SABK Maahad Al Tarbiah Al Islamiah

SABK Maahad Al Tarbiah Al Islamiah Batu 8, Jalan Trong, 34850 Changkat Jering, Perak. DEKAD 70-AN…….. DEKAD 80-AN……. DEKAD 90-AN…….. Sementara pelajar berulang mengguanakan kenderaan awam.

Maahad Al-Tarbiah Al-Islamiah-sebuah nama yang terukir indah di arena pendidikan tanah air khususnya di negeri Perak Darul Ridzuan .Namanya meniti dibibir kebibir bukan sahaja dikalangan ibu bapa yang prihatin terhadap pendidikan yang memenuhi tuntutan duniawi dan ukhrawi tetapi juga menjadi bahan bualan pihak atasan sama ada di peringkat negeri atau pusat.Untuk mengetahui rahsia kejayaan Maahad,p

erlu diungkap sejarah lebih tiga dekadnya yang penuh diwarnai pengalaman dan peristiwa.Kepada ALLAH SWT jua dipanjatkan kesyukuran kerana dengan taufik dan inayah-nya Maahad terus segar menongkah arus menuju kecermelangan……. DEKAD 60-AN……

Permulaan dekad awal ini dilalui dengan pelbagai kepayahan.Dalam suasana pembelajaran –dalam keadaan dimana masyarakat umumnya mengagungkan sistem pelajaran sekular,sesuai dengan zaman pasca merdeka,pengasas-pengasas Maahad yang terdiri daripada Almarhum Ustaz Haji Abdul Samad Ibrahim,Ustaz Haji Salleh Haji Said ,Almarhum Ustaz Abdul Muin Tahir dan Almarhum Tok Ayah Haji Said Salleh sebagai penasihat ,dengan berbekalkan semangat hasil dari keimanan keyakinan bahawa “Allah akan menolong orang-orangyang menolong agamanya……”(surah Muhammad ayat 7),masih terus menetapkan cita-cita murni membuka sebuah kelas pengajianIslam dan al quran pada tahun 1958 bukan di tapak maahad sekarang tetapi di kawasan surau kampung senduk.kelas pengajian yang dikenali Taman Didikan Islam (TDI) ini membekalkan ilmu agama kepada tiga puluh orang kanak-kanak setempat .Pada tahun 1961 bidang Pelajaran diperluas dengan mengisi mata pelajaran akademik mengikut kurikulum Kementerian Pelajaran untuk mengambil murid-murid yang tamat darjah enam disamping tetap memelihara dasar pelajarannya yang asal.Pada tahun ini juga,berikutan dengan pengiktirafan dari Kementerian Pelajaran,pihak kerajaan Perak pula mengiktiraf TDI sebagai sebuah sekolah menegah rendah agama. Antara peristiwa yang tidak dapat dilupakan oleh masyarakat TDI ketika itu ialah acara perbarisan pelajar-pelajar TDI sewaktu menyambut keberangkatan Raja Muda Perak untuk bertemu dengan rakyat dibangunan TDI semperna perasmian jalan ke kampung Changkat Ning. Ekoran dari perkembangan positif yang ditunjukkan,sekolah ini dipindahkan ke bangunan baru dua tingkat,pada tahun1964 tapak sekolah ini diwakafkan oleh Puan Hajjah Som bt Yaacob,bonda kepada pengetua Maahad ketika itu.Bangunan baru ini dirasmikan pembukaannya oleh Menteri Besar Perak YAB Dato Ahmad Said pada tahun yang sama. Pada tahun 1967 merupakan tahun pertama pelajar-pelajar tingkatan 3 menduduki peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran (SRP).Dalam peperiksaan ini semua pelajar dimestikan mengambil mata Pelajaran Bahasa Arab dan Pengetahuan Agama Islam selaras dengan dasar persekolahan yang menjadikan islam sebagai dasarnya dan Bahasa Arab sebagai bahasa pengantar utama selain daripada Bahasa Melayu. Dekad 70-an menyaksikan TDI maju setapak lagi.Berdasarkan kejayaan demi kejayaan yang dicapai dari segi pelajaran,pihak Kementerian Pelajaran Malaysia diikuti oleh kerajaan negeri Perak,telah megiktirafkan TDI sebagai Sekolah Menengah Agama Islam Perak.Bersesuaian dengan taraf baru ini nama sekolah bertukar kepada Sekolah Menengah Agama Taman Didikan Islam(SMTDI) atau panggilan ringkasnya SEMADI. Dalam tahun 1956,kumpulan pertama pelajar-pelajar SMTDI,menduduki peperiksaan Silil Pelajaran Malaysia (SPM) diikuti pada tahun berikutnya menduduki peperiksaan Sijil Persekolahan Peringkat Thanawi(Syahadah Thanawiah).Lebih kurang 30 orang pelajar sahaja menduduki peperiksaan ini tetapi pencapaian 60% kelulusan dalam kedua-dua peperiksaan ini adalah diluar dugaan. Oleh kerana sekolah telah memenuhi syarat-syaratnya,pihak Kementerian Pelajaran telah bersetuju meluluskan permohonan agar SMTDI dijadikan pusat peperiksaan pada tahun 1977.Seterusnya pelajar-pelajar berpeluang melanjutkan pelajaran di SMTDI apabila tingkatan Enam Rendah jurusan Syariah mula dibuka.Ini bermakna pelajar-pelajar tidaklah terpaksa meninggalkan SMTDI untuk menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan (STP). Dari tahun 1978,pertambahan bilangan pelajar dari luar daerah dan tempatan amat menggalakkan,Tidak timbul masalah mencari tempat tinggal bagi pelajar-pelajar ini kerana pihak sekolah berupaya menyediakan dua buah bangunan asrama. Dalam dekad ini