Klinik Pergigian Pulau Bum Bum

Klinik Pergigian Pulau Bum Bum Berkhidmat untuk orang Pulau Bum Bum, Semporna, Sabah๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ
Orang Pulau๐Ÿ˜Ž๐Ÿ๏ธ Kami sedia membantu anda dalam memberi khidmat nasihat serta rawatan pergigian

60 tahun masih boleh senyum lebar? ๐Ÿ˜  Bolehโ€ฆ kalau kita jaga dari sekarang!Kempen 6020 menyeru kita semua untuk mencapai...
26/04/2026

60 tahun masih boleh senyum lebar? ๐Ÿ˜
Bolehโ€ฆ kalau kita jaga dari sekarang!

Kempen 6020 menyeru kita semua untuk mencapai sasaran:
๐Ÿ‘‰ Umur 60 tahun dengan sekurang-kurangnya 20 batang gigi

Nampak remeh, tapi impaknya besar!
Lebih banyak gigi = lebih mudah makan, lebih yakin bercakap, lebih berkualiti hidup ๐Ÿ’ฏ

Jom mula hari ini:
๐Ÿชฅ Berus gigi 2 kali sehari dengan ubat gigi berfluorida
๐Ÿฆท Kurangkan makanan manis
๐Ÿ‘ฉโ€โš•๏ธ Pemeriksaan gigi sekali setahun

๐Ÿ’ฌ Jom sahut saranan KKM demi senyuman sihat sepanjang hayat!

Ingat, senyuman sihat bukan untuk hari ini sahajaโ€ฆ tapi untuk masa depan kita!

19/04/2026

Dua tiga kucing berlari,
Mana nak sama dengan si kucing belang,
Bum Bum ke Selakan kami santuni,
Senyuman sihat misi kami yang gemilang! ๐Ÿ˜ โœจ

31/03/2026

โค๏ธ๐Ÿ˜Senyuman Sihat, Hidup Lebih Bermakna ๐Ÿ˜โœจ

Bersempena dengan Hari Kesihatan Mulut Sedunia atau World Oral Health Day (WOHD) 2026 dengan tema โ€œA Happy Mouth Isโ€ฆ A Happy Lifeโ€, Klinik Pergigian Pulau Bum Bum telah menganjurkan aktiviti kesedaran kesihatan mulut bersama warga Pulau Bum Bum ๐Ÿฆท๐Ÿ’™

Antara pengisian program termasuk:
โ€ข Ceramah kesihatan pergigian
โ€ข Demonstrasi teknik memberus gigi

Program ini bertujuan untuk meningkatkan tahap kesedaran masyarakat mengenai kepentingan penjagaan kesihatan mulut serta menggalakkan amalan penjagaan pergigian yang berkesan dalam kehidupan seharian.

๐Ÿ‘„๐Ÿ’ช๐ŸปMulut sihat bukan sahaja mencerminkan kesihatan, malah menyumbang kepada kualiti hidup yang lebih baik ๐Ÿซ€๐Ÿซ๐Ÿง 

๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐Œ๐„๐๐˜๐€๐Œ๐๐”๐“ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐Š๐„๐’๐ˆ๐‡๐€๐“๐€๐ ๐Œ๐”๐‹๐”๐“ ๐’๐„๐ƒ๐”๐๐ˆ๐€ ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”Senyuman sihat, keyakinan meningkat! ๐Ÿ˜โœจMulut yang sihat bukan s...
20/03/2026

๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐Œ๐„๐๐˜๐€๐Œ๐๐”๐“ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐Š๐„๐’๐ˆ๐‡๐€๐“๐€๐ ๐Œ๐”๐‹๐”๐“ ๐’๐„๐ƒ๐”๐๐ˆ๐€ ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

Senyuman sihat, keyakinan meningkat! ๐Ÿ˜โœจ

Mulut yang sihat bukan sekadar gigi yang cantik, tetapi kunci kepada kesihatan keseluruhan tubuh โค๏ธ

Ayuh pastikan bahawa kita:
1๏ธโƒฃ Berus gigi 2 kali sehari menggunakan ubat gigi berfluorida
2๏ธโƒฃ Kurangkan pengambilan makanan dan minuman tinggi gula
3๏ธโƒฃ Amalkan gaya hidup sihat

๐Ÿ‘„๐Ÿฆท ๐—” ๐—ต๐—ฎ๐—ฝ๐—ฝ๐˜† ๐—บ๐—ผ๐˜‚๐˜๐—ต ๐—ถ๐˜€โ€ฆ ๐—ฎ ๐—ต๐—ฎ๐—ฝ๐—ฝ๐˜† ๐—น๐—ถ๐—ณ๐—ฒ ๐Ÿซถ๐Ÿป๐Ÿ’ช๐Ÿป

๐Ÿ“ข NOTIS PENUTUPAN KLINIK SEMPENA CUTI SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRIDimaklumkan bahawa Klinik Pergigian Pulau Bum Bum tid...
19/03/2026

๐Ÿ“ข NOTIS PENUTUPAN KLINIK SEMPENA CUTI SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI

Dimaklumkan bahawa Klinik Pergigian Pulau Bum Bum tidak akan beroperasi pada hari Jumaat (20 MAC 2026) hingga hari Isnin (23 MAC 2026) sempena cuti am dan cuti khas tambahan.

Klinik akan beroperasi semula pada hari Selasa (24 MAC 2026)

Kepada pesakit yang telah menempah slot temujanji di aplikasi MySejahtera dinasihatkan untuk mendapatkan tarikh temujanji yang baru. Harap maklum dan mohon maaf atas kesulitan.

