MTD N14 Changkat Jering

MTD N14 Changkat Jering Disebabkan Facebook MTD Changkat Jering sebelum ini bermasalah, pihak admin mengambil langkah untuk

22/10/2013

Assalamualaikum semua!

Sedang mencari sahabat-sahabat yang berminat untuk menjadi admin Page MTD N14 Changkat Jering!

Ciri-ciri yang diperlukan:
1) Solat diawal waktu
2) Selalu baca Quran
3) Tidak meninggalkan puasa
4) Sanggup memberi komitmen
5) Seorang yang selalu update tentang isu-isu semasa
6) Pemuda DUN Changkat Jering diutamakan

Jika anda tergolong didalam siri-siri tersebut, boleh PM admin.

20/10/2013

Selamat pagi semua!

Sudah solat Dhuha ke yang tengah online ni?

17/10/2013
14/10/2013

AYAH CHIK BERCERITA PASAL KEMUNCULAN DAJJAL

Pagi hari Arafah ini, terasa sgt nak berkongsi apa yg Ayah Chik Rusila selalu dan diulang-ulang cerita kpd kami sekeluarga sejak bertahun2 yg lalu. Mudah-mudahan beroleh manfaat buat kita yg selalu leka dan lalai ini.

Kisah Dajjal Al-Masih dr cerita Tamim Ad-Dari seorang sahabat Nabi SAW yg asalnya beragama nasrani melalui riwayat yg sahih dr Imam Muslim.

Pada suatu ketika, Tamim ad-Dari bersama 30 orang lelaki dari kaum Lakhm dan Juzdam mengharungi lautan dan dilambung badai dan gelora. Setelah dilambung badai selama 1 bulan, mereka akhirnya bertemu dengan sebuah p**au misteri yang berada di tengah-tengah lautan dan mereka berlabuh di p**au itu dengan menaiki perahu kecil

# ( Ayah Chik Rusila kata p**au itu ialah p**au Socotra di Yaman yang dikenali juga sebagai 'The Roof of Arabia'. Yang sangat menarik ialah flora dan fauna serta landscape yang tak pernah kita tengok di tv atau pun media cetak sebelum ini. Socotra adalah p**au terbesar daripada empat p**au di Lautan Hindi, Socotra terletak kira-kira 240 kilometer ke timur Afrika Timur. Ia p**au terpencil dan satu pertiga daripada tumbuhan di situ, termasuk pokok gergasi tidak akan ditemui di tempat lain. Socotra amat aneh sehingga digambarkan sebagai tempat paling pelik di bumi. sila rujuk : http://abatasa2.blogspot.com/2011/06/keanehan-socotra_7870.html ) #

Setibanya mereka di p**au tersebut, mereka sangat terkejut apabila didatangi oleh seekor binatang yang tebal bulunya. Sehingga mereka tidak dapat membezakan yang mana satu bahagian belakang dan depan binatang itu.
“Apakah kamu ini?” tanya mereka kepada binatang itu.
“Akulah pengintip rahsia (Jassasah)”, jawab binatang berbulu lebat itu.
“Pengintip apa?” mereka bertanya lagi.
“Tak usahlah kamu bertanya lagi. Pergilah kamu temui seorang lelaki yang berada di dalam gua (tempat pertapaan) kerana ia sangat merindukan berita dari kamu”, jawab binatang itu lagi.

Mereka pun pergilah ke gua itu. Apabila mereka sampai di dalamnya, mereka menjumpai sebesar-besar manusia yang dirantai dengan kuat. Kedua tangannya dibelenggu di lehernya. Kaki dan lututnya diikat dengan besi hingga buku lalinya.
“Makhluk apakah kamu ini?” tanya mereka kepada makhluk itu.
“Sebenarnya kamu telah melihat keadaanku. Kamu p**a siapa?” tanya makhluk itu kembali.
“Kami adalah bangsa Arab. Kami belayar di laut yang bergelora lalu kapal kami dipukul ombak selama sebulan dan akhirnya kami terdampar di p**aumu ini”, jawab mereka.

