UMNO Bagan

UMNO Bagan Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from UMNO Bagan, Political organisation, Wisma UMNO, Butterworth.

07/06/2026

Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Bagan 2026

Alhamdulillah, Mesyuarat Perwakilan UMNO Bagan  bagi tahun 2026, telah selesai diadakan dengan jayanya. Mesyuarat yang d...
07/06/2026

Alhamdulillah, Mesyuarat Perwakilan UMNO Bagan bagi tahun 2026, telah selesai diadakan dengan jayanya. Mesyuarat yang diadakan di Hotel The Light Seberang Jaya pada Ahad 7 Jun 2026 telah bermula dengan Persidangan Wanita, Pergerakan Pemuda & Pergerakan Puteri UMNO Bagan. Mesyuarat Perwakilan Bahagian diadakan pada sebelah petang. Perasmian Penutup Persidangan sayap dan Perasmian Mesyuarat Bahagian telah dirasmikan oleh Ybhg Datuk Wira Ir.Dr. Shaik Hussein Mydin Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Malaysia merangkap Ketua UMNO Bahagian Bagan. Terima kasih kepada semua perwakilan, wakil UMNO BPUN Pulau Pinang, pemerhati, petugas dan para hadirin yang telah memberikan komitmen serta kerjasama sepanjang mesyuarat berlangsung.

07/06/2026
Hidup BN
01/06/2026

Hidup BN

𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐔𝐥𝐚𝐧𝐠 𝐓𝐚𝐡𝐮𝐧 𝐁𝐚𝐫𝐢𝐬𝐚𝐧 𝐍𝐚𝐬𝐢𝐨𝐧𝐚𝐥 𝐊𝐞-𝟓𝟐

Alhamdulillah, hari ini genap 52 tahun penubuhan Barisan Nasional, sebuah gabungan politik yang lahir daripada semangat persefahaman, kesederhanaan dan kesediaan untuk membina negara melalui kerjasama pelbagai kaum serta latar belakang.

Sepanjang lebih lima dekad, Barisan Nasional telah melalui pelbagai fasa perjuangan. Ada ketika memimpin negara dalam era pertumbuhan dan pembangunan, ada ketika berdepan cabaran serta ujian yang mengajar erti ketabahan dan muhasabah. Namun satu perkara yang tidak pernah berubah ialah komitmen untuk terus berkhidmat kepada rakyat dan mempertahankan kestabilan negara.

Dalam landskap dunia yang semakin kompleks, rakyat mahukan politik yang matang, kepimpinan yang bertanggungjawab serta penyelesaian yang mampu menjawab cabaran semasa. Barisan Nasional mesti terus bergerak ke hadapan dengan semangat pembaharuan, berpaksikan pengalaman dan sentiasa bersedia menyesuaikan diri dengan tuntutan masa depan.

Sebagai Pengerusi Barisan Nasional, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh pimpinan, ahli, jentera dan penyokong yang terus setia mendukung perjuangan ini. Kesetiaan, pengorbanan dan keyakinan saudara-saudari semua menjadi kekuatan yang menggerakkan Barisan Nasional hingga ke hari ini.

Percayalah, perjalanan di hadapan tidak akan sentiasa mudah. Kita akan berdepan pelbagai medan sehingga medan terbesar Pilihan Raya Umum tidak lama lagi. Namun saya yakin, selagi kita teguh bersatu, setia kepada perjuangan, memahami denyut nadi rakyat serta terus bekerja dengan ikhlas dan penuh tanggungjawab, InsyaAllah, Barisan Nasional akan terus kekal relevan, mendapat kepercayaan rakyat dan kembali memperoleh mandat yang lebih kukuh pada masa hadapan.

Selamat Ulang Tahun Barisan Nasional ke-52.

Hidup Barisan Nasional!



