Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Daerah Seberang Perai Utara

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Daerah Seberang Perai Utara Instagram/Tiktok : mcdf.spu Pejabat Pertahanan Awam Daerah Seberang Perai Utara terletak di Jalan Bagan Jermal, 12300 Butterworth. Pusat kawalan Operasi(24Jam)

SEKALUNG PENGHARGAAN & SELAMAT MAJU JAYADengan penuh rasa hormat dan penghargaan, seluruh warga kerja Angkatan Pertahana...
03/06/2026

SEKALUNG PENGHARGAAN & SELAMAT MAJU JAYA

Dengan penuh rasa hormat dan penghargaan, seluruh warga kerja Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Seberang Perai Utara merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Kapten (PA) Widiana Binti Mohd Ani di atas pertukaran dan lantikan sebagai Pegawai Pertahanan Awam Daerah Barat Daya, berkuat kuasa pada 3 Jun 2026.

Perjalanan perkhidmatan beliau bersama APM merupakan satu kisah dedikasi, pengorbanan dan kepimpinan yang wajar dijadikan inspirasi. Sebelum menabur bakti di Daerah Seberang Perai Utara pada tahun 2020, beliau telah berkhidmat di Akademi Latihan Pertahanan Awam (ALPHA) Bangi dan seterusnya di Daerah Seberang Perai Selatan, di mana antara sumbangan terbesar beliau adalah dalam pengurusan serta penyelarasan Pusat Kuarantin Jawi ketika negara berdepan cabaran pandemik COVID-19.

Sepanjang berkhidmat di SPU, Kapten Widiana sentiasa berada di barisan hadapan dalam hampir setiap operasi dan penugasan penting. Antaranya termasuk operasi COVID-19, pelaksanaan EMCO, Operasi Omni Presence, Pusat Pemberian Vaksin (PPV), pengurusan jenazah COVID-19, penugasan di ICU Hospital Medan ATM serta pelbagai lagi operasi kemanusiaan dan kebajikan yang memberi impak besar kepada masyarakat.

Bukan sekadar seorang pegawai yang memimpin dari pejabat, malah beliau sendiri sentiasa turun padang bersama anggota dalam menghadapi pelbagai cabaran dan bencana. Ketika daerah Seberang Perai Utara dilanda banjir, beliau turut berada di lapangan, bersama-sama anggota dan agensi sahabat dalam usaha membantu mangsa serta menguruskan operasi dengan penuh komitmen dan tanggungjawab.

Keperibadian beliau yang mesra, rendah hati dan sentiasa mengutamakan kebajikan anggota menjadikan beliau seorang pemimpin yang dihormati bukan sahaja dalam kalangan warga APM, malah turut disenangi oleh pelbagai agensi serta komuniti setempat. Atas jasa dan sumbangan yang begitu besar, beliau turut menerima Anugerah Wanita Perkasa daripada Pejabat Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, satu pengiktirafan yang amat layak buat beliau.

Di sebalik kejayaan dan kecemerlangan kerjaya, beliau juga merupakan seorang ibu kepada tiga orang anak yang sentiasa berjaya mengimbangi tanggungjawab keluarga dan kerjaya dengan penuh cemerlang. Semangat, ketabahan dan pengorbanan beliau menjadi sumber inspirasi serta idola kepada ramai anggota dan pegawai yang pernah berkhidmat bersama beliau.

Sesungguhnya, pemergian seorang pemimpin yang hebat meninggalkan seribu kenangan dan sejuta pengajaran. Semoga APM Daerah Seberang Perai Utara akan terus dikurniakan insan-insan luar biasa yang mampu meneruskan legasi kecemerlangan yang telah ditinggalkan.

Buat ibu, puan, bos, cikgu dan sahabat sejati yang sentiasa bersama kami ketika susah dan senang, ketika s**a dan duka, terima kasih atas segala tunjuk ajar, bimbingan, pengorbanan dan kasih sayang yang tidak ternilai.

Jutaan terima kasih, Kapten (PA) Widiana Binti Mohd Ani.Jasamu sentiasa dikenang, baktimu sentiasa dihargai.

Selamat maju jaya dan semoga terus cemerlang dalam meneruskan amanah di tempat baharu.

"Pemimpin yang baik mencipta pengikut, tetapi pemimpin yang hebat melahirkan lebih ramai pemimpin."

fans
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Pulau Pinang
Jabatan Penerangan Malaysia
Jabatan Perdana Menteri
Diana Dian
Apm Barat Daya

26/05/2026
Salam Aidiladha 1447H 🌙✨Aidiladha hadir membawa seribu makna tentang pengorbanan, keikhlasan dan ketaatan yang sejati ke...
26/05/2026

Salam Aidiladha 1447H 🌙✨

Aidiladha hadir membawa seribu makna tentang pengorbanan, keikhlasan dan ketaatan yang sejati kepada Allah SWT. Peristiwa agung Nabi Ibrahim A.S dan Nabi Ismail A.S menjadi simbol kekuatan iman serta pengajaran bahawa setiap pengorbanan yang dilakukan dengan hati yang ikhlas pasti akan mendapat ganjaran dan rahmat daripada-Nya.

