PAS TAMAN PAGOH JAYA

PAS TAMAN PAGOH JAYA Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from PAS TAMAN PAGOH JAYA, Political Party, Bukit Pasir.

Halaman Rasmi Parti Islam SeMalaysia Cawangan Pagoh Jaya....Segala pergerakan dan program cawangan akan diterbitkan untuk makluman semua masyarakat untuk mengetahui perjalanan PAS cawangan ini

06/04/2026

JEMPUT HADIR MEMERIAHKAN MAJLIS SEMUA ๐Ÿ’šโ™ฅ๏ธ
12 APRIL 2026 | AHAD | BUKIT PASIR (SEBELAH SHELL)
11PAGI - 3PETANG
โœจ๏ธKAMBING GOLEK
โœจ๏ธSATE
โœจ๏ธNASI BERIANI POWER
โœจ๏ธPELBAGAI LAGI JUADAH DAN MENU MENARIK
/1447H

15/01/2024

Assalamualaikum wbt...Alhamdulillah telah selesai agihan sumbangan pas kawasan Pagoh , Pasti dan Pagoh Prihatin Menyantu...
08/03/2023

Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah telah selesai agihan sumbangan pas kawasan Pagoh , Pasti dan Pagoh Prihatin
Menyantuni asnaf sekitar Taman Pagoh Jaya
bersama wakil PAS Cawangan Taman Pagoh Jaya

Nabi Muhammad bersabda:

ยซ ุงู„ู’ู…ูุณู’ู„ูู…ู ุฃูŽุฎููˆ ุงู„ู’ู…ูุณู’ู„ูู…ู ุŒ ู„ุงูŽ ูŠูŽุธู’ู„ูู…ูู‡ู ูˆูŽู„ุงูŽ ูŠูุณู’ู„ูู…ูู‡ู ุŒ ูˆูŽู…ูŽู†ู’ ูƒูŽุงู†ูŽ ููู‰ ุญูŽุงุฌูŽุฉู ุฃูŽุฎููŠู‡ู ูƒูŽุงู†ูŽ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ููู‰ ุญูŽุงุฌูŽุชูู‡ู ุŒ ูˆูŽู…ูŽู†ู’ ููŽุฑู‘ูŽุฌูŽ ุนูŽู†ู’ ู…ูุณู’ู„ูู…ู ูƒูุฑู’ุจูŽุฉู‹ ููŽุฑู‘ูŽุฌูŽ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุนูŽู†ู’ู‡ู ูƒูุฑู’ุจูŽุฉู‹ ู…ูู†ู’ ูƒูุฑูุจูŽุงุชู ูŠูŽูˆู’ู…ู ุงู„ู’ู‚ููŠูŽุงู…ูŽุฉู ุŒ ูˆูŽู…ูŽู†ู’ ุณูŽุชูŽุฑูŽ ู…ูุณู’ู„ูู…ู‹ุง ุณูŽุชูŽุฑูŽู‡ู ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ูŠูŽูˆู’ู…ูŽ ุงู„ู’ู‚ููŠูŽุงู…ูŽุฉู ยป

โ€œSeorang muslim adalah saudara bagi muslim lainnya. Ia tidak boleh mendzaliminya dan tidak boleh membiarkannya diganggu orang lain. Barangsiapa membantu keperluan saudaranya maka Allah akan senantiasa menolongnya. Barangsiapa meringankan kesulitan seorang muslim maka Allah akan melapangkan baginya dari salah satu kesempitan di Hari Kiamat. Dan barangsiapa menutup aib seorang muslim maka Allah akan menutup aibnya pada Hari Kiamat.โ€ HR. Bukhari.


KERAJAAN MORAT-MARIT ANWAR DAN ZAHIDMenurut Anwar Ibrahim, konsep Madani adalah untuk memetakan strategi bagi mentadbir ...
03/02/2023

KERAJAAN MORAT-MARIT ANWAR DAN ZAHID

Menurut Anwar Ibrahim, konsep Madani adalah untuk memetakan strategi bagi mentadbir negara dengan berkesan dengan maksud sebuah negara yang mampan, sejahtera, berdaya cipta, saling menghormati, punyai keyakinan dan bersifat ihsan.

Namun, apa yang dizahirkan oleh Anwar dan Zahid dalam langkah pentadbirannya adalah terlalu berbeza ibarat langit dan bumi ketaranya.

Hampir setiap kali apabila Anwar membuka mulut menyampaikan isu-isu dasar atau polisi penting negara dalam sidang media pasti akan ada isu kotroversi yang tular dalam kalangan rakyat di media sosial.

Penolakan oleh rakyat adalah sangat jelas, tidak terbendung dan amat signifikan.