jugalah Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) ditubuhkan untuk menggarap persoalan yang berkaitan dengan kemajuan pelajar khasnya dan masyarakat amnya dalam aspek-aspek yang berkaitan. Tirai dekad ini dibuka dengan gemilang apabila lima daripada dua belas orang pelajar yang menduduki STP pada tahun sebelumnya diumumkan berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti tempatan.Beberapa tahun sebelum dan dalam tahun-tahun berikutnya lepasan SMTDI telah banyak memenuhi jawatan-jawatan disektor awam dan swastar.Ramai diantara mereka juga berjaya menjadi pendidik di sekolah-sekolah kerajaan disamping sebahagiaannya menimba ilmu di institusi-institusi pengajian dalam dan luar negeri. Pada tahun 1982 imej sekolah meningkat lagi apabila namanya ditukar kepada nama yang ada sekarang iaitu Maahad Al-Tarbiah Al-Islamiah (Maktab Pendidikan Islam) bersesuaian dengan peningkatannya dibidang pelajaran. Bilangan pelajar meningkat dari tahun ke tahun berikutan dengan kesedaran ibu bapa dan kecendurangan mereka menghantar anak-anak kesekolah agama.Mereka juga menyedari bahawa anak-anak yang belajar di Maahad bukan sahaja mendapat ilmu dikelas-kelas formal tetapi juga ada kelas-kelas umumi diwaktu malam,kelas-kelas tambahan dan seminar-seminar peperiksaan khususnya untuk pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiklsaan juga aktiviti-aktiviti ko kurikulum pada hari-hari aktiviti pelajar untuk memantapkan lagi pelajar disamping adanya lawatan-lawatan sambil belajar ditempat-tempat yang sesuai dimusim cuti sekolah untuk menjadikan pelajar bukan saja insan yang berilmu tetapi manusia yang serba boleh dan berdikari serta luas pengalaman.Oleh itu dari angka 30-an dalam tahun 1958 meningkatkat berlipat ganda melebihi 800 orang dan terus meningkat dari tahun ke tahun.Bagi menampung keperluan penginapan pelajar dan mengelakkan pelajar tinggal dirumah sewa yang menyusahkan proses pentarbiahan,memerlukan Maahad menyediakan lagi asrama.Bagi menampung keperluan yang mendesak itu maka terbinalah asrama Ahmadiah yang menelan belanja RM100,000 hasil dari sumbangan Amarhum Tuan Guru Haji Ahmad bin Yunus.Disamping itu sebuah Musolla pelajar yang boleh menampung solat berjemaah seramai 500 orang terbina hasil sumbangan seorang dermawan dari Taiping.Tidak lupa juga kepada orang ramai yang telah menderma sehingga Maahad mempunyai dewan serbaguna berukuran 120’x30’ yang juga digunakan sebagai dewan makan,tempat mesyuarat guru,tempat mengadakan aktiviti pelajar,dewan peperiksaan dan aktiviti-aktiviti lain.Ia sering disewakan kepada pihak luar. Tanpa sokongan padu dari masyarakat mungkin Maahad tidak mampu untuk menyediakan kemudahan-kemudahan tersebut.Semoga Allah memberi ganjaran kepada mereka. Hasil daripada hubungan Maahad dengan pihak Kedutaan Arab Saudi,seramai 7 orang pensyarah Universiti Islam Madinah telah bersedia mengadakan Kursus Bahasa Arab-Daurah Ta’lim Al Lughah Al Arabiah di Maahad ini dari 29hb.Jun hingga 13hb.ogos 1987 dengan tujuan utamanya untuk meningkatkan kefahaman dan pengajian dalam Bahasa Arab.Peserta-peserta terdiri daripada guru-guru lelaki dan perempuan yang telah mempunyai asas pengetahuan dalam kaedah pengajaran Bahasa Arab dari seluruh negeri Perak.Pihak Universiti Islam Madinah hanya menetapkan 100 orang peserta sahaja untuk kursus ini. Disamping itu pelajar-pelajat Maahad juga tidak melepaskan peluang untuk menimba ilmu dari pensyarah-pensyarah tersebut.Mereka dijemput mengajar dikelas-kelas pada masa lapang. Pada akhir kursus yang telah dirasmikan oleh Paduka Seri Sultan Perak ketika itu,Sultan Azlan Shah telah diadakan peperiksaan dan Sijil-Sijil diberikan kepada para peserta.Salah seorang guru Maahad iaitu Ustaz Ismail bin Ibrahim telah terpilih sebagai peserta terbaik dengan mendapat pangkat Mumtaz(Cemerlang). Peristiwa ini merupakan mercu tanda kegemilangan MTI dalam dekad 80-an dimana natijah daripada kursus itu,cita-cita pelajar Maahad yang sekian lama terpendam untuk melanjutkan pelajaran keluar negeri melalui sijil sekolah tercapai apabila pihak Universiti Islam Madinah memberi pengiktirafan syarat kelayakan dari Maahad untuk kemasukkan universiti berkenaan. Sejak tahun 1987,beberapa pelajar lulusan syahadah tertinggi Maahad telah diterima memasuki Universiti-Universiti di Arab Saudi,Pakistan,India,Jordan dan pusat-pusat pengajian tinggi lain terutamanya di Asia Barat. Usaha-usaha sentiasa dilakukan oleh pihak Maahad kearah pencapaian yang lebih cemerlang dalam bidang pendidikan.Bagi merakamkan peningkatan tersebut,Maahad telah merayakan Perayaan Jubli Perak pada tahun 1988 