๐Ÿ“Klinik Pergigian Pulau Bum Bum

๐Ÿ“ฃ KLINIK SUDAH BEROPERASI SEPERTI BIASA!Kami dengan sukacitanya memaklumkan bahawa Klinik Pergigian Pulau Bum Bum kini k...
19/11/2025

๐Ÿ“ฃ KLINIK SUDAH BEROPERASI SEPERTI BIASA!

Kami dengan sukacitanya memaklumkan bahawa Klinik Pergigian Pulau Bum Bum kini kembali dibuka seperti sediakala.

Kerja-kerja penyelenggaraan telah selesai, dan klinik kini beroperasi seperti biasa untuk semua jenis rawatan.

Terima kasih atas kesabaran dan sokongan berterusan.
Jemput hadir untuk pemeriksaan gigi, konsultasi, dan rawatan lanjut.

Klinik Pergigian Pulau Bum Bum

Assalamualaikum dan salam sejahtera.Sukacita dimaklumkan bahawa Program Kampung Angkat akan diadakan di Kampung Look Sis...
14/11/2025

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sukacita dimaklumkan bahawa Program Kampung Angkat akan diadakan di Kampung Look Sisarah. Program ini bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan tentang kesihatan pergigian di samping memperkukuh hubungan antara komuniti setempat melalui pelbagai aktiviti yang telah disusun.

Semua penduduk kampung dijemput hadir bagi menjayakan program ini. Jom! sertai kami untuk mendapatkan penerangan, nasihat profesional dan peluang bertanya secara langsung kepada pasukan pergigian.

Butiran program adalah seperti berikut:

Tarikh: 22 November 2025 (Sabtu)
Masa: 8.30 pagi - 4.30 petang
Tempat: di rumah kediaman masing-masing (lawatan rumah ke rumah)

Terima kasih atas kerjasama dan sokongan semua.

Sekian,
Klinik Pergigian Pulau Bum Bum

๐Ÿ“ข NOTIS PENUTUPAN SEMENTARADimaklumkan bahawa Klinik Pergigian Pulau Bum Bum akan ditutup sementara mulai 3 November 202...
01/11/2025

๐Ÿ“ข NOTIS PENUTUPAN SEMENTARA

Dimaklumkan bahawa Klinik Pergigian Pulau Bum Bum akan ditutup sementara mulai 3 November 2025 bagi memberi laluan kepada kerja-kerja naik taraf fasiliti klinik.

Penutupan ini akan berkuat kuasa sehingga tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Sepanjang tempoh ini, pesakit boleh mendapatkan perkhidmatan pergigian di klinik yang berdekatan seperti Klinik Pergigian Semporna atau mana-mana klinik pergigian kerajaan dan swasta yang berhampiran.

Kami memohon maaf atas segala kesulitan dan amat menghargai kerjasama serta sokongan anda.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh terus hubungi kami melalui media sosial rasmi kami.

Terima kasih.

Klinik Pergigian Pulau Bum Bum

31/10/2025

Tolong ya mama-mama, jangan letak gula dalam susu anak! Sayangi gigi si comel anda ๐Ÿ’•๐Ÿผ

[14 Ogos 2025]Hari ini, Klinik Kesihatan & Klinik Pergigian Pulau Bum Bum menerima kunjungan YB Datuk Seri Haji Dr. Dzul...
14/08/2025

[14 Ogos 2025]

Hari ini, Klinik Kesihatan & Klinik Pergigian Pulau Bum Bum menerima kunjungan YB Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan Malaysia, sempena siri Lawatan Kerja ke Fasiliti Kesihatan Negeri Sabah (12โ€“14 Ogos 2025).

Lawatan turut diiringi oleh Pegawai Pergigian Kawasan Tawau, Dr. Lenny Lesa, yang bersama-sama meninjau perkhidmatan kesihatan dan pergigian di pulau ini.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan atas perhatian, sokongan dan komitmen YB Menteri dalam memastikan fasiliti kesihatan di Pulau Bum Bum terus diperkasa demi kesejahteraan komuniti.

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พโค๏ธ

Terima kasih YB atas lawatan dan perhatian terhadap kesihatan komuniti di Pulau Bum-Bum.
14/08/2025

Terima kasih YB atas lawatan dan perhatian terhadap kesihatan komuniti di Pulau Bum-Bum.

๐Ÿ“ธ MINGGU PROMOSI KESIHATAN PERGIGIAN (MPKP) 2025Alhamdulillah program ini telah pun berlangsung dengan jayanya. Antara a...
14/07/2025

๐Ÿ“ธ MINGGU PROMOSI KESIHATAN PERGIGIAN (MPKP) 2025

Alhamdulillah program ini telah pun berlangsung dengan jayanya. Antara aktiviti menarik yang telah dijalankan adalah:

๐ŸŽค Ceramah Pergigian
๐Ÿ“š Pameran Pergigian
๐ŸŽจ Pertandingan Mewarna
๐Ÿชฅ Saringan Kesihatan Pergigian
๐Ÿคฉ Anugerah Gigi Tercantik
๐Ÿ† Penghargaan khas kepada 3 ibu bapa terbaik yang menyertai pre-test & post-test!

Setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak SK Tongkalloh atas kerjasama dan sokongan padu sepanjang program berlangsung.
Terima kasih juga kepada semua ibu bapa yang turut serta โ€” semoga ilmu dan kesedaran pergigian terus diamalkan seisi keluarga!

Ingat, โ€œTiada Kesihatan Tanpa Kesihatan Pergigianโ€ ๐Ÿ˜๐Ÿฆทโœจ


Address

Bum Bum

Opening Hours

Monday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Friday 08:00 - 11:00

Telephone

+6089782305

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Klinik Pergigian Pulau Bum Bum posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share