Konsep Kerajaan Madani yang terlalu agung dan ketempangan serta kecacatan pentadbiran Anwar dan Zahid yang terlalu ketara membuatkan dasar madani itu hanyut dalam arus porak peranda politik yang dicetuskan oleh Anwar dan Zahid.

Kerajaan porak-peranda, tidak ada daya fokus dan rapuh hala tuju seperti ini adalah amat berisiko bagi negara kita untuk berhadapan dengan tahun 2023 yang amat genting, menekan dan terhimpit dengan tekanan ekonomi yang tidak terkawal sama ada di peringkat nasional atau internasional ini.

Para Perdana Menteri sebelum ini juga pernah memperkenalkan konsep pentadbiran masing-masing. Sebagai contoh, Datuk Seri Ismail Yaakob mempromosi Keluarga Malaysia; Tan Sri Muhyiddin Yassin, Kerajaan Prihatin; Datuk Seri Najib Tun Razak, 1 Malaysia dan Tun Abdullah Ahmad Badawi, Islam Hadhari.

Namun, belum ada dasar negara yang dikritik terlalu hebat seperti ini. Berbeza dengan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 yang juga pernah dilancarkan sebelum ini. Ianya tulen, inklusif, diwacanakan dalam kalangan pentadbir dan rakyat dengan tenang dan tekun.

Anwar dan Zahid secara umumnya telah gagal mewarisi pentadbiran negara ini. Zaman mereka dalam politik tanah air telah tamat.

Sudah tiba masanya mereka melepaskan beban dan amanah yang tidak tertanggung ini kepada mereka yang lebih berpangalaman, profesional, bersih dan stabil untuk mengurus politik serta pentadbiran negara ini.

Sekian

USTAZAH NURIDAH MOHD SALLEH
Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia

15 peguam kendali kes petisyen pilihan raya PAS dan PNPasukan peguam PAS dan PN terdiri daripada Datuk Seri Takiyuddin H...
29/01/2023

15 peguam kendali kes petisyen pilihan raya PAS dan PN

Pasukan peguam PAS dan PN terdiri daripada Datuk Seri Takiyuddin Hassan, Wan Rohimi Wan Daud, Nik Bahrum Nik Abdullah, Saifuddin Othman, Yusfarizal Yussoff, Mohd Faizi Che Abu.

Mereka turut dibantu peguam Ahmad Lutfi Awang, Saifuddin Othman, Ahmad Nazrin Abu Bakar, Mohd Tajudin Abd Razak, Aznam Mohamed, Datuk Fariz Irwan Mustaffa, Abdul Aziz Hassan.

Selain itu, Mohd Allauddin Mat Nor, Mohd Zabidi Yusof, Azrulrizal Ibrahim, Mohd Nasir Embong dan Yahaya Othman. โ€“ HARAKAHDAILY 29/1/23

https://harakahdaily.net/index.php/2023/01/29/15-peguam-kendali-kes-petisyen-pilihan-raya-pas-dan-pn/

Kita penyambung perjuangan. Insyaallah.Semoga Allah panjangkan usia buat TGHHA dan kurniakan kesihatan kepadanya. Insyaa...
28/01/2023

Kita penyambung perjuangan. Insyaallah.

Semoga Allah panjangkan usia buat TGHHA dan kurniakan kesihatan kepadanya. Insyaallah.

Melihat kepada keperluan inilah. Saya berfikir meninggalkan warisan ilmu sekadar kemampuan saya. Dalam usia saya yang sudah akhir. Jadi, ๐™จ๐™š๐™—๐™š๐™ก๐™ช๐™ข ๐™จ๐™–๐™ฎ๐™– ๐™ข๐™š๐™ฃ๐™ž๐™ฃ๐™œ๐™œ๐™–๐™ก ๐™™๐™ช๐™ฃ๐™ž๐™–. Biar saya ada tinggal benda-benda bermanfaat kepada masyarakat.

Saya harap Tuhan menerima apa yang saya buat ini untuk kebaikan kita semua dunia dan akhirat. Nabi Muhammad SAW suruh kita usaha supaya ๐™—๐™š๐™ง๐™–๐™ข๐™–๐™ž-๐™ง๐™–๐™ข๐™–๐™ž ๐™ช๐™ข๐™–๐™ฉ ๐™„๐™จ๐™ก๐™–๐™ข ๐™ข๐™–๐™จ๐™ช๐™  ๐™Ž๐™ฎ๐™ช๐™ง๐™œ๐™– bukannya ramai yang masuk neraka.