sempena 25 tahun Maahad bersama-sama dalam bidang pendidikan (1964-1988).Sempena perayaan ini diadakan majlis kesyukuran.Aturcara sambutan diisi dengan pertandingan bahas antara sekolah-sekolah agama,pidato,kuiz dan mini expo.Pada malamnya pula diadakan ceramah umum daripada penceramah-penceramah terkemuka tanah air. Sebelum ini banyak masa,tenaga dan pemikiran pendokong-pendokong Maahad telah digunakan untuk membangunkan Maahad samaada dalam bentuk pembangunan pelajaran ataupun pembangunan fizikal bagi kepentingan pelajar tetapi dalam dekad 90-an ini dirasakan telah tiba masanya kebajikan guru-guru dan kakitangan Maahad dititikberatkan. Bilangan guru-guru dan kakitangan Maahad yang semakin ramai sehingga ketika itu berjumlah 75 orang menghadapi masalah tempat tinggal.Rumah yang boleh disewa dikawasan sekitar batu 8 ini agak terhad bilangannya.Kesannya ada diantara guru-guru yang terpaksa berpindah rumah empat kali dalam masa sepuluh tahun.Alhamdullilah masalah pindah ini dapat dikurangkan dengan guru-guru bersama-sama menyumbangkan modal membeli sebidang tanah dan seterusnya mengelola pembinan lapan unit rumah kembar dua bilik dalam apa yang dikenali sebagai Rancangan Perumahan Guru Fasa 1.Enam orang guru sekurang-kurangnya tidak perlu lagi memikirkan masalah menyewa rumah kediaman.Oleh kerana ada permintaan dari guru-guru lain untuk memiliki rumah sendiri maka sekarang pembinan rumah guru Fasa 2 juga telah dilaksanakan. Walaupun awal dekad 90-an ini usaha banyak ditumpukan kepada pembangunan fizikal bagi guru-guru,namun kemajuan sistem pembelajaran di Maahad tidak pernah diabaikan.Pendokong-pendokong Maahad terus mengembelingkan tenaga untuk meneruskan pencapaian yang cemerlang dalam bidang ilmu mengikut identiti Maahad seperti yang selalu disebut oleh Tuan Haji Abdul Samad Ibrahim ( Pengetua ketika itu )
“ MTI ada cara tersendiri yang unik iaitu yang bersepadu yang menggabungkan ilmu syariat dan akademik di samping tidak menolak ilmu-ilmu kemahiran.” Perkembangan untuk keselesaan pelajar juga terus berjalan. Maahad ketika itu telah memiliki infrastruktur yang agak lengkap iaitu 6 blok asrama ( 4 putera dan 2 puteri ), sebuah musolla, 18 bilik darjah, 2 bilik guru, sebuah pusat sumber, sebuah dewan serbaguna dan 8 unit perumahan guru. Pada tahun 1991 sambutan Eidul Ilmi kali pertama diadakanbagi menghargai pelajar maahad dalam peperiksaan. Tokoh pendidikan tanah air, Al Fadhil Ustaz Ghazali Wahid dipilih menerima anugerah tokoh keilmuan pada sambutan kali kedua yang berlangsung pada bulan Ogos 1993. Berkat kesungguhan dan keikhlasan tenaga-tenaga pendokong maahad, Allah telah membuka hati-hati para dermawan untuk sentiasa menyumbang sama ada dalam bentuk buah fikiran , wang ringgit dan harta benda. Hasil derma dan wakaf orang ramai, maahad berjaya membeli tanah seluas 8 ½ ekar bersebelahan masjid batu 8. Di atas yang telah ditambak inilah tumpuan diberikan untuk membangunkan maahad kerana tapak sedia ada tidak dapat lagi menampung jumlah “penduduk” yang semakin meningkat. Bagi memudahkan urusan pengangkutan warganya, maahad telah membeli sebuah bas dan dua buah van . Pelajar-pelajar maahad, terutamanya pelajar puteri diwajibkan menggunakan perkhidmatan kenderaan sekolah untuk membeli keperluan di Bandar Taiping atau urusan ke hospital dan lain-lain. Kenderaan ini juga disewakan kepada oaring-orang luar dengan kadar harga yang berpatutan. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini para pelajar kian bertambah menyebabkan bilangan bilik darjah yang sedia ada tidak mencukupi dan terpaksa menumpang tiga bilik pengajian di kawasan masjid. Sehubungan itu, pihak pentadbir sekolah mencapai kata sepakat untuk membuka sebuah cawangan Maahad di Kampung Jana, Kamunting pada akhir tahun 1991 untuk pelajar perempuan sahaja. Cawangan ini diberi nama Maahad Al Khair Lil Banat. Pelajar yang mendaftar pada sesi pertama ialah seramai 120 orang dan ianya bertambah kepada menjadi 190 orang pada tahun berikutnya. Ini menjadikan pelajar maahad keseluruhannya seramai 1621 orang. Menjelang tahun 1995, maahad terus merakamkan kejayaan anak-anak didiknya dengan berlangsungnya majlis Eidul Ilmi ke 3. Namun begitu, pada tahun 1998 maahad telah mengalami satu transformasi apabila berpindah ke tapak yang ada sekarang. Bangunan kelas dan unit pentadbiran telah siap dibina dan ianya membuatkan para pelajar dapat belajar dalam keadaan`yang lebih selesa. Namun begitu, bangunan lama masih lagi digunakan untuk pelajar tingkatan satu dan dua sahaja manakala bangunan baru adalah untuk tingkatan 3 ke atas. DEKAD 2000…

