaikan kewajipan syarak dan tugas-tugas yang dipikulkan kepadanya dengan baik dan adil.
Dakwah - Dakwah merupakan perlaksanaan terhadap perintah Allah, iaitu menyeru manusia ke arah ajaran Islam yang meliputi persolan teologi, syariah, akhlak, dan institusi. Dakwah merupakan satu usaha untuk mengajar kebenaran kepada mereka yang lalai, membawa berita baik tentang nikmat dunia dan nikmat syurga, memberi amaran tentang balasan neraka di akhirat dan kesengsaraannya. Melaksakan tugas dakwah merupakan puncak kebaikan dan kebahagiaan sepertimana Firman Allah yang bermaksud:“Siapakah yang lebih baik pertuturannya daripada mereka yang menggunakannya untuk menyeru manusia ke jalan Allah” (Fusilat 41; 33)
Tanggungjawab - Setiap makhluk yang dicipta oleh ALLAH didunia ini mempunyai tanggungjawab dan peranan masing-masing. Tumbuhan, haiwan dan manusia telah diberi tugas oleh ALLAH.
Tanggungjawab dan peranan manusia terbahagi kepada lima yang utama:
1. Tanggungjawab kepada ALLAH
2. Tanggungjawab kepada masyarakat dan agama
3. Tanggungjawab kepada suami kepada isteri dan begitu sebaliknya (kekeluargaan)
4. Tanggungjawab anak terhadap orang tuanya
5. Tanggungjawab terhadap diri sendiri