18/09/2014
Program Sukan Paintball Open Jungle War Games 2014 Ini Telah Berlangsung Dengan Jayanya Pada 14.09.2014 Bertempat Di Kelab Sukan Combat Paintball Permatang Tinggi Simpang Ampat Pulau Pinang, Program Ini Di Anjurkan Oleh Group Sukarelawan Charlie Dari Depot Imigresen Juru Pulau Pinang, Tujuan Program Ini Diadakan Bagi Merapatkan Lagi Hubungan Di Antara Petugas Rela Dan Imigresen Di Samping Meningkatkan Lagi Kerjasama Berpasukan Serta Memenuhi Jadual Program Tahunan Kelab Sukan Charlie Depot Imigresen Juru.
Pihak Penganjur Mensasarkan Penglibatan Seramai 40 Perserta Dikalangan Anggota Rela Dan Imigresen Yang Bertugas Di Depot Imigresen Juru Dan Sasaran Tersebut Telah Dicapai Namun Di Sebabkan Beberapa Masalah Teknikal Yang Tidak Dapat Di Elakkan Pasukan Dari Pihak Imigresen Terpaksa Menarik Diri Dari menyertai Program Ini, Namun Begitu Program Yang Dirancang Berlansung Tanpa Sebarang Permasalahan,
Sebanyak 6 Perlawanan Diadakan Melibatkan Empat Belas Ribu Biji Pallet/Peluru Yang Diguna Pakai Dalam Perlawanan Kali Ini, Syukur Alhamdulilah Sepanjang Program Ini Berlangsung Tiada Kecederaan Serius Yang Berlaku Kecuali Lebam-Lebam Manja Akibat Terkena Tembakan Tapi Semua Itu Sebagai Satu Kenangan Yang Berharga Buat Semua Peserta Yang Terlibat Pada Program Kali Ini.
Program Ini Juga Turut Dirasmikan Oleh Penolong Pesuruhjaya Rela Seberang Perai Tengah Iaitu Tuan Haji Osman Bin Haji Hashim Merangkap Penaung Kelab Sukan Charlie Depot Imigresen Juru Dan Beliau Juga Turut Diiringi Oleh Beberapa Kehormat Rela Serta Pegawai Rela Yang Sudi Hadir Dalam Memeriahkan Program Terbabit.
Admin Mewakili Pihak Pengurusan Shift Charlie Mengucapkan Ribuan Terima Kasih Kepada Semua Yang Terlibat Secara Langsung Atau Tidak Dalam Menjayakan Program Ini, Sesungguhnya Sambutan Yang Diberikan Amat Menggalakkan Oleh Semua Peserta Dan Tetamu Yang hadir..Insyaallah Jika Diizinkan Tuhan Pihak Pengurusan Kelab Sukan Charlie Akan Terus Mengadakan Program-Program Yang Berfaedah Dimasa Akan Datang..
-UMR-