12/06/2026
β¨ Program Pembangunan Kemahiran Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) Komuniti (atau Program Kemahiran Tahfiz dan Pondok PKTP) adalah inisiatif TVET jangka pendek yang menawarkan latihan kemahiran praktikal dan keusahawanan. Bertempat di Kolej Komuniti Bukit Mertajam, seramai 20 orang pelajar tahfiz dari Mahad Tahfiz Al-Quran Darus Syatibiyyah telah selesai program bersama komuniti dengan perkongsian ilmu keusahawanan. Peserta didedahkan cara mendaftar perniagaan di platform Shopee & TikTok serta tips memulakan bisnes online dengan lebih mudah dan berkesan
Terima kasih kepada semua peserta yang hadir dan memberi komitmen sepanjang program dijalankan π€
Semoga ilmu yang dikongsi memberi manfaat dan membuka lebih banyak peluang menjana pendapatan πͺβ¨