SMK Tengku Menteri

SMK Tengku Menteri Dikenali sebagai SEMENTERI Pelajar rintis seramai 219 orang pada mulanya menumpang di SK Changkat Jering, kemudian berpindah ke SRJK(C) Sin Min, Simpang.

Sekolah ini ditubuhkan pada 11 Januari 1965 dengan nama Sekolah Menengah Rendah Changkat Jering menggunakan bahasa pengantar Melayu dan Inggeris. Pada tahun 1967 bangunan utama siap dibina di atas kawasan seluas 5.41 hektar yang disumbangkan oleh YAB Encik Wan Mohamed Noor bin Wan Nasir. Bangunan asal terdiri daripada tiga blok bangunan dua tingkat, sebuah gelanggang badminton dan sepak takraw ber

simen. Pada tahun 1968 nama sekolah ini ditukar kepada Sekolah Menengah Tengku Menteri mengambil sempena gelaran yang diberi kepada Ngah Ibrahim bin Long Jaafar, seorang tokoh sejarah terkenal tanah air. Pada tahun 1975, bangunan tiga tingkat siap dibina. Sebuah bangunan surau didirikan pada tahun 1980, manakala sebuah dewan serbaguna dan sebuah gelanggang bola keranjang telah disiapkan pada tahun 1983. Pada tahun 1984, bangunan satu tingkat yang mengandungi enam bilik darjah dibina di bawah projek pasang siap. Sehingga tahun 1995 sekolah ini mempunyai enam blok bangunan. Pada tahun 1991 sekolah ini telah mencipta nama menjadi Sekolah Harapan Negara peringkat negeri Perak dan pada tahun 1993 pula menjadi johan dalam pertandingan Kebersihan, Keceriaan dan Keindahan (3K) pada peringkat kebangsaan bagi kategori sekolah menengah luar bandar. Sekolah juga telah mencatat sejarah apabila menang kategori Juara-Juara 3K pada tahun 2002 dan Sekolah Harapan Negara tempat ketiga peringkat Kebangsaan pada tahun 2004. Pada tahun 1995 sekolah ini telah mendapat kemudahan komputer yang lengkap dengan kemudahah internet dan multimedia daripada Kementerian Pendidikan Malaysia di bawah projek Rangkaian Munsyi yang melibatkan 14 buah sekolah di seluruh negara. Pada tahun 1997 sekolah ini terpilih pula untuk melaksanakan Projek Rintis Sekolah Bestari anjuran kementerian Pendidikan Malaysia. Pada tahun 2002 dua mata pelajaran vokasional diperkenalkan iaitu Seni Reka Tanda dan Tanaman Makanan sebagai mata pelajaran elektif pelajar menengah atas. Sumber: Majalah Sekolah "Suara Menteri" 2003

Sekitar majlis persaraan Cikgu Zabidah, guru senior SMK Tengku Menteri pada 6 April 2026. Semoga cikgu bersara dengan te...
08/04/2026

Sekitar majlis persaraan Cikgu Zabidah, guru senior SMK Tengku Menteri pada 6 April 2026. Semoga cikgu bersara dengan tenang. Tahniah.

19/03/2026

143 likes, 4 comments. โ€œSalam Aidilfitri Ikhlas drpd kami warga SMK Tengku Menteriโ€

19/03/2026

Check out TVPSS SMK Tengku Menteriโ€™s video.

Sekitar majlis Khatam Al Quran hari ini
17/03/2026

Sekitar majlis Khatam Al Quran hari ini

17/03/2026
Ceramah Nuzul AL Quran dan Quran Hour. SMK Tengku Menteri. 11 Mac 2026.
11/03/2026

Ceramah Nuzul AL Quran dan Quran Hour. SMK Tengku Menteri. 11 Mac 2026.

09/03/2026
09/03/2026

Pelancaran Program Sahsiah dan Disiplin serta Aku janji Disiplin Murid SMK Tengku Menteri Tahun 2026

Tarikh. : 9 Mac 2026
Hari : Isnin
Masa. : 7.40 pagi

๐Ÿ’Majlis Apresiasi & Graduasi Ting. 5 2025 ๐Ÿ‘ฉโ€๐ŸŽ“๐Ÿง‘โ€๐ŸŽ“๐Ÿ“Dewan Bestari, SMKTM๐Ÿ—“25/10/25  โฐ8.00 a.mโœ… Tahniah kepada semua pemenang...
26/10/2025

๐Ÿ’Majlis Apresiasi & Graduasi Ting. 5 2025 ๐Ÿ‘ฉโ€๐ŸŽ“๐Ÿง‘โ€๐ŸŽ“
๐Ÿ“Dewan Bestari, SMKTM
๐Ÿ—“25/10/25 โฐ8.00 a.m
โœ… Tahniah kepada semua pemenang anugerah & AJK Pelaksana ๐ŸŽ‰๐ŸŽ๐ŸŽˆ๐ŸŽŠ

Address

Jalan KUALA KANGSAR, CHANGKAT JERING
Changkat Jering
34850

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SMK Tengku Menteri posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to SMK Tengku Menteri:

Share