Bahagian Pembangunan Industri Ternakan - DVS Pulau Pinang

Bahagian Pembangunan Industri Ternakan - DVS Pulau Pinang Bahagian di bawah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Pulau Pinang yang bertanggungjawab terhadap pembangunan industri ternakan negeri

πŸ”βœ¨ PROGRAM PEMERKASAAN KOMUNITI PENTERNAK AYAM KAMPUNG βœ¨πŸ”β€œBersama Memacu Industri Ayam Kampung yang Lebih Maju”Jabatan P...
11/09/2026

πŸ”βœ¨ PROGRAM PEMERKASAAN KOMUNITI PENTERNAK AYAM KAMPUNG βœ¨πŸ”

β€œBersama Memacu Industri Ayam Kampung yang Lebih Maju”

Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Pulau Pinang (DVS Penang) dengan kerjasama Penternakan Sumber Unggas dan ACM akan menganjurkan Program Pemerkasaan Komuniti Penternak Ayam Kampung.

Program ini menjadi platform untuk para penternak mendapatkan perkongsian ilmu, mengenali amalan penternakan terbaik serta meneroka peluang pasaran, teknologi dan inovasi dalam industri ayam kampung.

πŸ“š Antara pengisian program:
πŸ“ Sesi Perkongsian Ilmu
🌱 Amalan Penternakan Terbaik
πŸ“ˆ Peluang Pasaran
🀝 Jaringan Komuniti
βš™οΈ Teknologi & Inovasi

πŸ“… 23 – 24 September 2026
⏰ 9.00 pagi – 4.30 petang
πŸ“ Dewan Utama ACM, Perai, Pulau Pinang

🚨 TEMPAT ADALAH TERHAD!

Kepada penternak ayam kampung yang berminat, jangan lepaskan peluang ini! Sertai program ini dan manfaatkan peluang untuk menambah ilmu, memperluas jaringan serta membuka ruang kepada perkembangan industri ayam kampung yang lebih maju dan berdaya saing.

πŸ“² Imbas QR pada poster untuk pendaftaran.

DVS Penang 🀝 Penternakan Sumber Unggas 🀝 ACM
Komuniti Kuat, Industri Hebat! πŸ”πŸ’ͺ

πŸ‡²πŸ‡Ύ SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN 2026 πŸ‡²πŸ‡Ύ31 Ogos merupakan tarikh yang penuh makna dalam lipatan sejarah negara. Hari...
31/08/2026

πŸ‡²πŸ‡Ύ SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN 2026 πŸ‡²πŸ‡Ύ

31 Ogos merupakan tarikh yang penuh makna dalam lipatan sejarah negara. Hari ini mengingatkan kita bahawa kemerdekaan yang dikecapi bukan sekadar sebuah peristiwa, tetapi hasil daripada perjuangan, keberanian dan pengorbanan generasi terdahulu.

Sempena sambutan Hari Kebangsaan, marilah kita menyatukan hati dan tekad dalam menghargai nikmat keamanan serta kebebasan yang dimiliki. Kepelbagaian bangsa dan budaya yang ada seharusnya menjadi kekuatan untuk kita terus hidup dalam suasana harmoni dan saling menghormati.

Semoga semangat patriotisme terus subur dalam diri setiap rakyat Malaysia, menjadi pemangkin untuk kita bersama-sama menyumbang tenaga dan bakti demi membina negara yang lebih maju, bersatu dan sejahtera.

πŸ‡²πŸ‡Ύ Selamat Menyambut Hari Kebangsaan 2026 πŸ‡²πŸ‡Ύ

Merdeka! Merdeka! Merdeka!








πŸŒ™ SALAM MAULIDUR RASUL 1448Hβ€œMenyemai Akhlak Mulia, Menghayati Sunnah Rasulullah SAW”Sempena Maulidur Rasul 1448H, maril...
25/08/2026

πŸŒ™ SALAM MAULIDUR RASUL 1448H

β€œMenyemai Akhlak Mulia, Menghayati Sunnah Rasulullah SAW”

Sempena Maulidur Rasul 1448H, marilah kita bersama-sama menghayati keperibadian dan akhlak mulia junjungan besar Nabi Muhammad SAW sebagai teladan dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab seharian.

