Zakat Mainpp

Zakat Mainpp Zakat MAINPP adalah sebuah agensi mengurus zakat milik penuh Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP)
"Transformasi Asnaf Melalui Zakat"

Waktu Urusan :

Isnin - Khamis (8.30pagi - 4.30petang)

Jumaat (8.30pagi - 12.30Tengahari) (2.45petang-4.30petang)

Sabtu (9.00pagi - 3petang - Minggu pertama di Kaunter HQ-Bandar Perda sahaja)

Ahad Tutup

β€œDaftar / tambah / potong Skim Sakinah kini menjadi lebih mudah”Anda boleh mengurus potongan zakat bulanan secara dalam ...
13/05/2026

β€œDaftar / tambah / potong Skim Sakinah kini menjadi lebih mudah”

Anda boleh mengurus potongan zakat bulanan secara dalam talian melalui pautan baharu Skim Sakinah.

Nikmati 100% rebat cukai dengan potongan zakat yang lebih teratur dan patuh syariah.

Imbas kod QR di atas atau layari:
https://sakinah.zakatpenang.com/

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Bahagian Pemasaran Zakat Harta, ZAKAT MAINPP
- 04-549 8153 (En Rosli)
- 04-549 8167 (En Ariffin)




13/05/2026
πŠπ€π”ππ“π„π‘ π™π€πŠπ€π“ ππ„π‘π†π„π‘π€πŠ π‡π€π‘πˆ 𝐈𝐍𝐈!Buat anda yang berada di sekitar Politeknik Balik Pulau.Jom manfaatkan peluang ini untuk...
13/05/2026

πŠπ€π”ππ“π„π‘ π™π€πŠπ€π“ ππ„π‘π†π„π‘π€πŠ π‡π€π‘πˆ 𝐈𝐍𝐈!

Buat anda yang berada di sekitar Politeknik Balik Pulau.

Jom manfaatkan peluang ini untuk:

βœ… Taksiran Tepat & Bayaran Cepat (Semua Jenis Zakat)
βœ… Bantuan Zakat: Semak Status & Dapatkan Borang Bantuan
βœ… Sumbangan: Terima Sedekah, Wakaf & Luqatah

Tunaikan Zakat Bersama Zakat Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (Zakat MAINPP)
Berzakat dengan mudah di:
https://zakatpenang2u.com/my/Payments/publicZakatHartaCreate





12/05/2026

πŠπ”ππ‰π”ππ†π€π π‡πŽπ‘πŒπ€π“ πŠπ„π“π”π€ 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐑𝐀𝐇 πŠπ„π‘πŽπ‡π€ππˆπ€π πˆπ’π‹π€πŒ π€π“πŒ πŠπ„ π™π€πŠπ€π“ πŒπ€πˆπππ

Zakat Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (Zakat MAINPP) telah menerima kunjungan hormat daripada Ketua Pengarah Kerohanian Islam, Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Mejar Jeneral Dato’ Hj Mohd Rashidi bin Bujai ke Zakat MAINPP.




πŠπ€π”ππ“π„π‘ π™π€πŠπ€π“ ππ„π‘π†π„π‘π€πŠ π‡π€π‘πˆ 𝐈𝐍𝐈!Buat anda yang berada di sekitar Kolej Vokasional, Butterworth.Jom manfaatkan peluang in...
12/05/2026

πŠπ€π”ππ“π„π‘ π™π€πŠπ€π“ ππ„π‘π†π„π‘π€πŠ π‡π€π‘πˆ 𝐈𝐍𝐈!

Buat anda yang berada di sekitar Kolej Vokasional, Butterworth.

Jom manfaatkan peluang ini untuk:

βœ… Taksiran Tepat & Bayaran Cepat (Semua Jenis Zakat)
βœ… Bantuan Zakat: Semak Status & Dapatkan Borang Bantuan
βœ… Sumbangan: Terima Sedekah, Wakaf & Luqatah

Tunaikan Zakat Bersama Zakat Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (Zakat MAINPP)
Berzakat dengan mudah di:
https://zakatpenang2u.com/my/Payments/publicZakatHartaCreate





πŠπ”ππ‰π”ππ†π€π π‡πŽπ‘πŒπ€π“ πŠπ„π“π”π€ 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐑𝐀𝐇 πŠπ„π‘πŽπ‡π€ππˆπ€π πˆπ’π‹π€πŒ π€π“πŒ πŠπ„ π™π€πŠπ€π“ πŒπ€πˆπππZakat Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (Zakat ...
08/05/2026

πŠπ”ππ‰π”ππ†π€π π‡πŽπ‘πŒπ€π“ πŠπ„π“π”π€ 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐑𝐀𝐇 πŠπ„π‘πŽπ‡π€ππˆπ€π πˆπ’π‹π€πŒ π€π“πŒ πŠπ„ π™π€πŠπ€π“ πŒπ€πˆπππ

Zakat Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (Zakat MAINPP) telah menerima kunjungan hormat daripada Ketua Pengarah Kerohanian Islam, Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Mejar Jeneral Dato’ Hj Mohd Rashidi bin Bujai ke Zakat MAINPP.