Maahad terus menggarap kemampuannya dalam mengikut arus pendidikan semasa dan terbukti apabila maahad telah membuka kelas Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) pada tahun 2000. Malahan kejayaan pelajar-pelajar yang menduduki peperiksaan STAM ini dilihat semakin meningkat pencapaiannya dari tahun ke tahun. Lebih membanggakan apabila seorang calon STAM 2006 iaitu Mohd Mujahidin Rosli telah dipilih sebagai calon terbaik peringkat kebangsaan. Kejayaan ini memperlihatkan kesungguhan Maahad menawarkan pendidikan berkualiti di daerah ini. Dalam tahun 2000 juga Maahad telah kehilangan satu nama besar yang telah benyak memberi sumbang bakti iaitu Tuan Haji Abdul Samad Ibrahim yang telah meninggal dunia. Pemergian Allahyarham amat dirasai namun begitu semangat dan cita-cita yang telah beliau semai tetap hidup di sanubari warga Maahad. Menjelang tahun 2005, untuk menjamin perkembangannya, Maahad telah mengorak langkah kea rah perubahan dengan menyertai skim Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK). Perubahan ini telah memberi kesan yang besar kepada seluruh warga Maahad di mana sekolah telah menerima bantuan dari pelbagai aspek terutamanya dari segi pembangunan infrastrukturnya…


