Dewan Muslimat Pas Kawasan Jelutong

Dewan Muslimat Pas Kawasan Jelutong "Istiqamah hingga kemenangan"

Alhamdulillah, hari ini menjadi satu detik bermakna dalam sejarah Ameerah Balik Pulau.Melalui Program Ameerah Care Mega,...
25/04/2026

Alhamdulillah, hari ini menjadi satu detik bermakna dalam sejarah Ameerah Balik Pulau.

Melalui Program Ameerah Care Mega, kami berpeluang menyantuni ibu-ibu muda di wad bersalin serta anak-anak di wad kanak-kanak Hospital Balik Pulau. Momen ini bukan sekadar ziarah, tetapi tanda kasih, sokongan dan keprihatinan kami terhadap mereka yang memerlukan.

Program mega berfokus kebajikan ini merupakan inisiatif daripada jawatankuasa Ameerah Negeri Pulau Pinang. Alhamdulillah Ameerah Balik Pulau berjaya melaksanakan program ini dengan lancar melalui gerak kerja yang tersusun dan komitmen yang padu.

Kami juga amat berterima kasih atas layanan mesra dan kerjasama baik daripada pihak pengurusan Hospital Balik Pulau yang telah memudahkan perjalanan program ini.

Semoga usaha kecil ini memberi makna besar dan menjadi asbab untuk lebih banyak kebaikan di masa hadapan ✨
Doakan agar Ameerah terus istiqamah dalam menyebarkan kebajikan dan keprihatinan, khususnya buat wanita muda di Malaysia.






Salam Nuzul al-Quran“Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al-Quran pada malam Lailatul Qadar.”— Surah Al-Qadr : 1Marilah k...
07/03/2026

Salam Nuzul al-Quran
“Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al-Quran pada malam Lailatul Qadar.”
— Surah Al-Qadr : 1

Marilah kita menghayati dan menjadikan Al-Quran sebagai panduan hidup.

18/02/2026

🧧 Sinar Kasih CNY di Jelutong🧧

Lajnah Perpaduan Nasional (LPN) Dewan Muslimat PAS Negeri Pulau Pinang bersama Dewan Muslimat PAS Kawasan Jelutong turun ziarah kaum Cina pada hari ini bersempena Hari Raya Cina yang akan menjelang tiba.

Kami berjumpa dan beramah mesra di Market Sungai Pinang dan menyerahkan sedikit buah tangan untuk mereka yang memerlukan.

Selamat menyambut Tahun Baru Cina. Semoga tahun ini membawa rezeki dan kesihatan yang baik.

Marhaban ya Ramadan 2026M / 1447H
18/02/2026

Marhaban ya Ramadan 2026M / 1447H

26/07/2025

Suasana sekitar

Video asal

Selamat Hari Guru buat para guru. Terima kasih atas ilmu yang dicurahkan.Ikhlas dari Dewan Muslimat Pas Kawasan Jelutong
15/05/2025

Selamat Hari Guru buat para guru. Terima kasih atas ilmu yang dicurahkan.

Ikhlas dari Dewan Muslimat Pas Kawasan Jelutong

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin ikhlas dari Dewan Muslimat Pas Kawasan Jelutong
30/03/2025

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin ikhlas dari Dewan Muslimat Pas Kawasan Jelutong

"Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang sebelum kamu agar kamu ...
01/03/2025

"Wahai orang-orang yang beriman!
Diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang sebelum kamu agar kamu bertakwa,". Al-Baqarah 183

Malam Nisfu Syaaban di Malaysia mengikut kalendar Masihi adalah pada 13 Februari 2025, (Khamis malam Jumaat iaitu sebaik...
12/02/2025

Malam Nisfu Syaaban di Malaysia mengikut kalendar Masihi adalah pada 13 Februari 2025, (Khamis malam Jumaat iaitu sebaik sahaja masuk waktu Solat Maghrib).

Malam Nisfu Syaaban berdasarkan kalendar Hijrah adalah malam 15 Syaaban, sebaik sahaja masuk waktu Solat Maghrib, iaitu siangnya 14 haribulan Syaaban 1446 Hijrah.

Menghidupkan bulan Sya’ban termasuk Nisfu Sya’ban dengan ibadat seperti membaca al-Quran, bertaubat, beristighfar, berdoa, solat hajat dan sebagainya adalah ibadah yang baik bagi mendekatkan diri kehadrat Allah S.W.T.

