Dewan Pemuda PAS Kawasan Segamat

Dewan Pemuda PAS Kawasan Segamat Page rasmi Dewan Pemuda PAS Kawasan Segamat

๐ŸŒ™ Selamat Hari Raya Aidilfitri 1447H ๐ŸŒ™Maaf Zahir & Batin.ูƒู„ ุนุงู… ูˆุฃู†ุชู… ุจุฎูŠุฑ ุชู‚ุจู„ ุงู„ู„ู‡ ู…ู†ุง ูˆู…ู†ูƒู… ุนูŠุฏ ูุทุฑ ู…ุจุงุฑูƒSyawal dirai...
21/03/2026

๐ŸŒ™ Selamat Hari Raya Aidilfitri 1447H ๐ŸŒ™

Maaf Zahir & Batin.

ูƒู„ ุนุงู… ูˆุฃู†ุชู… ุจุฎูŠุฑ ุชู‚ุจู„ ุงู„ู„ู‡ ู…ู†ุง ูˆู…ู†ูƒู… ุนูŠุฏ ูุทุฑ ู…ุจุงุฑูƒ

Syawal diraikan dengan penuh kesyukuran,
Ramadan yang berlalu menjadi madrasah membina jiwa perjuangan.

Semoga Syawal kali ini membawa kegembiraan,
mengeratkan silaturrahim dan dipenuhi rahmat Allah ๐Ÿค

InsyaAllah kita terus melangkah bersama
membina masyarakat yang sejahtera dan diberkati.

Ikhlas daripada :
Dewan Pemuda PAS Kawasan Segamat

๐‘ป๐‘จ๐‘ฏ๐‘ต๐‘ฐ๐‘จ๐‘ฏ ๐‘ฒ๐‘ฌ๐‘ท๐‘จ๐‘ซ๐‘จ ๐‘ท๐‘ฌ๐‘ต๐‘ฎ๐‘ฌ๐‘น๐‘ผ๐‘บ๐‘ฐ ๐‘ด๐‘จ๐‘ฑ๐‘ณ๐‘ฐ๐‘บ ๐‘ฎ๐‘ผ๐‘น๐‘ผ ๐‘ท๐‘จ๐‘บ๐‘ป๐‘ฐ ๐‘ด๐‘จ๐‘ณ๐‘จ๐’€๐‘บ๐‘ฐ๐‘จ ๐‘บ๐‘ฌ๐‘บ๐‘ฐ 2025/2027Setulus Penghargaan dan Ucapan Tahniah daripada Dewan ...
20/11/2025

๐‘ป๐‘จ๐‘ฏ๐‘ต๐‘ฐ๐‘จ๐‘ฏ ๐‘ฒ๐‘ฌ๐‘ท๐‘จ๐‘ซ๐‘จ ๐‘ท๐‘ฌ๐‘ต๐‘ฎ๐‘ฌ๐‘น๐‘ผ๐‘บ๐‘ฐ ๐‘ด๐‘จ๐‘ฑ๐‘ณ๐‘ฐ๐‘บ ๐‘ฎ๐‘ผ๐‘น๐‘ผ ๐‘ท๐‘จ๐‘บ๐‘ป๐‘ฐ ๐‘ด๐‘จ๐‘ณ๐‘จ๐’€๐‘บ๐‘ฐ๐‘จ ๐‘บ๐‘ฌ๐‘บ๐‘ฐ 2025/2027

Setulus Penghargaan dan Ucapan Tahniah daripada Dewan Pemuda PAS Kawasan Segamat buat Puan Maimunah Safwah Musa atas perlantikan sebagai Pengerusi Majlis Guru PASTI Malaysia bagi sesi 2025/2027.

Moga amanah besar ini dipimpin dengan kebijaksanaan, kesungguhan dan semangat kerja yang tidak pernah luntur, seterusnya mengangkat Majlis Guru PASTI Malaysia ke arah kecemerlangan.

Siiruu โ€˜ala barakatillah.

