Fisioterapi Kesihatan Awam Melaka

Fisioterapi Kesihatan Awam Melaka Skop perkhidmatan Fisioterapi di Kesihatan Awam merangkumi aktiviti promosi, prevensi, rehabilitasi, dan kuratif.

🏆 TAHNIAH DAN SYABAS! 🏆Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Pn. Zubaidah binti Ahmad dari Unit Fisioterapi, PKD Mela...
11/09/2026

🏆 TAHNIAH DAN SYABAS! 🏆

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Pn. Zubaidah binti Ahmad dari Unit Fisioterapi, PKD Melaka Tengah atas penerimaan Anugerah Khas Juri sempena 8th MOH Physiotherapy Conference 2026, yang berlangsung pada 7–10 September 2026 di Resort World Langkawi.

Pengiktirafan ini diterima menerusi pembentangan Free Paper 21 bertajuk:

📌 “Evaluating High-Intensity Laser Therapy for Simultaneous Wound Healing and Neurological Deficits for Diabetic Peripheral Neuropathy: A Preliminary Case Series”

Kajian ini mengetengahkan penggunaan High-Intensity Laser Therapy (HILT) sebagai salah satu pendekatan perawatan baharu dalam perkhidmatan fisioterapi kesihatan primer, khususnya dalam membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka serta menangani masalah neurologi berkaitan Diabetic Peripheral Neuropathy.

Pencapaian ini merupakan satu pengiktirafan yang amat membanggakan kepada Unit Fisioterapi PKD Melaka Tengah, di samping mencerminkan komitmen warga fisioterapi dalam meneroka inovasi, penyelidikan dan amalan berasaskan bukti bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan kepada masyarakat.

Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga fisioterapi untuk terus meneroka ilmu, berinovasi dan menghasilkan pendekatan perawatan yang memberi impak positif kepada pesakit.

🌟 Tahniah Pn. Zubaidah!
Terus melangkah, terus berinovasi, terus memberi impak!

Unit Fisioterapi
Pejabat Kesihatan Daerah Melaka Tengah
Kementerian Kesihatan Malaysia















🌿🇲🇾 FISIOTERAPI KESIHATAN PRIMER MELAKA MERIAHKAN HARI LANDSKAP NEGARA 2026MELAKA, 8–9 Ogos 2026 | Fisioterapi Kesihatan...
09/08/2026

🌿🇲🇾 FISIOTERAPI KESIHATAN PRIMER MELAKA MERIAHKAN HARI LANDSKAP NEGARA 2026

MELAKA, 8–9 Ogos 2026 | Fisioterapi Kesihatan Primer Melaka turut menyumbang dalam menjayakan Hari Landskap Negara 2026 yang berlangsung pada 6 hingga 9 Ogos 2026 dan telah dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia (PMX).

Bersempena program tersebut, pasukan Fisioterapi Kesihatan Primer Melaka menyediakan perkhidmatan Saringan Risiko Sarkopenia dan Komposisi Badan kepada pengunjung pada 8 dan 9 Ogos 2026.

💪 Kenapa saringan ini penting?

Sarkopenia merupakan keadaan berkaitan kehilangan kekuatan dan j***m otot yang boleh menjejaskan fungsi fizikal, mobiliti, keseimbangan serta keupayaan seseorang untuk menjalani kehidupan secara berdikari.

Melalui saringan awal, individu berisiko dapat dikenal pasti dan seterusnya diberikan nasihat serta intervensi yang bersesuaian, khususnya berkaitan aktiviti fizikal, latihan kekuatan dan pengurusan gaya hidup.

🏃‍♀️ Pendekatan ini selari dengan peranan fisioterapi di peringkat kesihatan primer yang bukan sahaja memberi fokus kepada rawatan, tetapi turut menekankan promosi kesihatan, pencegahan penyakit, pengesanan awal dan pemeliharaan fungsi fizikal masyarakat.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada seluruh pasukan Fisioterapi Kesihatan Primer Melaka atas komitmen dalam membawa perkhidmatan fisioterapi lebih dekat kepada komuniti serta memperkukuh agenda Kesihatan Primer dan Penuaan Sihat.

Fisioterapi Untuk Semua — Bergerak, Aktif dan Kekal Berdikari. 💪🌿













07/05/2026
[SELAMAT HARI BURUH 2026] 🛠️💪Kepada semua warga pekerja di Malaysia, khususnya di Melaka, terima kasih atas segala kerin...
01/05/2026

[SELAMAT HARI BURUH 2026] 🛠️💪

Kepada semua warga pekerja di Malaysia, khususnya di Melaka, terima kasih atas segala keringat dan usaha anda dalam membina negara! 🇲🇾

Kami di Team Fisioterapi Kesihatan Primer Melaka sentiasa komited untuk membantu anda kekal cergas dan bebas kesakitan supaya anda dapat terus berbakti dengan produktif.

