28/12/2025
Untuk makluman umum, pejabat Pesuruhjaya Sumpah Segamat - Taman Yayasan telah berhenti beroperasi sementara kerana persaraan Pesuruhjaya Sumpah semenjak hujung November 2025.
Pelantikan Pesuruhjaya Sumpah baharu bagi seluruh Malaysia sedang dalam proses. Adalah dijangkakan bahawa pelantikan Pesuruhjaya Sumpah baharu, jika diluluskan, akan beroperasi dipremis ini menjelang bulan April - Mei 2026.
Terima kasih kerana menggunakan khidmat Pesuruhjaya Sumpah Segamat - Taman Yayasan selama ini. Harap teruskan sokongan anda kepada Pesuruhjaya Sumpah baharu yang bakal dilantik tidak lama lagi.