Ikhlas daripada,
Ustaz Muhammad Nurakmal
๐™†๐™š๐™ฉ๐™ช๐™– ๐˜ฟ๐™š๐™ฌ๐™–๐™ฃ ๐™‹๐™š๐™ข๐™ช๐™™๐™– ๐™‹๐˜ผ๐™Ž
๐™†๐™–๐™ฌ๐™–๐™จ๐™–๐™ฃ ๐™Ž๐™š๐™œ๐™–๐™ข๐™–๐™ฉ

16/09/2025

SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Hari Malaysia disambut pada 16 September, setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia.

Ia menandakan penggabungan bersama tanah Melayu (Malaya), Sabah, Sarawak dan Singapura bagi membentuk sebuah persekutuan baharu yang dinamakan Malaysia.

Inilah titik tolak sejarah bagaimana rakyat dari pelbagai latar menyatukan tekad demi sebuah tanah air yang berdaulat.

Atas usaha nenek moyang kita terdahulu, anak muda khususnya perlu memastikan kesejahteraan rakyat terjamin bukan hanya pada pembangunan fizikal, tetapi juga:
1. Kehidupan yang bebas daripada penindasan ekonomi,
2. Keselamatan sosial yang adil buat semua,
3. Keharmonian berasaskan prinsip Islam yang memelihara semua kaum dan agama.

Pemuda PAS percaya, sejarah perjuangan kemerdekaan ini mesti terus menjadi pedoman kepada untuk kita terus membina Malaysia yang merdeka, sejahtera dan diberkati Allah.

16/09/2025

KENYATAAN MEDIA DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA

16 SEPTEMBER 2025 | 23 RABIUL AWAL 1447 H

SABAH DILANDA BANJIR: PEMUDA PAS SERU SOLIDARITI NASIONAL

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menzahirkan rasa dukacita dan simpati yang mendalam atas tragedi banjir teruk yang melanda negeri Sabah.

Bencana akibat hujan berterusan ini telah menjejaskan sekurang-kurangnya tujuh daerah di Sabah, meragut sekurang-kurangnya tujuh nyawa serta mengakibatkan ada mangsa yang masih tertimbus.

Dilaporkan bahawa pagi tadi berlaku kejadian tanah runtuh di Kampung Mook, Papar, yang menghempap tiga buah rumah. Pasukan penyelamat telah menemui dua mangsa tertimbus dalam insiden tersebut dan kedua-duanya disahkan meninggal dunia. Operasi mencari dan menyelamat (SAR) sedang diteruskan bagi memastikan tiada mangsa lain yang terperangkap.

Sehubungan itu, kami mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk:

1. Mendoakan keselamatan dan kesejahteraan semua mangsa banjir dan tanah runtuh, serta memohon agar usaha SAR dipermudahkan.

2. Menghulurkan bantuan segera, sama ada dalam bentuk kewangan, makanan, pakaian, mahupun tenaga sukarelawan demi meringankan beban saudara-saudara kita di Sabah.

3. Mengutamakan keselamatan diri dan keluarga, mematuhi arahan pihak berkuasa, dan sentiasa berwaspada dengan ramalan cuaca serta amaran banjir.

Pemuda PAS Malaysia turut akan menggerakkan pasukan bantuan dan sukarelawan melalui Jabatan Amal Malaysia secepat mungkin.

Kami berdoa semoga Allah SWT memberi kekuatan kepada keluarga mangsa yang kehilangan insan tersayang dan melindungi seluruh penduduk yang terkesan.

Ustaz Muhammad Hanif bin Jamaluddin
Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia

14/09/2025
14/09/2025

| 1% dari muktamar.

Cuplikan tentang muktamar pemuda PAS 2025.

1. Muktamar bagi ahli PAS ialah seperti hari raya. Satu sambutan besar. Dekat jauh datang berkumpul penuh keterujaan. Suasana penuh ceria. Baju batik, Melayu & korporat pelbagai warna.