Ingat, kesihatan fizikal adalah aset terpenting seorang pekerja. Jangan biarkan sakit belakang atau sendi menghalang prestasi anda! 🏃‍♂️✨

Bersama Menjaga Kesihatan dan Kesejahteraan Anda.

30/01/2026

📢 Orang Melaka, Cer Tengok J*p! Badan Rasa Tak Sedap Macam Dulu Ke?

Khusus buat pakcik makcik yang dah umur 60 ke atas. Cuba check j*p, ada tak rasa macam ni:

- Jalan dah makin lambat (selalu kena tinggal kat belakang kalau jalan kat Jonker Walk).
- Lengan makin kecik, isi makin lembek.
- Nak bangun dari kerusi punya lah payah, kena berpaut sana sini.
- Selalu sangat jatuh (bukan sebab tersadung, tapi rasa lutut tu lembek nau).

Kalau ada tanda-tanda ni, jangan buat tak tahu je. Takut-takut itu tanda Sarcopenia (masalah otot merosot sebab usia).

Jangan risau, tak payah pening kepala. Kementerian Kesihatan Malaysia dah sediakan Saringan Risiko Sarcopenia ni. Senang je, bukan kena cucuk pun!

Jom ramai-ramai kita pergi Klinik Kesihatan yang paling dekat dengan rumah. Bagitahu je doktor nak buat saringan otot/sarcopenia.

Kesihatan kita, kita yang jaga. Biar umur meningkat, tapi badan tetap 'fit' nak pergi kenduri-kendara!

30/01/2026

📢 Orang Melaka, Cer Tengok J*p! Badan Rasa Tak Sedap Macam Dulu Ke?

Khusus buat pakcik makcik yang dah umur 60 ke atas. Cuba check j*p, ada tak rasa macam ni:

- Jalan dah makin lambat (selalu kena tinggal kat belakang kalau jalan kat Jonker Walk).
- Lengan makin kecik, isi makin lembek.
- Nak bangun dari kerusi punya lah payah, kena berpaut sana sini.
- Selalu sangat jatuh (bukan sebab tersadung, tapi rasa lutut tu lembek nau).

Kalau ada tanda-tanda ni, jangan buat tak tahu je. Takut-takut itu tanda Sarcopenia (masalah otot merosot sebab usia).

Jangan risau, tak payah pening kepala. Kementerian Kesihatan Malaysia dah sediakan Saringan Risiko Sarcopenia ni. Senang je, bukan kena cucuk pun!

Jom ramai-ramai kita pergi Klinik Kesihatan yang paling dekat dengan rumah. Bagitahu je doktor nak buat saringan otot/sarcopenia.

Kesihatan kita, kita yang jaga. Biar umur meningkat, tapi badan tetap 'fit' nak pergi kenduri-kendara!

🚩Fisioterapi ke arah digitalisasi.🔝 Teknologi kini menjadi rakan utama dalam meningkatkan keberkesanan rawatan pesakit. ...
25/11/2025

🚩Fisioterapi ke arah digitalisasi.

🔝 Teknologi kini menjadi rakan utama dalam meningkatkan keberkesanan rawatan pesakit. Doctor Kinetic ialah alat rehabilitasi berasaskan Virtual Reality (VR) yang menjadikan terapi lebih:
👉🏻 menyeronokkan,
👉🏻 tepat dan efektif.

Ia menyediakan pelbagai latihan untuk upper limb, lower limb, keseimbangan, koordinasi dan kefungsian harian.

✳️ Sistem ini memberi maklum balas masa nyata, menilai fungsi seperti keseimbangan badan & julat pergerakan sendi, serta menghasilkan laporan objektif setiap sesi.
✳️ Sensor automatiknya membolehkan pesakit mula berlatih dalam beberapa saat sahaja—mudah, cepat dan profesional.

Pemulihan anggota kini bukan sekadar terapi; ia adalah pengalaman interaktif yang meningkatkan motivasi dan mempercepatkan pemulihan. Dengan Doctor Kinetic, fisioterapi memasuki era baharu—lebih pintar, lebih menyeronokkan dan lebih berkesan.


Address

Smk Bukit Rambai
Bukit Rambai
75250

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Fisioterapi Kesihatan Awam Melaka posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share