YANG DI-PERTUAN AGONG SERIKAN SESI FOTOGRAFI SEMPENA SAMBUTAN ULANG TAHUN KE-80 UMNO KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong, Su...
11/05/2026

YANG DI-PERTUAN AGONG SERIKAN SESI FOTOGRAFI SEMPENA SAMBUTAN ULANG TAHUN KE-80 UMNO

KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke sesi fotografi di Tangga Selat Istana Besar, Johor Bahru sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-80 Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) pada hari ini (11 Mei).

Berangkat sama mengiringi Seri Paduka Baginda, DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor.

Keberangkatan Sultan Ibrahim disambut oleh YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Presiden UMNO dan Menteri Besar Johor, YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi.

Sesi fotografi ini diadakan bagi mengenang sejarah penubuhan UMNO pada 11 Mei 1946 di Istana Besar pada zaman pemerintahan Almarhum Sultan Sir Ibrahim, hasil Kongres Melayu Ketiga yang dipimpin oleh Dato’ Onn Jaafar.

Penubuhan parti ini menjadi salah sebuah lembaran utama dalam perjuangan nasionalisme negara sehingga mencetuskan pergerakan menentang Malayan Union dan kemudian ke arah kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1957.



Alhamdulillah...
20/04/2026

Alhamdulillah...

Tahniah dan Hebat! 1,908 Ahli Baharu UMNO telah saya luluskan setakat pukul 6 petang ni, setelah 8 jam Pendaftaran Keahlian Secara Atas Talian (Online) dibuka kali pertama. Keahlian Pemuda UMNO yang paling tinggi iaitu seramai 1,215 orang. Syabas pemuda!


Selamat Hari Raya Aidilfitri 1447H kepada seluruh umat IslamHari ini, kita merayakan kemenangan setelah sebulan berpuasa...
20/03/2026

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1447H kepada seluruh umat Islam

Hari ini, kita merayakan kemenangan setelah sebulan berpuasa, membersihkan jiwa, dan mempererat silaturahim.

Semoga Aidilfitri ini membawa kebahagiaan, kedamaian, dan keberkatan kepada kita semua.

Mari kita terus bersatu, berbagi kasih sayang, dan memperkuatkan ikatan persaudaraan.

Semoga kita dapat memulai lembaran baru dengan hati yang suci dan semangat yang baru.

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2026!

يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ كُتِبَ عَلَيْكُمُ ٱلصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى ٱلَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ ...
18/02/2026

يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ كُتِبَ عَلَيْكُمُ ٱلصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى ٱلَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ

Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.

(Surah Al Baqarah, ayat 183)

Taklimat Skim Barakat Tekun Nasional
06/02/2026

Taklimat Skim Barakat Tekun Nasional

Taklimat Skim Barakat Tekun Nasional

Skim khas Ramadan 2026 oleh KUSKOP
10 Feb 2026
Dewan Reflesia,Midtown PERDA
3:00 petang

Jom Hadir !

Nisfu Syaabanعَنْ مُعَاذِ بن جَبَلٍ عَن ِالنَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: يَطَّلِعُ اللَّهُ عَزَّ وَج...
02/02/2026

Nisfu Syaaban

عَنْ مُعَاذِ بن جَبَلٍ عَن ِالنَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: يَطَّلِعُ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ عَلَى خَلْقِهِ لَيْلَةَ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ فَيَغْفِرُ لِجَمِيعِ خَلْقِهِ إِلا لِمُشْرِكٍ أَوْ مُشَاحِنٍ

Daripada Muaz bin Jabal RA dari Nabi SAW baginda bersabda: Allah Azawajalla memerhati makhlukNya pada malam pertengahan bulan Syaaban (Nisfu Syaaban), lalu Dia mengampuni semua makhluk-Nya kecuali orang yang melakukan syirik dan orang yang bermusuhan

(HR Tobrani No: 16639) Status: Hadis Sahih

Address

Wisma UMNO
Butterworth
12000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when UMNO Bagan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to UMNO Bagan:

Share