2. Muktamar medan bertemu mata sahabat seperjuangan seluruh negara. Bersalam berpeluk berbual walau sekejap adalah antara kepuasan muktamar.

3. Apa yang dipetik oleh portal berita tidak sampai 1% dari apa yang dibincang dalam muktamar. Itulah realiti berita. Apa yang viral kadang hanya satu ungkapan ayat, yang cuma satu gurauan, bukan intipati.

4. Muktamar kali ini lain macam suhunya. Ramai pembahas muda mengambil bahagian. Tak kurang yang makan lada sebelum bangun berbahas. Energetik & bekeng. Anak muda gen Z dan digital native tak takut nak bantai sesiapa. Cerminan watak generasi kini.

5. Jawapan dari kepimpinan juga rata-rata amat memuaskan. Ketua Pemuda juga memohon maaf rentetan teguran yang dituju kepadanya - lalu dapat tepukan dari perwakilan. Ini contoh jiwa kepimpinan. Jiwa besar. Salute semuanya.

6. Gimik RXZ ramai yang panas. Keseluruhan gimik menggabungkan idea teknologi (video janaan AI & guna chatGPT) dan sketsa dialog jalanan pekat Kedah (sepatut kena letak subtitle ๐Ÿ˜…), simbol kesediaan pemuda memimpin segenap lapis anak muda. Teruskan 'panas' kalian dengan komen gimik, biar pemuda PAS buat kerja.

7. Tema 'Terus Memimpin' tepat pada masanya, susulan tema 'Kita Memimpin' pada sesi lepas. Pemuda selalu memilih tema yang kena dengan situasi. Bijak.

8. Amanat 5 Terus & 10 Arahan mesti ditekuni sebagai buah kilas pulang ke kawasan. Mesyuaratkan dan wacanakan; dalam usrah, di kedai kopi, di tepi pantai. Susuli dengan tindakan.

9. Dalam salutasi, ramai pemuda bergelar YB. Satu pencapaian masa kini. Tapi. Dalam Ucaptama Ketua Pemuda dikongsikan 5 tokoh pemuda lalu yang telah meninggalkan kita. Dr. Burhanuddin Al-Helmy, Prof Zulkifli Muhammad, Ustaz Abu Bakar Hamzah, Abdul Samad Gul dan Ustaz Abu Bakar Chik. Satu gesture yang thoughtful, bahawa pemuda tidak boleh lupa akan sejarah, susah payah silam yang membawa kita kepada hari ini. Standing on the shoulders of giants.

10. Salutasi oleh pengarah muktamar amat panjang. Meraikan tetamu jemputan. Pada sesetengah orang mungkin bosan, sorang-sorang kena sebut. Tapi itu juga tanda PAS ramai kawan. Semua dijemput ke majlis raya. Kudos kepada panitia.

11. Banyak pesanan dan seruan buat pemuda. Soal memasakkan aqidah, menjaga peribadi, menjaga rohani, jaga tarbiah, jaga ukhuwwah, jaga akhlak, cakna kebajikan sebagai seorang muslim. Pemuda cakna isu inti ketamadunan & kemanusiaan, lebih dari soal isu politik & kepartian.

12. Dalam montaj ditayang aktiviti Pemuda PAS, berlangsung saban hari seluruh negara. Di luar dewan ada pelbagai pameran agensi PAS termasuk sayap misi kemanusiaan luar negara. Struktur dan aktiviti PAS mengakar dalam dan mendunia jauh.

13. Sesekali saya cuba berkhayal sebagai orang luar. Melihat semua dengan kacamata bukan ahli PAS. PAS bukan sekadar soal politik. PAS hidup di segenap ruang nafas rakyat Malaysia.

14. Terlalu banyak untuk dibawa pulang. Intelek, emosi, sosial, rohani, bahkan jasmani semua terisi. Setiap jiwa membawa pulang pelbagai rasa. Yang boleh diungkap tidak sampai 1% darinya.