Setelah mendengar penjelasan mereka, makhluk berantai itupun bertanya, “Cuba ceritakan kepadaku tentang pohon kurma di Baisan. Adakah ia masih berbuah?”, tanya makhluk itu.
“Ya! Ia masih berbuah.” jawab mereka.
“Sesungguhnya hampir ia tidak berbuah lagi

#(Baisan merupakan sebuah kota di Palestina di al-Ghaur utara, ia berada dekat Sungai Jalut yang mengalir di perkebunan Ibnu Amir. Wisnu Sasongko mengatakan dalam Armageddon bahwa Israel sering menjadikan Baisan sebagai target sasaran sehingga hancur leburlah perkebunan kurma yang masih ada di sana. Apakah ini merupakan isyarat bahwa pohon kurma di Baisan hampir tidak lagi berbuah? dan ketika itu dajjal akn muncul) #

Bagaimana p**a tentang Tasik Thabariayah? Apakah ia masih ada air?” tanya makhluk itu lagi.
“Airnya masih banyak.” jawab mereka.
Lalu dia berkata “Sesungguhnya tidak lama lagi ia akan kering”.

#( Pada hari ini Tasik Thabariyyah dikenali sebagai Sea of Galilee atau Laut Galilee dan ia terletak di dataran tinggi Golan sebelah timur dari Palestin. Sekarang tasik tersebut dikuasai oleh kaum Yahudi. Sejak tahun 2000, Tasik Thabariyah telah mengalami kekeringan dengan sangat cepat. Ia menjadi sumber air bersih yang amat penting bagi org Israel. Di zaman kemunculan Dajal air tasik ini akan surut dan fenomena ini sebenarnya sedang menjadi kenyataan pada hari ini.Setelah air tasik ini kering ketika itulah Dajjal akan muncul dan berlakukan kecelakaan besar kepada umat Islam.

Reuters bertarikh 14 Ogos 2001 memaparkan sebuah artikel yang bertajuk: ‘Kekeringan Air Laut Galilee di Israel Memerlukan Mukjizat Untuk Pulih’. Mengikut artikel ini, air Laut Galilee sedang berada di paras yang terendah di dalam sejarah iaitu di paras 214.04 meter, lebih rendah dari paras bahaya yang ditetapkan.) #

Kemudian dia bertanya lagi, “Bagaimana p**a dengan mata air Zughar? Apakah masih ada airnya dan apakah penduduk di sekelilingnya masih menggunakan mata air itu untuk tanaman mereka?” tanya makhluk itu lagi kepada mereka.
“Ya! Airnya masih banyak dan penduduk di sekelilingnya masih menggunakan mata air itu untuk tanaman mereka”, jawab mereka.

#(Mata Air Zughar bersambung dengan Tasik Thabariyah, terletak di sebelah selatan Tasik tersebut, dalam wilayah Syria. Mata air ini menjadi tumpuan utama bagi penduduk Syria dan Palestin utk kegunaan pertanian mereka. Keringnya Tasik Thabariyah pasti akan diiringi oleh keringnya Zughar. Atau boleh jadi sebaliknya, Zughar yang lebih dahulu kering lalu disusuli dengan keringnya Tasik Thabariyyah) #

“Bagaimanakah dengan nabi orang-orang ummiyin? Apakah yang dikerjakannya? Dan apakah orang-orang Arab memeranginya?”
“Dia dilahirkan di Mekah dan telah berhijrah ke Yathrib (Madinah). Ya, mereka memeranginya” jawab mereka.

“Seterusnya bagaimana perlakuannya terhadap mereka?” tanya makhluk itu berkenaan Rasulullah.
“Dia telah banyak memperolehi kemenangan terhadap mereka, bahkan hampir semua orang Arab yang ada di sekelilingnya telah mengikutinya” mereka menjawab.
“Sungguhkah itu yang terjadi?”, tanya makhluk itu untuk mendapatkan kepastian.
“Ya! Sesungguhnya itulah yang terjadi”, jawab mereka dengan yakin.

Lalu makhluk itu berkata:
“Kalau mereka mengikutinya, maka itulah yang terbaik. Maka sekarang ini aku ingin memberi tahu kepadamu siapakah sebenarnya aku. Akulah Al-Masih Ad-Dajjal. Rasanya sudah hampir diizinkan aku untuk keluar. Bila aku keluar nanti aku akan berjalan ke serata permukaan bumi sehinggakan tiada sebuah kampung pun yang terkecuali. Aku akan berada selama 40 hari kecuali Makkah dan Thaibah. Kedua kota ini diharamkan ke atasku. Aku dihalang oleh Malaikat dengan pedang yang terhunus. Mereka mengawal kedua-dua kota itu daripadaku dan sesungguhnya pada setiap Malaikat yang menjaganya”, terang makhluk yang bernama AD-DAJJAL AL-MASIH itu.

