Keadilan Social Democrats

Keadilan Social Democrats People's Justice Party (KEADILAN) members advocating Social Democratic, Reform and Progressive values to promote effective reforms to this nation.

The Keadilan Social Democrats is a forum to all Keadilan members who advocate real changes, reforms and social democratic values in order to stir our nation through. We also welcome all party members and supporters out there to come together to urge our party leadership to stay on course as a united front together with AMANAH and DAP under the banner of Pakatan Harapan (Alliance of Hope) to move forward and bring about our alternative public policy and strengthen the oversight efforts on the sitting government. Keadilan Demokrat Sosial adalah satu forum untuk ahli-ahli Keadilan yang mendukung siri pembaharuan, reformasi dan nilai-nilai demokrasi sosial yang sebenarnya, bertujuan untuk mengangkat martabat perjuangan reformasi penuh terhadap negara kita. Kami mengalu-alukan semua ahli-ahli parti dan para penyokong kami di luar parti untuk sama-sama menggesa pucuk pimpinan parti agar berdiri teguh di dalam gabungan bersama AMANAH dan DAP di bawah panji-panji Pakatan Harapan agar dapat maju ke hadapan dengan mengketengahkan dasar-dasar alternatif, di samping memperkuatkan lagi usaha menyemak imbang terhadap kerajaan yang sedia ada.

03/09/2026

Observers say Ong Kian Ming’s resignation is unlikely to hurt DAP for now, unless other young professionals tag along.

Read and understand what is the actual problem that our nation and the people faces today. It is the the system and the ...
20/08/2026

Read and understand what is the actual problem that our nation and the people faces today. It is the the system and the sectarian divide!

They are hoping that the political narratives over the next 18 months will save them, hitching their whole history and legacy of the party to what happens over...

Ada ura-ura PH akan dijemput menyertai kerajaan baru Negeri Sembilan yang diterajui oleh MB dari BN. Ini merupakan satu ...
04/08/2026

Ada ura-ura PH akan dijemput menyertai kerajaan baru Negeri Sembilan yang diterajui oleh MB dari BN. Ini merupakan satu kejutan besar sebab dalam PRN lalu BN banyak mengecam PH. Kini nak cari PH balik untuk mrmbentuk kerajaan?

Mungkin BN inginkan penyertaan PH disebabkan kurang percaya dengan kredibiliti PN.

Apa kata kita? Elok PH jangan sertai kerajaan baru ini kerana PH telah ditikam sebelum ini. Hendak ditikam semula selepas ini? DAP mungkin akan tolak mentah-mentah selepas pengerusi DAP negeri, Anthony Loke meletakkan jawatan ekoran tewas dalam PRN lalu.

Apa kata PN kali ini? Mereka akan dakwa kena scam dari BN.

PH yang memenangi 11 daripada 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu dilihat masih mempunyai kekuatan politik yang signifikan dan pelbagai andaian mengenai kemungkinan peranan gabungan itu dalam pentadbiran negeri.

04/08/2026
Persatuan dan kelab bolasepak tidak seharusnya dijadikan medan politik oleh mereka yang berkepentingan diri.Karenah poli...
02/06/2026

Persatuan dan kelab bolasepak tidak seharusnya dijadikan medan politik oleh mereka yang berkepentingan diri.

Karenah politik berpanjangan dalam FAM telah akibatkan s**an bolasepak ini tidak pernah mencipta sebarang kemenangan mahupun kelayakan ke pertandingan bertaraf dunia.

Biarlah persatuan dan kelab ini diuruskan oleh para atlet, bekas atlet, jurulatih, bekas jurulatih, ahli-ahli teknikal s**an tersebut.

Apabila dikaji jawatan-jawatan utama dalam Persatuan Bolasepak Malaysia atau FAM, didapati struktur organisasi FAM ini seakan seperti Majlis Tertinggi sesebuah parti politik.

Persoalannya, kenapa FAM perlukan banyak sangat jawatan, seperti Presiden Kehormat, Presiden, 2 orang Timbalan Presiden, 5 Naib Presiden dan seterusnya.