15. Muktamar berakhir dengan bekal adrenalin. Semangat baru buat pemuda PAS seluruh Malaysia. Pulang dengan tekad. Buat ummah & negara.

Terus Memimpin.

Kredit: Ahmad Fakhrurrazi Yahaya

11/09/2025

๐Œ๐”๐Š๐“๐€๐Œ๐€๐‘ ๐ƒ๐„๐–๐€๐ ๐๐„๐Œ๐”๐ƒ๐€ ๐๐€๐’ ๐Œ๐€๐‹๐€๐˜๐’๐ˆ๐€ ๐Š๐€๐‹๐ˆ ๐Š๐„-๐Ÿ”๐Ÿ”

Dewan Pemuda PAS Negeri Johor dengan penuh semangat perjuangan mengucapkan Selamat Bermuktamar kepada seluruh perwakilan dan pemerhati Muktamar Dewan Pemuda PAS Malaysia kali ke-66.

Muktamar yang akan berlangsung pada 11-12 September 2025 ini merupakan medan muhasabah, memperkukuh ukhuwah, memperteguh saf perjuangan serta menyusun langkah strategik dalam membawa agenda Islam, memimpin ummah dan membina negara sejahtera.

Semoga seluruh perwakilan diberi kekuatan oleh Allah SWT untuk bermusyawarah dengan penuh hikmah, ikhlas dan bijaksana demi memastikan Pemuda PAS terus menjadi benteng pertahanan Islam serta peneraju kebangkitan generasi rabbani.

"Ribat! Pemuda Memimpin Masa Hadapan"

Ikhlas daripada,
Dewan Pemuda PAS Negeri Johor

09/09/2025
08/09/2025

TEPU? PAS TUMBUH, BUKAN LAYU!

Perbahasan mengenai kepimpinan PAS yang kononnya โ€œtidak berubahโ€ sering dibaca secara sempit, seolah-olah ketiadaan pertandingan dalam hierarki tertinggi adalah tanda ketandusan idea. Hakikatnya, pandangan sebegini gagal meneliti sifat unik PAS sebagai gerakan Islam yang menjadikan kestabilan kepimpinan sebagai pemangkin, bukan penghalang, kepada peremajaan politik.

Saya ingin mengemukakan tiga hujah penting mengapa PAS bukan parti yang tepu, bahkan sedang berada pada landasan untuk terus menawarkan solusi segar kepada rakyat Malaysia menjelang PRU16:

1. Kestabilan Kepimpinan Membuka Ruang Tajdid, Bukan Membunuhnya

PAS memilih untuk mengekalkan pucuk pimpinan tertinggi bukan kerana ketiadaan calon berwibawa, tetapi kerana kestabilan adalah aset politik. Dalam dunia politik moden yang sarat dengan polemik dalaman dan pertukaran pemimpin secara kerap, kestabilan menjadi nilai tambah yang jarang dimiliki.

Namun, kestabilan tidak bermakna jumud. Peremajaan berlaku di peringkat lain melalui barisan kepimpinan muda di Dewan Pemuda, Muslimat, serta Dewan Himpunan Penyokong PAS. Ruang ini menjadi makmal idea baharu yang sentiasa dibawa naik ke meja kepimpinan tertinggi. Maka, apa yang dikatakan โ€œstatus quoโ€ sebenarnya adalah landasan mantap untuk inovasi politik berakar umbi.

2. Gandingan Ulama, Profesional dan Aktivis: Satu Formula Unik

Tidak seperti parti lain yang sering berantakan antara kem profesional dan kem tradisional, PAS sudah lama menzahirkan formula integrasi ini. Ulama memberi panduan nilai dan prinsip, profesional membawa keupayaan teknokratik, manakala aktivis lapangan menyalurkan denyut nadi rakyat.