Semoga Aidiladha pada tahun ini membuka ruang untuk kita semua memperbaiki diri, mengeratkan ukhuwah sesama insan, serta menyemai nilai kasih sayang, kesabaran dan keinsafan dalam setiap langkah kehidupan. Dalam kesibukan dunia, semoga kita tidak pernah lupa untuk terus bersyukur atas setiap nikmat, menghargai insan di sekeliling, dan sentiasa menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan.

Di kesempatan yang penuh keberkatan ini, saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh warga kerja, petugas dan anggota yang sentiasa komited dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab demi masyarakat serta negara tercinta. Semoga segala pengorbanan, penat lelah dan khidmat bakti yang dicurahkan menjadi amal kebajikan yang diberkati Allah SWT.

Selamat Hari Raya Aidiladha 1447H.
Maaf zahir dan batin. Semoga perjalanan hidup kita sentiasa dipenuhi keberkatan, ketenangan dan rahmat daripada Allah SWT. 🤍✨

Ikhlas daripada,
Kapt. (PA) Widiana Binti Mohd Ani
Pegawai Pertahanan Awam Daerah Seberang Perai Utara
dan seluruh warga kerja APM SPU 💙

12/05/2026

Watch, follow, and discover more trending content.

Jom sertai kami di Angkatan Pertahan Awam Malaysia (APM) Daerah Seberang Perai UtaraKelayakan adalah seperti berikut:📌Ca...
12/05/2026

Jom sertai kami di Angkatan Pertahan Awam Malaysia (APM) Daerah Seberang Perai Utara
Kelayakan adalah seperti berikut:
📌Calon hendaklah berumur 18 tahun keatas
📌Sihat tubuh badan
📌Tiada kecacatan fizikal
📌Memiliki kelulusan minima Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
📌Tidak terlibat dengan mana-mana badan beruniform yang lain
📌Tiada rekod atau disabitkan kes jenayah
📌Permohonan adalah terbuka kepada lelaki dan wanita boleh bekerja lebih masa

📞Hubungi kami untuk maklumat lanjut di talian
04-3236401
Isnin - Jumaat (08.00 Pagi - 05.00 Petang)

01/04/2026
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Kapten (PA) Widiana Binti Mohd Ani, Pegawai Pertahanan Awam Daerah Seberang Per...
01/04/2026

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Kapten (PA) Widiana Binti Mohd Ani, Pegawai Pertahanan Awam Daerah Seberang Perai Utara, atas penganugerahan sebagai “Wanita Perkasa” sempena Sambutan Hari Wanita Sedunia Peringkat Negeri Pulau Pinang.

Pengiktirafan ini merupakan hasil daripada komitmen, dedikasi dan semangat kepimpinan yang tinggi dalam melaksanakan amanah serta khidmat bakti kepada masyarakat dan organisasi.

Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga Pertahanan Awam dan terus melakar kecemerlangan pada masa akan datang.

Terima kasih kerana bersama episod 1 hari 1 hadis APM SPU Ramadan ini. Selamat hari raya semua.
20/03/2026

Terima kasih kerana bersama episod 1 hari 1 hadis APM SPU Ramadan ini. Selamat hari raya semua.

Di kesempatan ini, dengan hati yang tulus ikhlas, saya memohon ampun dan maaf atas segala khilaf dan kesilapan, sama ada...
20/03/2026

Di kesempatan ini, dengan hati yang tulus ikhlas, saya memohon ampun dan maaf atas segala khilaf dan kesilapan, sama ada yang disengajakan mahupun tidak.

Salam Aidilfitri khusus buat Petugas Pusat Kawalan Operasi Daerah SPU serta seluruh Warga Kerja Pejabat Pertahanan Awam Daerah SPU.

Terima kasih atas segala sokongan dan kerjasama yang diberikan. Semoga ukhuwah yang terjalin terus mekar walau di mana jua kita berada.

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.

Ramadan 29 | 1 Hari 1 HadisDi saat Ramadan hampir pergi, hati terasa sayu.Entah sempat atau tidak kita bertemu lagi deng...
19/03/2026

Ramadan 29 | 1 Hari 1 Hadis

Di saat Ramadan hampir pergi, hati terasa sayu.
Entah sempat atau tidak kita bertemu lagi dengannya.

Rasulullah SAW bersabda:

“Barangsiapa yang berpuasa Ramadan dengan penuh keimanan dan mengharap pahala, diampunkan baginya dosa-dosa yang telah lalu.”
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Sudahkah kita benar-benar berpuasa dengan iman?
Sudahkah malam-malam kita diisi dengan doa dan istighfar?

Jangan biarkan Ramadan berlalu tanpa meninggalkan kesan dalam jiwa.

Semoga segala amal diterima dan kita tergolong dalam kalangan hamba yang kembali kepada fitrah.

Pejabat Pertahanan Awam Daerah Seberang Perai Utara

Address

Butterworth

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Daerah Seberang Perai Utara posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Daerah Seberang Perai Utara:

Share