Timbulnya pelbagai jawatan utama seperti sebuah parti politik akan menggalakkan leibh banyak rebutan jawatan ala-politik berlaku dan tumpuan terhadap ini dilihat seringkali mengatasi peranan dalam pembangunan s**an bolasepak itu sendiri.

Sebab itu prestasi bolasepak negara kita tidak pernah mencapai prestasi yang memberangsangkan dan hanya sekadar juara di peringkat tempatan sahaja.

Usaha Konfederasi Bolasepak Asia (Asian Football Confederation - AFC) membantu FAM dalam penstrukturan semula FAM adalah wajar bagi memodenkan pentadbiran dan pengurusan bolasepak negara yang selama ini belum pernah dirombak bagi mencapai tahap yang lebih profesional di dalam urus tadbirnya.

Kini timbul p**a persoalan, ada dari kalangan persatuan-persatuan gabungan FAM tidak setuju dengan penstrukturan semula FAM itu, misalnya cadangan AFC agar jawatan Presiden Kehormat dan Timbalan-timbalan Presiden dimansuhkan ditentang hebat oleh beberapa persatuan bolasepak negeri.

Sekarang kita perlu teliti dari dekat! Yang mana lebih penting sekarang? Jawatan-jawatan utama dalam FAM ataupun pemulihan dan peningkatan kualiti s**an bolasepak negara? Kenapa cadangan pemansuhan beberapa jawatan utama itu menjadi tumpuan beberapa persatuan bolasepak negeri yang tidak setuju dengan langkah tersebut?

Pentadbiran FAM perlukan "streamline" bagi mengurangkan karenah birokrasi dan sikap politik dalaman FAM perlu juga dihapuskan. Bukan sahaja politik dalaman itu pekat, bahkan amalan kronisme turut menular dalam FAM selama ini.

Perlu juga diingatkan bahawa, s**an bolasepak ini perlukan peningkatan kualiti yang menyeluruh dan justeru itu, kaedah teknikal perlu lebih diketengahkan daripada mengekalkan banyak jawatan utama di dalam "Majlis Tertinggi FAM" itu yang sebelum ini berfungsi lebih seperti sebuah parti politik.

Cukuplah dengan kegagalan demi kegagalan s**an bolasepak negara yang sudah berdekad-dekad tiada penyelesaian penuh. FAM perlukan satu bentuk reformasi yang menyeluruh bagi persatuan itu mencapai transformasi yang menyeluruh agar ianya dapat mencapai status bolasepak profesional di masa yang akan datang.

Ini adalah s**an bolasepak, usah bermain-main duitan dengan jawatan-jawatan itu lagi! Hentikanlah amalan politik dalam FAM ini dengan segera.

Golongan pekerja kini terbiar tanpa perlindungan akibat rebutan kuasa berterusan dalam MTUC sehingga menyebabkan gabunga...
02/06/2026

Golongan pekerja kini terbiar tanpa perlindungan akibat rebutan kuasa berterusan dalam MTUC sehingga menyebabkan gabungan tersebut dibubarkan oleh ROS.

Apakah halatuju sebenar Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) pada hari ini? Pada 7 Mei 2026, Pendaftar Pertubuhan (ROS) telah memerintahkan MTUC dibubarkan ekoran krisis kepimpinan yang terus berlanjutan dengan tiada jalan penyelesaian yang kukuh.

Akibat daripada itu, sekump**an pemimpin kesatuan-kesatuan sekerja yang pernah bergabung dalam MTUC telah keluar daripada gabungan tersebut untuk membentuk Persekutuan Kesatuan-kesatuan Sekerja Malaysia (MFTU) bagi menggantikan MTUC yang kini telah terkubur.