Membangunnya Maahad Al Tarbiah Al Islamiah sehingga ke tahap ini adalah hasil dari perancangan yang teliti dan jitu dari pihak pentadbir, guru-guru, staf, Persatuan Ibu Bapa dan Guru sebagai penggerak dikalangan masyarakat pelajar dan masyarakat amnya dan sokongan luaran seperti sumbangan individu, masyarakat, kerajaan negeri dan persekutuan terutamanya Kementerian Pelajaran Malaysia. Meskipun era pertengahan 2000 merupakan era yang agak suram bagi Maahad, namun ia masih dapat bertahan dan mampu serta ingin terus berkembang tanpa perlu merubah identitinya sebagai sebuah sekolah yang memperjuangkan ilmu duniawi dan ukhrawi sejajar dengan sejarah penubuhan awalnya. “ Berilmu, Beriman, Beramal” tetap direalisasikan dengan usaha yang berterusan semua warga maahad terutamanya di bawah pimpinan tuan pengetua tercinta, Ustaz Mohd Hata Haji Imran. Insya Allah…

LENSA MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN AKADEMIK 2025Alhamdulillah telah berlangsungnya MAKA 2025 pada hari Khamis 30 April ...
03/05/2026

LENSA MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN AKADEMIK 2025

Alhamdulillah telah berlangsungnya MAKA 2025 pada hari Khamis 30 April 2026 yang lalu.

Tahniah buat semua penerima anugerah.

Gambar-gambar tambahan boleh diakses melalui link telegram di bawah.

https://t.me/+ktTALdH97A1lZjg9

Bengkel Pengenalan Kaedah Tajwid Cara Mudah oleh Tajwid Cara Mudah - TCM Methode 25 April 2026Sabtu8.30-12.30pmTerima ka...
25/04/2026

Bengkel Pengenalan Kaedah Tajwid Cara Mudah oleh Tajwid Cara Mudah - TCM Methode

25 April 2026
Sabtu
8.30-12.30pm

Terima kasih tidak ternilai atas ilmu yang yang dicurahkan kepada anak² MTI. Semoga ilmu ini dapat dijadikan amalan harian dan manfaat untuk semua.

Ikuti kami di platform rasmi:
📌 TikTok: Maahad Al Tarbiah Al Islamiah
📌 Facebook: SABK Maahad Al Tarbiah Al Islamiah

👍 Like
💬 Komen
🔁 Share
📌 Save

Terima kasih atas sokongan anda 🩷



LAWATAN PENANDA ARASAN STAM 2026 ke SMA AL- ULUM AL-SYAR’IYYAHTarikh : 8 April 2026Masa : 9:30 pagi - 1 petangSemoga law...
09/04/2026

LAWATAN PENANDA ARASAN STAM 2026 ke SMA AL- ULUM AL-SYAR’IYYAH

Tarikh : 8 April 2026
Masa : 9:30 pagi - 1 petang

Semoga lawatan ini menyuntik semangat guru dan pelajar bagi mencapai kecemerlangan dan peningkatan tahap pencapaian STAM 2026.

20/03/2026

Gema takbir memecah hening malam,
membawa seribu makna kemenangan dan keinsafan.

Warga MTI mengucapkan
Selamat Hari Raya Aidilfitri 🌙
Maaf zahir dan batin kepada semua pelajar, ibu bapa dan komuniti.

