08/09/2026
Alhamdulillah. Mesyuarat Agung Tritahunan Kesatuan Kakitangan Umum Universiti Teknologi MARA (KKUUiTM) Ke-31 bagi Sesi 2026โ2029 telah berlangsung dengan jayanya dan majlis ini telah dirasmikan oleh YBhg. Prof. Dr. Amer Shakir bin Zainol, Penolong Naib Canselor (Pemerkasaan Adiwangsa), mewakili Naib Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM).
Mesyuarat ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan dengan kehadiran seramai 412 orang ahli KKUUiTM di kampus induk. Ianya mencerminkan komitmen ahli KKUUiTM dalam memperkukuh peranan kesatuan serta memperjuangkan kebajikan dan kepentingan warga kerja UiTM.
Antara acara kemuncak ialah penyampaian Anugerah Khas KKUUiTM yang telah disempurnakan oleh YBhg. Prof. Dr. Amer Shakir bin Zainol sebagai penghargaan terhadap kecemerlangan dan komitmen cawangan-cawangan KKUUiTM.
Pengerusi Cawangan Terbaik telah dianugerahkan kepada Encik Megat Mohammad Ruszaimeay Bin Mohd Yusop Pengerusi KKUUiTM Cawangan Johor.
Bagi kategori Anugerah Cawangan Terbaik, penerima adalah:
๐ฅ Kategori Emas: KKUUiTM Cawangan Perlis
๐ฅ Kategori Perak: KKUUiTM Cawangan Perak
๐ฅ Kategori Gangsa: KKUUiTM Cawangan Kelantan
Dan
๐ Juara Keseluruhan: KKUUiTM Cawangan Perlis
Majlis turut dihadiri oleh tetamu kehormat yang terdiri daripada Puan Rohaiza Che Ha'a, mewakili Pengarah Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (JHEKS) Selangor dan Wilayah Persekutuan; Puan Nur FaizahTon binti Fisal, mewakili Persatuan Pentadbir UiTM, YBhg. Profesor Dr. Fadilah Puteh, Presiden Persatuan Akademik Universiti Teknologi MARA (UTIMAS), YBrs. Dr. Hj. Adlan Abd Razak, Timbalan Presiden Kesatuan Kakitangan Akademik UiTM (MITASA) serta Puan Khairiah binti Ahmad Kadir daripada JHEKS Selangor dan Wilayah Persekutuan.
Saya Naib Presiden merangkap Pengarah dan barisan Jawatankuasa Mesyuarat Agung Tritahunan Kesatuan Kakitangan Umum Universiti Teknologi MARA (KKUUiTM) Ke-31 bagi Sesi 2026โ2029 turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada CUEPACS Care, CUEPACS Living Care, Bank Rakyat dan Koperasi Kakitangan UiTM Berhad atas sumbangan dan sokongan yang diberikan bagi menjayakan Mesyuarat Agung Tritahunan KKUUiTM Ke-31.
Terima kasih juga diucapkan kepada barisan kepimpinan Majlis Jawatankuasa Kerja (MJK) Sesi 2023-2026 diatas tanggungjawab dan amanah yang telah dilaksanakan.
Secara keseluruhannya, Mesyuarat Agung Tritahunan Ke-31 ini menjadi platform penting untuk memperkukuh perpaduan, memperkasakan peranan kesatuan serta memperbaharui iltizam dalam memperjuangkan kebajikan, hak dan kesejahteraan warga KKUUiTM bagi Sesi 2026โ2029.
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada barisan Majlis Jawatankuasa Kerja (MJK) Kesatuan Kakitangan Umum Universiti Teknologi MARA (KKUUiTM) yang telah dipilih menerajui kesatuan bagi Sesi 2026โ2029 dalam Mesyuarat Agung Tritahunan KKUUiTM Ke-31.
๐ BARISAN MJK TERTINGGI KKUUiTM SESI 2026โ2029
๐น Presiden
Sdr. Shahizan bin Said
๐น Timbalan Presiden
Tc. Mohamad Isa bin Tukimin
๐น Naib Presiden
Puan Norli binti Kamaruzaman
๐น Setiausaha
Sdr. Pauzi bin Ibrahim
๐น Bendahari
Sdr. Mohd Hermy bin Su Mohd Noh
๐น Penolong Setiausaha
Puan Nurul Wahida binti Aziz
๐น Penolong Bendahari
Sdr. Shrizal bin Shadan
๐ BARISAN MAJLIS JAWATANKUASA KERJA (MJK)
1. Puan Zaharah binti Abdul Rahman
2. Sdr. Mohd Rizael Ros bin Tahir
3. Sdr. Suzaili Shah bin Baharuddin
4. Sdr. Razib Alib bin Selikan
5. Sdr. Muhamad Zahin bin Mohamed Zakaria
6. Puan Salamah binti Meor Suleiman
7. Sdr. Mohamad Sheqal Firdaus Munajat bin Mohd Afandi
8. Ust. Mohd Bakri bin Aminuddin
9. Sdr. Muhammad Amirul bin Mohd Desa
10. Sdr. Noor Azizul Hakim Noor Hazam
Semoga barisan kepimpinan baharu ini dapat melaksanakan amanah dengan penuh integriti, komitmen dan dedikasi serta terus memperkukuh perpaduan dan memperjuangkan kebajikan, hak dan kesejahteraan seluruh warga KKUUiTM.
Selamat menjalankan amanah dan tanggungjawab bagi Sesi 2026โ2029. Semoga KKUUiTM terus maju, kukuh dan cemerlang di bawah kepimpinan yang baharu. ๐คโจ