MTUC sebelum ini telah beberapa kali terlibat dalam siri rebutan kuasa di kalangan pimpinannya yang masing-masing ingin menjadi sebahagian daripada pimpinan "tertinggi" pertubuhan gabungan tersebut. Rebutan kuasa itu terus berulang apabila dua pemimpin yang tidak sependapat mengadakan Mesyuarat Agung mereka secara berasingan dan hasil dari itu, dua presiden MTUC timbul masing-masing mengeluarkan kenyataan memecat masing-masing dan masing-masing p**a berpusu-pusu ke pejabat ROS untuk mendapatkan pengiktirafan daripada jabatan tersebut.

Akhirnya, ROS yang tidak dapat memastikan yang manakah pimpinan gabungan yang sah terus mengeluarkan arahan agar MTUC dibubarkan sekadar segera.

Siapakah rugi? Pemimpin kesatuan yang bergelut dan merebut jawatan, tetapi ahli-ahli kesatuan sekerja di bawah sana yang menjadi mangsa kerana hilangnya perlindungan dan naungan.

Tambah p**a, ada juga ramai ahli-ahli kesatuan sekerja yang telah menyatakan mereka telah muak dengan karenah dan tindakan sebilangan pemimpin kesatuan yang asyik bercaturan demi mendapatkan jawatan dalam MTUC, lantas hilang kepercayaan terus terhadap peranan kesatuan-kesatuan sekerja dalam negara ini.

Selepas MTUC terkubur, timbul usaha baru beberapa pemimpin kesatuan sekerja untuk membentuk MFTU sebagai ganti dan mereka kini giat mendapatkan persetujuan daripada semua kesatuan sekerja bagi menjayakan pembentukan MFTU dan permohonan baru telah disampaikan kepada ROS untuk pertimbangan dan kelulusan.

Persoalannya adalah, adakah MFTU yang baru ini akan dapat memberikan satu lembaran baru buat semua warga pekerja di negara ini, atau MFTU itu sekadar "tukaran pakaian atau jersi" daripada MTUC ke MFTU? Dapatkah MFTU membuahkan satu bentuk gabungan yang baru dengan budaya yang berlainan daripada MTUC? Dapatkah MFTU memperoleh pengiktirafan daripada kerajaan sebagai wakil golongan pekerja tunggal dalam negara ini?

Sekiranya MFTU berjaya memperoleh pengiktirafan daripada kerajaan MFTU dijangka mengambil alih banyak peranan yang MTUC pernah pikul sebelum ini seperti berikut:

1) Wakil ke Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO)
2) Wakil dalam Lembaga Kump**an Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
3) Wakil dalam Lembaga Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso)
4) Wakil dalam Majlis Perundingan Gaji Negara (MPGN)
5) Wakil dalam Majlis Penasihat Buruh Kebangsaan (NLAC)

Yang penting, MFTU perlu membuktikan pada golongan pekerja bahawa merekalah wakil pekerja dalam lembaran baru dan tidak terpengaruh dengan budaya MTUC yang lalu bagi memberikan keyakinan kepada para pekerja bahawa MFTU akan berjaya dan efektif di masa yang akan datang.

Keadaan ekonomi yang tidak menentu, tambah p**a kesan-kesan pada hari ini telah mengakibatkan ramai orang kehilangan pekerjaan dan punca pendapatan rakyat telah menurun dengan mendadak. MFTU perlu mengorak langkah baru dalam memastikan hak-hak golongan pekerja terus terpelihara.

YB Marina telah melakukan yang terbaik untuk kawasan diwakili beliau. Keputusan beliau untuk tidak bertanding dalam PRN ...
31/05/2026

YB Marina telah melakukan yang terbaik untuk kawasan diwakili beliau. Keputusan beliau untuk tidak bertanding dalam PRN depan adalah hak beliau dan kami menghormati keputusannya untuk berundur daripada politik sepenuhnya.

Kami tetap menyanjung ketabahan dan kekuatan beliau menghadapi pelbagai cabaran dan dugaan sewaktu beliau memainkan peranannya sebagai ADUK Kawasan Skudai.

Terima kasih diucapkan kepada beliau di atas khidmat bakti beliau selama ini.