Kunjungan ini telah disambut oleh Timbalan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang, YBhg Prof Emeritus Dato' Dr Haji Abd Aziz Tajuddin, bersama Ahli Lembaga Pengarah Zakat MAINPP Zakat MAINPP, YBhg Dato’ Dastagir Mohd Yassin serta barisan pengurusan Zakat MAINPP.

Pertemuan ini menjadi platform perbincangan dua hala berkaitan potensi kerjasama program antara Zakat MAINPP dan Angkatan Tentera Malaysia, termasuk pelaksanaan serta pemerkasaan potongan zakat dalam kalangan anggota tentera. Turut diberikan penerangan berhubung konsep wakalah sebagai ruang kerjasama strategik dalam memperluas manfaat zakat kepada golongan yang memerlukan.

Hadir sama dalam kunjungan hormat ini ialah Lt Kol Zuhairy bin Hj Ahmad Kusaini, Ketua Kemajuan Ahwal Syakhsiah; Lt Kol Jamal Nasir bin Ahmad, Pegawai Agama 2 Div; Mejar Muhammad Khairil bin Mazlan, Ketua Unit Undang-Undang Syariah; Leftenan Nurul Nurizzati binti Othman, Pegawai Staf 3, Undang-Undang Syariah; serta Kapt Muadz bin Sabar, Pegawai Pengiring.

Zakat MAINPP merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas kunjungan hormat ini dan berharap hubungan kerjasama yang terjalin dapat terus diperkukuh demi memperkasakan kesedaran berzakat, memperluas manfaat agihan serta menyokong agenda pembangunan ummah selaras dengan Agenda Pembangunan Agama Islam 2030 (APAI2030).

Semoga usaha murni ini menjadi asbab keberkatan, memperkukuh institusi zakat dan memberi manfaat berterusan kepada masyarakat Islam di Pulau Pinang.




πŠπ€π”ππ“π„π‘ π™π€πŠπ€π“ ππ„π‘π†π„π‘π€πŠ π‡π€π‘πˆ 𝐈𝐍𝐈!Buat anda yang berada di sekitar Masjid Kampung Selamat, Tasek Gelugor.Jom manfaatkan pe...
08/05/2026

πŠπ€π”ππ“π„π‘ π™π€πŠπ€π“ ππ„π‘π†π„π‘π€πŠ π‡π€π‘πˆ 𝐈𝐍𝐈!

Buat anda yang berada di sekitar Masjid Kampung Selamat, Tasek Gelugor.

Jom manfaatkan peluang ini untuk:

βœ… Taksiran Tepat & Bayaran Cepat (Semua Jenis Zakat)
βœ… Bantuan Zakat: Semak Status & Dapatkan Borang Bantuan
βœ… Sumbangan: Terima Sedekah, Wakaf & Luqatah

Tunaikan Zakat Bersama Zakat Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (Zakat MAINPP)
Berzakat dengan mudah di:
https://zakatpenang2u.com/my/Payments/publicZakatHartaCreate





𝐓𝐀𝐁𝐔𝐍𝐆 π‡π€π‰πˆ π“π”ππ€πˆ π™π€πŠπ€π“ π‘πŒπŸ‘.πŸ• 𝐉𝐔𝐓𝐀Majlis Penyerahan Zakat oleh Tabung Haji kepada Zakat Majlis Agama Islam Negeri Pulau ...
07/05/2026

𝐓𝐀𝐁𝐔𝐍𝐆 π‡π€π‰πˆ π“π”ππ€πˆ π™π€πŠπ€π“ π‘πŒπŸ‘.πŸ• 𝐉𝐔𝐓𝐀

Majlis Penyerahan Zakat oleh Tabung Haji kepada Zakat Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (Zakat MAINPP) telah berlangsung pagi tadi di Seri Mutiara, Pulau Pinang.

Dalam majlis tersebut, Yang Berhormat Senator Dr. Zulkifli Hassan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), telah menyerahkan cek cura zakat Lembaga Tabung Haji berjumlah RM3,701,024.97 kepada YBhg. Prof. Emeritus Dato' Dr. Hj. Abd Aziz bin Tajuddin, Timbalan Yang Dipertua MAINPP.

Penyerahan tersebut turut disaksikan oleh Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama Ramli Ngah Talib, Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, di Seri Mutiara.