Contoh paling jelas ialah Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, seorang teknokrat berwibawa yang kini menjadi Menteri Besar Terengganu, dan duduk di dalam barisan Naib Presiden PAS. Kehadiran beliau menunjukkan bahawa PAS sentiasa terbuka kepada tokoh profesional, selagi mereka berakar pada prinsip perjuangan Islam dan kesetiaan jamaah. Inilah keseimbangan yang membolehkan PAS kekal relevan dalam pentas politik semasa.

3. Syura: Mekanisme Demokrasi yang Melampaui Politik Populis

Berbeza dengan parti lain yang kadang kala terperangkap dalam budaya โ€œcabar-mencabarโ€ jawatan untuk memenuhi nafsu kuasa, PAS berpegang pada konsep syura. Setiap keputusan mengenai kepimpinan dan strategi dibahaskan di pelbagai peringkat, daripada cawangan hingga ke pusat.

Konsep syura ini mungkin kelihatan โ€œtidak popularโ€ dalam kerangka demokrasi liberal, tetapi inilah jaminan bahawa kepimpinan PAS lahir daripada musyawarah mendalam, bukan sekadar populariti atau percaturan politik jangka pendek. Ia mengekalkan disiplin, menyatukan ahli, dan pada masa sama memastikan keputusan yang dibuat benar-benar berpijak kepada maslahat jamaah serta rakyat.

Kesimpulan: PAS Sebagai Tawaran Alternatif Politik Malaysia

Golongan atas pagar, khususnya anak muda dan profesional, perlu menilai PAS bukan sekadar melalui persepsi โ€œlamaโ€ atau โ€œbaruโ€ pada wajah kepimpinan. Hakikatnya, PAS menawarkan sesuatu yang lebih sukar dicari dalam politik hari ini: kestabilan, disiplin, integrasi antara ulama dan profesional, serta mekanisme syura yang mengimbangi prinsip dan strategi.

Jika politik moden Malaysia sering ditandai oleh perebutan kuasa, perpecahan dalaman, dan hilangnya arah, maka PAS tampil dengan wajah berbeza, konsistensi sebagai sumber daya segar, bukan ketepuan. Inilah yang menjadikan PAS terus relevan dan diyakini, bukan sahaja oleh ahli setia, tetapi juga oleh rakyat yang mencari alternatif politik matang, stabil, dan berprinsip.

YB Dr Tengku Muhammad Fakhruddin
(ADUN Sura)



Dr Tengku M Fakhruddin
Pengarah Jabatan Penerangan Polisi & Dasar
Sektor Komunikasi Strategik
Dewan Pemuda PAS Malaysia

SELURUH KERAJAAN YAMAN DIBUNUH!MEREKA DIBUNUH KETIKA SEDANG MENGADAKAN MESYUARAT KABINET.Houthi memaklumkan bahawa Perda...
07/09/2025

SELURUH KERAJAAN YAMAN DIBUNUH!

MEREKA DIBUNUH KETIKA SEDANG MENGADAKAN MESYUARAT KABINET.

Houthi memaklumkan bahawa Perdana Menteri Yaman telah syahid bersama2 dengan hampir seluruh barisan kabinetnya.

Issewell mengebom mereka ketika mesyuarat sedang dijalankan.

Antara yang syahid adalah seperti berikut.

๐Ÿ“Œ Perdana Menteri - Ahmed Ghaleb al-Rahwi
๐Ÿ“Œ Menteri Sosial
๐Ÿ“Œ Menteri Pertanian
๐Ÿ“Œ Menteri Ekonomi
๐Ÿ“Œ Menteri Keadilan
๐Ÿ“Œ Menteri Informasi
๐Ÿ“Œ Menteri Pendidikan
๐Ÿ“Œ Menteri Luar
๐Ÿ“Œ Menteri Dalam Negeri
๐Ÿ“Œ Ketua Angkatan Perang Yaman

Innalillahiwainnailaihirajiun..

Kredit: PU Amin

Address

Buloh Kasap

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Dewan Pemuda PAS Kawasan Segamat posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Dewan Pemuda PAS Kawasan Segamat:

Share