تقبل الله منا ومنكم صالح الأعمال

Semoga Aidilfitri ini mengeratkan ukhuwah dan kasih sayang.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN🌹Salam Aidilfitri diucapkan kepada semua muslimin dan muslimat khususn...
20/03/2026

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN

🌹Salam Aidilfitri diucapkan kepada semua muslimin dan muslimat khususnya buat semua ibu bapa penjaga, anak-anak permata MTI. Semoga kita dapat berjumpa lagi dengan bulan Ramadhan pada tahun akan datang.🌹

LENSA MAJLIS KHATAM AL QURAN DAN MAJLIS PENUTUP IHYA RAMADAN 1447HAlhamdulillah telah selesai dengan  jayanya majlis kha...
20/03/2026

LENSA MAJLIS KHATAM AL QURAN DAN MAJLIS PENUTUP IHYA RAMADAN 1447H

Alhamdulillah telah selesai dengan jayanya majlis khatam Al quran dan majlis penutup ihya ramadan pada 17 Mac 2026 (Selasa) bertempat di Musolla Imam As-Syafie.

Alhamdulillah, majlis berjalan dengan gilang-gemilang. Semoga madrasah Ramadan dapat mendidik semua warga Maahad Al Tarbiah Al Islamiah untuk menjadi mukmin yang sejati.


BULI SEKSUAL"Hormati Diri, Hormati Orang Lain"13 Mac 2026 | Jumaat  kami di platform rasmi:📌 TikTok: Maahad Al Tarbiah A...
13/03/2026

BULI SEKSUAL
"Hormati Diri, Hormati Orang Lain"

13 Mac 2026 | Jumaat

kami di platform rasmi:
📌 TikTok: Maahad Al Tarbiah Al Islamiah
📌 Facebook: SABK Maahad Al Tarbiah Al Islamiah
👍 Like
💬 Komen
🔁 Share
📌 Save

Terima kasih atas sokongan anda 🩷

Ceramah Nuzul Quran 2026Penceramah : Ustaz Muhammad Nazreen bin Abdul Razak (Alumni Pelajar MTI)23 Ramadan 1447H | 13 Ma...
13/03/2026

Ceramah Nuzul Quran 2026

Penceramah : Ustaz Muhammad Nazreen bin Abdul Razak (Alumni Pelajar MTI)

23 Ramadan 1447H | 13 Mac 2026

kami di platform rasmi:
📌 TikTok: Maahad Al Tarbiah Al Islamiah
📌 Facebook: SABK Maahad Al Tarbiah Al Islamiah
👍 Like
💬 Komen
🔁 Share
📌 Save

Terima kasih atas sokongan anda 🩷

Majlis Khatam Quran Usrah Muslimat MTI (2023-2026)Majlis pada bulan Ramadan setiap tahun yang tidak pernah dilepaskan. D...
13/03/2026

Majlis Khatam Quran Usrah Muslimat MTI (2023-2026)

Majlis pada bulan Ramadan setiap tahun yang tidak pernah dilepaskan. Di sinilah doa, harapan dan keberkatan berkumpul. Semoga terus diberi kekuatan untuk istiqamah mengekalkan tradisi yang indah ini pada tahun-tahun mendatang. InsyaAllah. 📖✨

Program World  Warga sekolah telah bersama-sama menyertai Program Quran Hour bagi menyemarakkan amalan membaca dan mengh...
11/03/2026

Program World

Warga sekolah telah bersama-sama menyertai Program Quran Hour bagi menyemarakkan amalan membaca dan menghayati ayat-ayat suci Al-Quran.

Semoga amalan membaca dan mentadabbur Al-Quran ini dapat menyuburkan kecintaan kita terhadap Kalamullah serta membentuk peribadi yang lebih baik.

“Bacalah Al-Quran, kerana ia akan datang memberi syafaat kepada pembacanya.”

Assalamualaikum WBTSESI TAZKIRAH SHARING IS CARING SIRI 7 1447HTajuk : 10 Ramadhan TerakhirPenyampai : Thaqif Wafiq 3 Sy...
09/03/2026

Assalamualaikum WBT

SESI TAZKIRAH SHARING IS CARING SIRI 7 1447H

Tajuk : 10 Ramadhan Terakhir
Penyampai : Thaqif Wafiq 3 Syujaah
Tarikh : 10 Mac 2026 (Selasa)
Tempat : Musolla Imam Syafie

Address

Batu 8, Jalan Trong
Changkat Jering
34850

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6058552957

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SABK Maahad Al Tarbiah Al Islamiah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to SABK Maahad Al Tarbiah Al Islamiah:

Share