Perjalanan ini sangat mencabar, sangat teruji. Walaupun kita mempunyai kelemahan-kelemahan yang banyak. Memanglah tak ada yang sempurna. ๐™”๐™–๐™ฃ๐™œ ๐™ฅ๐™–๐™ก๐™ž๐™ฃ๐™œ ๐™จ๐™š๐™ข๐™ฅ๐™ช๐™ง๐™ฃ๐™– ๐˜ผ๐™ก๐™ก๐™–๐™ ๐™ฉ๐™–๐™–๐™ก๐™–, yang sempurna Al-Quran, itu yang sempurna. Yang lain tidak sempurna, ada kekurangan.

Apa yang saya buat ini adalah ๐™จ๐™ช๐™ข๐™—๐™–๐™ฃ๐™œ๐™–๐™ฃ ๐™จ๐™š๐™™๐™ž๐™ ๐™ž๐™ฉ ๐™ฎ๐™–๐™ฃ๐™œ ๐™—๐™ค๐™ก๐™š๐™ ๐™™๐™ž๐™จ๐™–๐™ข๐™—๐™ช๐™ฃ๐™œ, ๐™™๐™ž๐™จ๐™š๐™ข๐™ฅ๐™ช๐™ง๐™ฃ๐™–, ๐™™๐™ž๐™ฉ๐™–๐™ข๐™—๐™–๐™ ๐™ค๐™ก๐™š๐™ ๐™ค๐™ง๐™–๐™ฃ๐™œ ๐™ก๐™–๐™ž๐™ฃ.

Apa yang penting sumbangan itu hidup dan tidak mati sebagaimana ulama-ulama pada zaman dahulu dimana ilmu dia hidup. ๐™๐™ก๐™–๐™ข๐™– ๐™ฎ๐™–๐™ฃ๐™œ ๐™๐™ž๐™™๐™ช๐™ฅ ๐™ž๐™–๐™ก๐™–๐™ ๐™ช๐™ก๐™–๐™ข๐™– ๐™ฎ๐™–๐™ฃ๐™œ ๐™—๐™š๐™ง๐™Ÿ๐™ช๐™–๐™ฃ๐™œ. Yang menegakkan Islam, ini ulama yang hidup.

Tan Sri Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang,
Majlis Pelancaran Buku Hidayah Itu Disini,
Karnival Ilmu Rusila, Masjid Rusila Marang Terengganu.

28/01/2023

Tinggalkan UMNO, Ayuh Bersama Gelombang Hijau

Buat saudara-saudaraku ahli-ahli UMNO, ketahuilah bahawa pintu untuk bersama perjuangan memartabatkan agama, bangsa dan negara melalui wasilah PAS sentiasa terbuka buat kalian. Bahkan orang melayu dalam PRU ke 15 juga telah memulakan gelombang penyatuan ummah yang dikenali gelombang hijau.

Buat saudara-saudaraku ahli-ahli UMNO, ketahuilah PAS ditubuhkan lama dahulu untuk memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah sepertimana yang termaktub dalam fasal 5 perlembagaan PAS. Dasar yang saya yakin sangat dekat dengan jiwa perjuangan kalian.

>
>> http://bitly.ws/zt7A

Kita perlu ucapkan syukur kerana Allah telah memilih kita untuk berada dalam perjuangan Islam di mana kita menjadi mata ...
28/01/2023

Kita perlu ucapkan syukur kerana Allah telah memilih kita untuk berada dalam perjuangan Islam di mana kita menjadi mata rantai pelapis-pelapis perjuangan terdahulu.

Kita cintakan perjuangan Islam kerana sekurang-kurangnya kita ada saham dalam kemenangan Islam. Marilah kita bersama-sama membuat kerja dan ambik bahagian dalam perjuangan ini.

Mohon pertolongan daripada Allah SWT kerana setiap kali Allah menyebut soal kemenangan, pasti Allah menyebut tentang pertolongan-Nya.

- Pengisian di program Tamrin Ameerah Kelantan di PUTIK Kelantan.



https://twitter.com/titm_official/status/1619157186005078016?t=Zgav9n9P5oeej8yNsPt-8A&s=19

Perkataan madani yang berasal daripada bahasa al-Quran hendaklah diterjemahkan dengan makna yang sahih dan diamalkan men...
26/01/2023

Perkataan madani yang berasal daripada bahasa al-Quran hendaklah diterjemahkan dengan makna yang sahih dan diamalkan mengikut perintah Allah SWT.

PETALING JAYA โ€“ Konsep madani yang tidak berasaskan acuan Allah SWT dan Rasulullah SAW dikhuatiri akan menuju kegagalan sepertimana tamadun-tamadun terdahulu. Perkara itu dijelaskan oleh Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang sebagai mengulas ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-b...

26/01/2023

Insyaallah Ustaz.

Address

Bukit Pasir

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PAS TAMAN PAGOH JAYA posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share