Semoga kecintaan kepada Rasulullah SAW terus menyemarakkan semangat kita untuk memperkukuh ukhuwah, memperbanyakkan selawat serta mengamalkan sunnah Baginda dalam kehidupan.

Marilah kita bersama-sama memupuk nilai amanah, integriti dan kasih sayang dalam memberikan perkhidmatan, di samping terus menyumbang kepada pembangunan industri ternakan yang mampan, berdaya saing dan sejahtera.

Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1448H. 🀍

Ikhlas daripada:
Bahagian Pembangunan Industri Ternakan (BPIT)
Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Pulau Pinang









πŸ“’ PROGRAM LAWATAN BERMAKLUMAT PENTERNAK DAN USAHAWAN INDUSTRI ASAS TERNAKAN (IATn) KE PAMERAN MAHA 2026 πŸ„πŸπŸ”Jabatan Perkh...
17/08/2026

πŸ“’ PROGRAM LAWATAN BERMAKLUMAT PENTERNAK DAN USAHAWAN INDUSTRI ASAS TERNAKAN (IATn) KE PAMERAN MAHA 2026 πŸ„πŸπŸ”
Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Pulau Pinang melalui Bahagian Pembangunan Industri Ternakan akan menganjurkan Program Lawatan Bermaklumat Penternak dan Usahawan Industri Asas Ternakan (IATn) ke Pameran MAHA 2026.
πŸ“… Tarikh: 1 – 3 September 2026
πŸ“ Tempat: The Everly Putrajaya
πŸ‘₯ Terhad kepada 35 peserta sahaja
🎟️ Penyertaan adalah PERCUMA!
Program ini memberi peluang kepada penternak dan usahawan industri asas ternakan Negeri Pulau Pinang untuk mendapatkan pendedahan berkaitan perkembangan terkini industri, teknologi, inovasi serta peluang perniagaan dalam sektor agromakanan dan industri ternakan.
Jangan lepaskan peluang untuk menyertai program ini dan bersama-sama meneroka peluang serta perkembangan terkini industri ternakan di MAHA 2026! πŸŒΎπŸ„πŸπŸ”
πŸ“² Imbas QR Kod pada poster untuk pendaftaran dan maklumat lanjut.
Ayuh sertai kami ke MAHA 2026!
Menuju MAHA 2026
Lawati media sosial DVS Penang https://linktr.ee/dvspenang


BUKIT MERTAJAM, 7 Ogos 2026 – Telah berlangsung Latihan Tenpin Bowling Bahagian Pembangunan Industri Ternakan (BPIT), Ja...
10/08/2026

BUKIT MERTAJAM, 7 Ogos 2026 – Telah berlangsung Latihan Tenpin Bowling Bahagian Pembangunan Industri Ternakan (BPIT), Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Pulau Pinang bertempat di Ole Ole Superbowl, Mydin Bukit Mertajam.

Aktiviti ini turut menjadi ruang untuk mengeratkan hubungan sesama warga kerja, memupuk semangat kekitaan serta memperkukuh kerjasama dalam suasana yang santai dan penuh kemesraan.

Semoga aktiviti sebegini dapat terus dilaksanakan bagi menggalakkan gaya hidup sihat, mengeratkan hubungan dalam kalangan warga kerja serta mewujudkan suasana kerja yang lebih harmoni dan positif.

Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan aktiviti ini. Semoga semangat kebersamaan dan kerjasama yang terjalin terus diperkukuhkan dalam kalangan warga kerja BPIT. 🎳🀝








πŸ“’ HEBAHAN RASMIPERMOHONAN BANTUAN PEMBANGUNAN INDUSTRI TERNAKAN DVS PULAU PINANG TAHUN 2027 KINI DIBUKA!Jabatan Perkhidm...
05/08/2026

πŸ“’ HEBAHAN RASMI

PERMOHONAN BANTUAN PEMBANGUNAN INDUSTRI TERNAKAN DVS PULAU PINANG TAHUN 2027 KINI DIBUKA!

Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Pulau Pinang mempelawa penternak, usahawan industri asas ternakan serta individu yang layak di Negeri Pulau Pinang untuk memohon Bantuan Pembangunan Industri Ternakan Tahun 2027.