Kata Adun yang baru satu penggal itu, dia mahu kembali berkhidmat melalui cara pernah dilakukannya dulu

Dalam jangka panjang, bagaimanakah PH yang berideologi kiri-tengah (centre-left) dapat bekerjasama dengan BN yang konser...
12/03/2026

Dalam jangka panjang, bagaimanakah PH yang berideologi kiri-tengah (centre-left) dapat bekerjasama dengan BN yang konservatif (status quo, bercirikan perkauman), GPS dan GRS (yang punyai sentimen kewilayahan yang kuat, hanya bekerjasama dengan mengeluarkan desakan)?

Dapatkah kerajaan perpaduan 2.0 diwujudkan sekali lagi selepas PRU16 depan? Kemungkinan tidak stabil juga.

Bagaimanapun, penganalisis berpendapat pengundi Cina kemungkinan tak keluar mengundi daripada menyokong parti lawan.

Timbalan ketua pegawai eksekutif Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Khuzairi Yahaya didakwa menerima wang itu daripada...
12/03/2026

Timbalan ketua pegawai eksekutif Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Khuzairi Yahaya didakwa menerima wang itu daripada Faisal Hamzah (anak kepada pemimpin RESET & bakal presiden PKM Dato' Hamzah Zainuddin) tanpa balasan, walaupun tahu Faisal mempunyai urusan rasmi dengannya atas kapasitinya sebagai penjawat awam.

Kami mengalu-alukan tindakan SPRM mengemukakan dakwaan terhadap timbalan CEO SSM itu, tetapi persoalan utama di sini adalah, kenapa Faisal Hamzah tidak diheretkan bersama ke mahkamah untuk didakwa sebagai pemberi atau penawar rasuah?

Ingin kami persoal, apakah dasar kerajaan selama ini dalam usaha memerangi rasuah? Yang didakwa selama ini kebanyakan adalah penerima rasuah atau suapan sementara pemberi atau penawar rasuah tidak didakwa dalam kes-kes yang berkaitan.

Bagi memerangi kegiatan rasuah yang amat berleluasa di dalam perkhidmatan awam, SPRM juga harus memberikan perhatian penuh terhadap si pemberi atau pihak yang menawarkan rasuah agar unsur tersebut dapat dihapuskan dari peringkat permulaan.

Khuzairi Yahaya didakwa menerima wang itu daripada Faisal Hamzah pada 2018.

Kenapa PEMIMPIN PAS ini s**a menjadi mayat? Berdialoglah secara bertamadun, berikan cadangan alternatif jikalau tak setu...
04/02/2026

Kenapa PEMIMPIN PAS ini s**a menjadi mayat? Berdialoglah secara bertamadun, berikan cadangan alternatif jikalau tak setuju, jangan bertukar menjadi mayat hanya kerana pilihanraya kerajaan tempatan!

Kenapa Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan begitu taksub dengan keganasan, pembunuhan dan kematian serta punyai impian yang mendalam untuk menjadi mayat?

Ini cuma cadangan yang baik untuk mengadakan suatu pilihanraya perbandaran, yakni pilihanraya kerajaan tempatan di DBKL bagi membolehkan keseluruhan pentadbiran dan pengurusan DBKL menjadi lebih akauntabel kepada rakyat jelata.

Adalah tidak bertanggungjawab Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan mengeluarkan amaran dan mendakwa langkah tersebut boleh menyebabkan kematian disebabkan pembunuhan.

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, tolonglah jangan begitu taksub dengan radikalisme di Iran atau Afghanistan sehingga menyebut kematian, mayat kerana semua ini melibatkan pembunuhan dan keganasan.

Libat urus secara politik bertamadun, kemukakanlah dasar alternatif. Jika pilihanraya kerajaan tempatan ini tidak sesuai untuk DBKL, bagilah cadangan balas, bukannya mengancam, memberi amaran dan hendak menjadi mayat p**a!

"PAS Wilayah Persekutuan tidak akan berdiam diri sekiranya langkah ini diteruskan,” kata Azmer Syazwan Ahmad Suparmin.

Address

Lot 847-A, Mukim 17, Jalan Kulim, Machang Bubok
Bukit Mertajam
14000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Keadilan Social Democrats posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share