Rasulullah SAW menghentak tongkatnya seraya berkata “Inilah Thaibah!! Inilah Thaibah!! Inilah Thaibah yakni Madinah. Bukankah aku telah sampaikan berita ini kepada kamu semua?”
“Benar, wahai Rasulullah!”, para sahabat menjawab.

Mekah dan Madinah tanah yang diharamkan untuk Dajjal
“Sesungguhnya cerita Tamim ad-Dari ini bersesuaian dengan dengan apa yang pernah aku ceritakan kepada kamu semua terutamanya tentang keistimewaan Mekah dan Madinah. Ketahuilah! Dajjal itu berada di Laut Syam atau Laut Yaman. Sesungguhnya ia berada di arah Timur”, terang Baginda sambil menunjukkan tangannya ke arah Timur.

Dgn Kisah yg selalu Ayah Chik Rusila ceritakan kpd kami anak beranak ni. Amat menginsafkan kami, terasa hampir sgt dah dgn kemunculan Dajjal. Bimbang sgt ketika Dajjal muncul kita sdg sibuk dgn dunia, sdg sibuk dgn maksiat, sdg sibuk dgn kerja2 sia-sia. Alangkah baiknya ketika Dajjal muncul kita sdg di masjid, kita sdg buat kerja Islam, kita sdg baca Al-Quran, kita sdg mencari ilmu. Mudah-mudahan Allah pelihara kita dr ancaman fitnah Dajjal.

Oleh :
Akmal hj Kamarudin.

10/07/2013

Selamat menyambut bulan Ramadan yang penuh barokah!

Jangan curi2 makan p**ak..
Orang lain tak nampak..tapi ALLAH nampak!
:)

16/05/2013

Ade seorang budak tanya aku. Antara Cina dengan Melayu, siapa lagi kaya ?Aku jawap ,mestilah Cina ..sebab cina rajin dan komited dalam sesuatu usaha dan akan pastikan dia berjaya.

Budak tu jawap , tak ..Melayu lagi kaya..sebab Melayu tolak pendidikan percuma, Melayu tolak penghapusan tol, Melayu tolak minyak murah, Melayu s**a harga barang naik, Melayu sayangkan kereta lama dan Melayu sayang dan cintakan GST.

Setuju?

Credit: Perakite: Rakyat Sepakat Perak Berkat

Credit : Perakite: Rakyat Sepakat Perak Berkat
16/05/2013

Credit : Perakite: Rakyat Sepakat Perak Berkat

10/05/2013

"Ya Allah Ya Tuhanku, berkatilah kami pada bulan Rejab dan Syaaban dan sampaikan kami ke bulan Ramadan."

Rasulullah s.a.w

*1 Rejab bersamaan Sabtu 11 Mei 2013

Adalah malam 1 Rejab..
Imam Syafiie Rahimahullah berkata, ada 5 malam dalam setahun, ALLAH SWT bukakan pintu langit, salah satunya adalah malam 1 Rejab. Bulan Rejab dikenali juga sebagai bulan Istighfar.

Jadi,perbanyakkan doa mudah-mudahan ALLAH ampunkan dosa kita, memakbulkan doa kita pada malam 1 Rejab. Perbanyakkan Istighfar, minta ampun daripada ALLAH SWT. InsyaAllah.

05/05/2013

Pilihanraya paling bersih dan adil!

N51 Dun Pasir Panjang!

05/05/2013

BN-133
PR-87

BN kembali memerintah Malaysia.

masih bersama kita #

05/05/2013

KEDUDUKAN KERUSI PARLIMEN
LATEST UPDATE!!!

222 - Kerusi Parlimen. 12.50mlm

PAS - 12
DAP - 28
PKR -18

BN - 112

■ Pengerusi SPR Malaysia

** 52 KERUSI MASIH BELUM DIKETAHUI.

Address

Changkat Jering
34850

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when MTD N14 Changkat Jering posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share