πŸ“… Tempoh Permohonan:
1 Ogos 2026 hingga 30 September 2026

Permohonan hendaklah dibuat secara dalam talian melalui Sistem eVetPG:
🌐 https://evetpg.penang.gov.my

Antara kategori bantuan yang ditawarkan adalah:
βœ… Pembangunan Aneka Haiwan
βœ… Pembangunan Industri Asas Ternakan (IATN)
βœ… Pembangunan Industri Burung Walet
βœ… Pembangunan Industri Unggas
βœ… Pembangunan Sumber Makanan Ternakan
βœ… Pembangunan Ternakan Ruminan Besar dan Kecil
βœ… Perolehan Baka Ternakan

Jangan lepaskan peluang untuk meningkatkan produktiviti, memperkukuh infrastruktur ladang serta memajukan industri ternakan di Negeri Pulau Pinang.

πŸ“ž Sebarang pertanyaan, sila hubungi:
Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Pulau Pinang
☎️ 04-508 4368 / 69 / 70
πŸ“§ [email protected]
πŸ“³ Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah (PPVD) terdekat

πŸ“± Ikuti Media Sosial Rasmi Penang untuk maklumat terkini. https://linktr.ee/dvspenang


Tahniah dan Selamat Bertugas Sekalung ucapan tahniah dan selamat bertugas kepada Cik Nor Aida Binti Zool Mokhtar, Pemban...
05/08/2026

Tahniah dan Selamat Bertugas

Sekalung ucapan tahniah dan selamat bertugas kepada Cik Nor Aida Binti Zool Mokhtar, Pembantu Veterinar G1 di Bahagian Pembangunan Industri Ternakan (BPIT), Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Pulau Pinang.

Semoga terus cemerlang dalam melaksanakan amanah dan memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada jabatan.

Sekalung Penghargaan dan Terima KasihBahagian Pembangunan Industri Ternakan (BPIT) merakamkan setinggi-tinggi penghargaa...
05/08/2026

Sekalung Penghargaan dan Terima Kasih

Bahagian Pembangunan Industri Ternakan (BPIT) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Encik Hariram A/L Ramalingam atas segala sumbangan, komitmen, dan khidmat bakti yang telah dicurahkan sepanjang berkhidmat sebagai Pembantu Veterinar di Bahagian Pembangunan Industri Ternakan.

Dedikasi serta komitmen yang ditunjukkan amat dihargai dan akan sentiasa dikenang sebagai sebahagian daripada perjalanan serta kecemerlangan BPIT.

Selamat maju jaya dan semoga terus berjaya dalam meneruskan kerjaya serta mencapai kejayaan pada masa hadapan.

BUKIT MINYAK, 31 Julai 2026 – Telah berlangsung Majlis Perpisahan sempena pertukaran seorang warga kerja Bahagian Pemban...
05/08/2026

BUKIT MINYAK, 31 Julai 2026 – Telah berlangsung Majlis Perpisahan sempena pertukaran seorang warga kerja Bahagian Pembangunan Industri Ternakan, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Pulau Pinang ke Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah Seberang Perai Selatan.

Majlis ini diadakan sebagai tanda penghargaan atas segala jasa, komitmen dan sumbangan sepanjang berkhidmat di Bahagian Pembangunan Industri Ternakan. Semoga terus cemerlang dan sukses dalam menjalankan amanah di tempat baharu.

Terima kasih atas segala bakti yang telah dicurahkan dan selamat maju jaya.







SALAM MA’AL HIJRAH 1448H | 2026MAwal Muharram menjadi detik bermulanya tahun baharu dalam kalendar Islam, yang mengimbau...
17/06/2026

SALAM MA’AL HIJRAH 1448H | 2026M

Awal Muharram menjadi detik bermulanya tahun baharu dalam kalendar Islam, yang mengimbau kembali peristiwa hijrah Rasulullah SAW yang sarat dengan pengajaran serta pengorbanan.

Seluruh warga kerja Bahagian Pembangunan Industri Ternakan (BPIT) Pulau Pinang dengan penuh ikhlas merakamkan ucapan Salam Ma’al Hijrah, dengan harapan agar tahun baharu ini membawa lebih keberkatan, keharmonian dan kesejahteraan kepada seluruh umat Islam.








Address

Jalan Bukit Tengah Bukit Mertajam Pulau Pinang
Bukit Mertajam
14000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Bahagian Pembangunan Industri Ternakan - DVS Pulau Pinang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share