Jabatan Pertanian Negeri Pulau Pinang

Jabatan Pertanian Negeri Pulau Pinang Jabatan Pertanian Negeri Pulau Pinang http://jpn.penang.gov.my/

๐๐ž๐ฅ๐š๐ง๐œ๐š๐ซ๐š๐ง ๐Š๐ž๐ฆ๐ฉ๐ž๐ง ๐Œ๐š๐ค๐š๐ง ๐’๐š๐ฒ๐ฎ๐ซ & ๐๐ฎ๐š๐ก ๐“๐ž๐ฆ๐ฉ๐š๐ญ๐š๐งAyuh bersama-sama membudayakan amalan pemakanan sihat dengan memilih hasil ...
14/05/2026

๐๐ž๐ฅ๐š๐ง๐œ๐š๐ซ๐š๐ง ๐Š๐ž๐ฆ๐ฉ๐ž๐ง ๐Œ๐š๐ค๐š๐ง ๐’๐š๐ฒ๐ฎ๐ซ & ๐๐ฎ๐š๐ก ๐“๐ž๐ฆ๐ฉ๐š๐ญ๐š๐ง

Ayuh bersama-sama membudayakan amalan pemakanan sihat dengan memilih hasil pertanian tempatan yang segar, berkualiti dan terbaik daripada para petani tempatan kita.

Program ini akan dirasmikan oleh YAB Tuan Chow Kon Yeow, Ketua Menteri Pulau Pinang sebagai tanda sokongan berterusan Kerajaan Negeri Pulau Pinang terhadap agenda keterjaminan makanan, pertanian moden dan kesejahteraan rakyat.

Pelancaran Promosi Pesta Durian Penang 2026 juga menandakan bahawa musim durian pada tahun ini telah bermula dan nantikan pengumuman Pesta Durian sebenar pada bulan Jun nanti.

Jom makan sayur & buah tempatan demi kesihatan keluarga dan kemajuan petani tempatan kita! ๐Ÿ’š








14/05/2026
14/05/2026

๐๐ž๐ฅ๐š๐ง๐œ๐š๐ซ๐š๐ง ๐Š๐ž๐ฆ๐ฉ๐ž๐ง ๐Œ๐š๐ค๐š๐ง ๐’๐š๐ฒ๐ฎ๐ซ & ๐๐ฎ๐š๐ก ๐“๐ž๐ฆ๐ฉ๐š๐ญ๐š๐ง

Ayuh bersama-sama membudayakan amalan pemakanan sihat dengan memilih hasil pertanian tempatan yang segar, berkualiti dan terbaik daripada para petani tempatan kita.

Program ini akan dirasmikan oleh YAB Tuan Chow Kon Yeow, Ketua Menteri Pulau Pinang sebagai tanda sokongan berterusan Kerajaan Negeri Pulau Pinang terhadap agenda keterjaminan makanan, pertanian moden dan kesejahteraan rakyat.

๐Ÿ“… Khamis, 14 Mei 2026
โฐ 1.30 Petang
๐Ÿ“ Perkarangan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang

Terima kasih kepada semua agensi yang bekerjasama dalam menjayakan kempen ini khususnya Jabatan Pertanian Negeri Pulau Pinang, FAMA Negeri Pulau Pinang dan Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia Negeri Pulau Pinang.

Jom makan sayur & buah tempatan demi kesihatan keluarga dan kemajuan petani tempatan kita! ๐Ÿ’š






10/05/2026
08/05/2026
07/05/2026
05 Mei 2026 | Selasa | Satu sesi perjumpaan rasmi telah diadakan melibatkan  YB. Datoโ€™ Haji  Rashidi bin Zinol, Exco Pem...
06/05/2026

05 Mei 2026 | Selasa |

Satu sesi perjumpaan rasmi telah diadakan melibatkan YB. Datoโ€™ Haji Rashidi bin Zinol, Exco Pembangunan Luar Bandar, Agroteknologi, Keterjaminan Makanan dan Keusahawanan bersama para petani di Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Ara Kuda.

Sesi ini menjadi platform strategik dalam membincangkan isu-isu semasa sektor agromakanan, termasuk cabaran pengeluaran, pemasaran hasil pertanian serta usaha memperkukuh rantaian bekalan makanan di negeri Pulau Pinang, khususnya di daerah Seberang Perai Utara. Selain itu, perbincangan turut menyentuh isu krisis tenaga global yang memberi impak kepada kos pengeluaran pertanian, bagi mendapatkan maklum balas serta pandangan langsung daripada para petani berkaitan cabaran yang dihadapi di peringkat lapangan.

Turut hadir ialah YBrs. Encik Mohd Muhaimin bin Ibrahim Pengarah Jabatan Pertanian Negeri Pulau Pinang dan YBrs. Encik Mohd Hafiz bin Nurulhuda, Pengarah FAMA Negeri Pulau Pinang serta Pegawai kanan jabatan dan agensi.

Perjumpaan ini turut memberi penekanan kepada usaha bersepadu antara agensi kerajaan dan komuniti petani dalam memastikan keterjaminan bekalan makanan negara sentiasa berada pada tahap yang mampan, di samping meningkatkan daya saing sektor pertanian negeri secara holistik.







Address

Bukit Mertajam

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 12:15
14:45 - 17:00

Telephone

+6045372145

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Pertanian Negeri Pulau Pinang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Jabatan Pertanian Negeri Pulau Pinang:

Share