14/05/2026
Ramai perempuan cakap mereka mahukan lelaki yang โproviderโ.
Lelaki yang boleh jaga, lindung, beri rasa selamat, ada arah hidup, ada kepimpinan. Itu bukan salah. Memang ramai mahu rasa dipimpin ke tempat yang lebih tenang.
Tapi ada satu soalan yang jarang orang berani tanya pada diri sendiri.
Kalau benar mahukan lelaki seperti itu, adakah kita juga sudah bersedia untuk jadi pasangan yang sesuai untuk dia?
Sebab lelaki yang memikul tanggungjawab besar selalunya bukan cuma beri duit. Dia juga datang dengan prinsip, cara berfikir, standard hidup dan harapan terhadap hubungan.
Masalahnya, ramai s**a idea โlelaki providerโ, tetapi tidak selesa dengan realiti bila lelaki itu mula memimpin. Bila dia buat keputusan, dia dipanggil mengongkong. Bila dia ada hala tuju, dia dianggap terlalu mahu mengawal.
Hakikatnya, hubungan yang sihat bukan sekadar โawak jaga sayaโ. Ia juga tentang hormat, percaya dan saling menyokong. Lelaki yang memikul banyak beban di luar, biasanya tidak p**ang untuk cari drama baru di rumah. Dia p**ang untuk cari tenang. Dia mahu rasa dihargai, bukan sentiasa diuji.
Begitu juga perempuan. Perempuan bukan dicipta untuk hanya menerima. Dalam hubungan, nilai seorang wanita bukan sekadar rupa. Tetapi pada cara dia membawa damai, cara dia memberi keyakinan, cara dia tetap ada walaupun tidak semua perkara ikut kehendaknya.
Kadang-kadang kita kata kita mahu pasangan berkualiti, tetapi dalam masa yang sama kita belum jadi pasangan yang berkualiti untuk orang lain. Kita mahu rasa disayangi, tetapi kita belum belajar untuk mempercayai. Kita mahu lelaki yang matang, tetapi kita sendiri masih s**a bermain emosi dan menguji tanpa henti.
Jadi sebelum bertanya, โMana lelaki provider?โ
Mungkin lebih jujur kalau kita tanya diri sendiri dahulu, โKalau dia datang, adakah aku cukup matang untuk menghargai kehadirannya?โ
Sebab pasangan yang baik tidak selalu datang kepada orang yang paling banyak menuntut. Selalunya, dia datang kepada orang yang tahu menghargai.