Perkep PSP Unit 4 KL

Perkep PSP Unit 4 KL Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Perkep PSP Unit 4 KL, Government Organization, Markas Pasukan Simpanan Persekutuan, Cheras.

CERAMAH SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 2026 5 September 2026 – Surau Ehsaniah PSP Kuala Lumpur telah menganjurkan Ceramah Sambu...
05/09/2026

CERAMAH SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 2026

5 September 2026 – Surau Ehsaniah PSP Kuala Lumpur telah menganjurkan Ceramah Sambutan Maulidur Rasul 2026 yang bertempat di Dewan Terbuka Markas PSP Cheras.

Majlis turut dihadiri YDH ACP Mohd Fadhli bin Daud, Timbalan Komander PSP, Pegawai-Pegawai Kanan dan Rendah Polis, Pegawai Awam Polis serta Ahli-Ahli PERKEP PSP.

Program dimulakan dengan perarakan sambil berselawat, diikuti selawat beramai-ramai, bacaan doa dan ceramah agama yang disampaikan oleh YBhg. Dato’ Dr. Badli Shah bin Alauddin, Timbalan Mufti Pahang.

Program berlangsung dalam suasana santai dan ceria sebelum diakhiri dengan penyampaian cenderahati dan jamuan.

Semoga program ini dapat menyemarakkan kecintaan terhadap Rasulullah SAW serta meningkatkan penghayatan terhadap sirah, akhlak dan sunnah Baginda.


PROGRAM KARNIVAL SUKAN BADMINTON & SUKAN TRADISIONAL ANJURAN BIRO SUKAN PERKEP PSP UNIT 525 & 26 Julai 2026 — telah berl...
28/07/2026

PROGRAM KARNIVAL SUKAN BADMINTON & SUKAN TRADISIONAL ANJURAN BIRO SUKAN PERKEP PSP UNIT 5

25 & 26 Julai 2026 — telah berlangsung Program Karnival Sukan Badminton & Sukan Tradisional anjuran Biro Sukan PERKEP PSP Unit 5 bertempat di Dewan Mohd Nasruddin Che Yeob, PSP, Ipoh.

Kejohanan tersebut telah menyaksikan penyertaan dan persaingan yang baik dalam kalangan peserta bagi acara badminton dan sukan tradisional congkak. PERKEP PSP Unit 4 telah berjaya mencatatkan pencapaian membanggakan dengan meraih Johan bagi acara Congkak serta tempat ketiga bagi acara Badminton Regu VIP.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada warga PERKEP PSP Unit 4 atas kejayaan yang telah dicapai. Semoga program seperti ini menjadi pemangkin semangat untuk terus bersukan serta mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan warga PERKEP.




Bengkel Penjagaan Diri dan Solekan - Anjuran Perkep PSP Unit 220 Jun 2026 - Biro Pendidikan PERKEP Unit 2 telah menganju...
06/07/2026

Bengkel Penjagaan Diri dan Solekan - Anjuran Perkep PSP Unit 2

20 Jun 2026 - Biro Pendidikan PERKEP Unit 2 telah menganjurkan satu program yang bertujuan memberi pendedahan kepada peserta mengenai penjagaan kulit dan teknik solekan asas.

Pada sesi pagi, peserta mengikuti bengkel penjagaan kulit bersama Wonderlab yang merangkumi demonstrasi serta aktiviti praktikal mencuci muka dan penggunaan produk penjagaan kulit. Sesi petang diteruskan dengan aktiviti membeli-belah di Deen Kerepek. Pada sesi malam p**a, peserta mengikuti kelas solekan bertemakan Shine and Bright bersama Mary Kay yang memfokuskan kepada persediaan kulit sebelum bersolek dan teknik solekan yang sesuai.

Program diakhiri dengan pertandingan dan penyampaian hadiah yang melibatkan beberapa kategori penilaian, iaitu Top 3 Best Makeup, Top 3 Best Dressed, Most Glow Up Before and After serta Brightest of Them All. Tahniah kepada Puan Badzira Hasima yang telah berjaya memperoleh Johan bagi kategori Top 3 Best Dressed dan Naib Johan bagi kategori Top 3 Best Makeup.




PERTANDINGAN MEMASAK PERKEP PSP - ANJURAN PERKEP PSP UNIT 719 April 2026 — Pertandingan Memasak PERKEP PSP anjuran PERKE...
19/04/2026

PERTANDINGAN MEMASAK PERKEP PSP - ANJURAN PERKEP PSP UNIT 7

19 April 2026 — Pertandingan Memasak PERKEP PSP anjuran PERKEP Unit 7 telah berlansung dengan jayanya di Rumah PERKEP Unit 7, Pasukan Simpanan Persekutuan .

Majlis telah dirasmikan oleh YB Dato’ Noorzunita Begum binti Mohd Ibrahim, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan diserikan dengan kehadiran YBhg. Puan Norfarasha binti Abdullah, Pengerusi PERKEP PSP . Majlis turut dihadiri oleh Pengerusi Perkep serta ahli-ahli perkep dari setiap unit .

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih juga diucapkan kepada pihak Adabi selaku penaja yang telah memberi sokongan dalam menjayakan program ini.

Tahniah diucapkan kepada PERKEP Unit 7 kerana telah berjaya menjadi johan Pertandingan Memasak PERKEP PSP. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan majlis ini.




PROGRAM COMMUNITY POLICING – AGIHAN BUBUR LAMBUK UNIT 4 PSP KUALA LUMPUR3 Mac 2026 - Program anjuran TERUP 4 Charlie ber...
03/03/2026

PROGRAM COMMUNITY POLICING – AGIHAN BUBUR LAMBUK UNIT 4 PSP KUALA LUMPUR

3 Mac 2026 - Program anjuran TERUP 4 Charlie bersama PERKEP Unit 4 PSP Kuala Lumpur ini telah diadakan bagi mengeratkan hubungan silaturahim antara warga Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP) dan masyarakat setempat, di samping memupuk semangat setiakawan dalam kalangan warga PDRM. Program ini juga merupakan salah satu inisiatif kebajikan bersempena bulan Ramadan.

Agihan telah disempurnakan oleh YDH Supt. Mohd Fakir bin Fauzi, Pegawai Pemerintah Unit 4 bersama Pengerusi PERKEP Unit 4, Puan Siti Nurulhuda binti Abu Seman serta melibatkan Pegawai Kanan Polis, Pegawai Rendah Polis, ahli PERKEP Unit 4 dan kakitangan awam .

Sebanyak 800 bungkus bubur lambuk telah diagihkan di hadapan Balai Pengawal PSP Kuala Lumpur dan sebanyak 200 bungkus turut diagihkan kepada penghuni Rumah Seri Kenangan, Batu 18, Cheras.

Semoga usaha ini dapat diteruskan selaras dengan moto “Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada.”




25/12/2025

Jualan Rahmah Madani anjuran PERKEP Unit 4 PSP KL

05/12/2025

Selamat Hari Ulangtahun ke-70 buat PSP seluruh Malaysia. Semoga kalian sentiasa dalam rahmat dan lindungan Allah S.W.T. Terus maju jaya dalam menjaga kedaulatan negara. Mara!

Address

Markas Pasukan Simpanan Persekutuan
Cheras
43200

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Perkep PSP Unit 4 KL posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share