Antara amalan yang dapat kita laksanakan agar tidak mengsia-siakan peluang ini ialah ;

1. Solat magrib + ba'diyah maghrib
2. Baca yassin 3x
- Niat 1: Berdoa agar dipanjangkan umur dan berkah
- Niat 2: Minta dijauhkan dari bala' dan diluaskan rezeki yang halal
- Niat 3: Berdoa biar diluaskan hati, ditetapkan iman Islam sampai akhir hayat dan meninggal dalam keadaan husnol khotimah
3. Solat isyak + ba'diyah isyak
4. Baca surah Al-Mulk
5. Qiyamullai
6. Banyak berdoa
7. Berzikir
8. Bersedekah

𝐒𝐄𝐁𝐔𝐀𝐇 𝐑𝐈𝐍𝐃𝐔, 𝐓𝐈𝐀𝐃𝐀 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐇𝐔𝐉𝐔𝐍𝐆Sepuluh tahun sudah berlalu,  namun namamu tak pernah layu,  bak cahaya purnama di langit ...
12/02/2025

𝐒𝐄𝐁𝐔𝐀𝐇 𝐑𝐈𝐍𝐃𝐔, 𝐓𝐈𝐀𝐃𝐀 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐇𝐔𝐉𝐔𝐍𝐆

Sepuluh tahun sudah berlalu,
namun namamu tak pernah layu,
bak cahaya purnama di langit biru,
menerangi jiwa yang rindu.

Tuan Guru, kau pergi dalam tenang,
meninggalkan hikmah, meninggalkan pesan,
lisanmu lembut, hatimu lapang,
memimpin ummah penuh ihsan.

Di mimbar, di madrasah, di lorong sepi,
kau ajar kami erti hakiki,
politik itu bukan sekadar janji,
tetapi amanah hingga mati.

Engkau umpama pohon yang rendang,
meneduhi kami dari panas dunia,
hikmahmu umpama air yang tenang,
mengalir di hati, kekal selamanya.

Hari ini, sepuluh tahun berlalu,
namun warisanmu tetap bersatu,
di bibir rakyat, di nadi perjuangan,
kau hidup dalam setiap ingatan.

Moga syurga tempatmu kini,
bersama para kekasih Ilahi,
kami di sini terus berbakti,
meneruskan dakwah, menyambung erti.

rindunya kami, hanya Allah yang tahu.

𝘼𝙡-𝙁𝙖𝙩𝙞𝙝𝙖𝙝
𝘛𝘶𝘢𝘯 𝘎𝘶𝘳𝘶 𝘕𝘪𝘬 𝘈𝘣𝘥𝘶𝘭 𝘈𝘻𝘪𝘻 𝘕𝘪𝘬 𝘔𝘢𝘵,
12 𝘍𝘦𝘣 2015 - 12 𝘍𝘦𝘣 2025

𝐊𝐄𝐓𝐈𝐊𝐀 𝐒𝐀𝐀𝐓 𝐈𝐍𝐈Sungguh,Jika ketika kerja kita tidak dihargai,Saat itulah kita belajar erti ketulusan dalam hati.Ketika u...
20/01/2025

𝐊𝐄𝐓𝐈𝐊𝐀 𝐒𝐀𝐀𝐓 𝐈𝐍𝐈

Sungguh,

Jika ketika kerja kita tidak dihargai,

Saat itulah kita belajar erti ketulusan dalam hati.

Ketika usaha kita dinilai sebagai tidak penting,

Saat itulah kita belajar tentang sebuah keikhlasan.

Oleh thepemerhatiummah

Bacaan Lanjut di 👇🏽
https://wanitasejahtera.com/cerpen/ketika-saat-ini/

Lebih banyak info menarik di 👇🏽
https://wanitasejahtera.com/



Saya menerima kunjungan daripada PASTI Malaysia  ke Pusat Khidmat.Kunjungan tersebut bagi membentangkan halatuju PASTI M...
20/01/2025

Saya menerima kunjungan daripada PASTI Malaysia ke Pusat Khidmat.

Kunjungan tersebut bagi membentangkan halatuju PASTI Malaysia dan berkongsi pandangan.

Terima kasih kerana sudi hadir ke Pusat Khidmat ADUN Sungai Dua.





Address

Butterworth

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Dewan Muslimat Pas Kawasan Jelutong posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Dewan Muslimat Pas Kawasan Jelutong:

Share