Semoga kerjasama erat ini terus diperkukuhkan selaras dengan aspirasi APAI2030, khususnya dalam memperkasakan instrumen zakat sebagai pemangkin kesejahteraan sosioekonomi ummah.

πŸ“Έ Kredit kepada : TYT Pulau Pinang Tun Ramli Ngah Talib



πŒπ€πŠπ‹π”πŒπ€π 𝐏𝐄𝐍𝐔𝐓𝐔𝐏𝐀𝐍 π’π„πŒπ„ππ“π€π‘π€ πŠπ€π”ππ“π„π‘ π™π€πŠπ€π“ πŒπ€πˆπππ 𝐂𝐀𝐖𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 πŒπ€π’π‰πˆπƒ ππ„π†π„π‘πˆ / π€π˜π„π‘ πˆπ“π€πŒDimaklumkan bahawa penutupan Kaunter...
07/05/2026

πŒπ€πŠπ‹π”πŒπ€π 𝐏𝐄𝐍𝐔𝐓𝐔𝐏𝐀𝐍 π’π„πŒπ„ππ“π€π‘π€ πŠπ€π”ππ“π„π‘ π™π€πŠπ€π“ πŒπ€πˆπππ 𝐂𝐀𝐖𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 πŒπ€π’π‰πˆπƒ ππ„π†π„π‘πˆ / π€π˜π„π‘ πˆπ“π€πŒ

Dimaklumkan bahawa penutupan Kaunter Zakat MAINPP cawangan Masjid Negeri / Ayer Itam dilanjutkan sehingga 05 Jun 2026 bagi memberi laluan kepada kerja-kerja naik taraf yang dijalankan di Masjid Negeri, Pulau Pinang.

Langkah Mudah Hanya Di Hujung Jari! Tunaikan zakat anda dengan lebih mudah dan cepat secara atas talian:

https://zakatpenang2u.com/my/Payments/publicZakatHartaCreate

Semoga ibadah zakat anda diberkati dan membantu mereka yang memerlukan.




πŠπ”ππ‰π”ππ†π€π π‡πŽπ‘πŒπ€π“ π™π€πŠπ€π“ πŒπ€πˆπππ πŠπ„ 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 πˆπŒπˆπ†π‘π„π’π„π ππ„π†π„π‘πˆ 𝐏𝐔𝐋𝐀𝐔 ππˆππ€ππ†Zakat Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (Zaka...
07/05/2026

πŠπ”ππ‰π”ππ†π€π π‡πŽπ‘πŒπ€π“ π™π€πŠπ€π“ πŒπ€πˆπππ πŠπ„ 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 πˆπŒπˆπ†π‘π„π’π„π ππ„π†π„π‘πˆ 𝐏𝐔𝐋𝐀𝐔 ππˆππ€ππ†

Zakat Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (Zakat MAINPP) telah mengadakan kunjung hormat ke Jabatan Imigresen Negeri Pulau Pinang bagi memperkukuh hubungan kerjasama strategik antara agensi.

Kunjung hormat tersebut diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif Zakat MAINPP, YBrs. Tuan Mohamad Kairi Ghazalli, manakala pihak Jabatan Imigresen Negeri Pulau Pinang diketuai oleh YBrs. Tuan Khwaja Banthey Navaz bin Mohamed Haneef, Timbalan Pengarah Imigresen Negeri (Kawalan).

Perbincangan dalam kunjungan ini berkisar kepada pelaksanaan potongan zakat menerusi Skim Sakinah dalam kalangan kakitangan Jabatan Imigresen Negeri Pulau Pinang, sebagai usaha memudahkan warga kerja menunaikan kewajipan berzakat secara lebih tersusun dan berterusan.

Selain itu, Zakat MAINPP turut memberikan penerangan berkaitan konsep wakalah zakat, iaitu kaedah pengembalian sebahagian wang zakat kepada institusi atau organisasi yang layak bagi tujuan agihan semula kepada golongan asnaf yang memerlukan.

Usaha ini selari dengan Agenda Pembangunan Agama Islam Negeri Pulau Pinang 2030 (APAI2030), khususnya dalam memperkukuh institusi agama, memperluas kesedaran berzakat serta memelihara maqasid syariah melalui pengurusan zakat yang lebih berkesan dan dekat dengan masyarakat.

Semoga jalinan kerjasama ini dapat membuka lebih banyak ruang sinergi antara Zakat MAINPP dan Jabatan Imigresen Negeri Pulau Pinang demi manfaat umat Islam serta pembangunan sosioekonomi ummah di negeri ini.




πƒπˆπ”π‰πˆ πŠπ„π‡πˆπ‹π€ππ†π€π πˆππ” 𝐃𝐀𝐍 π€π˜π€π‡ πƒπ€π‹π€πŒ π“π„πŒππŽπ‡ π’πˆππ†πŠπ€π“, 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑 πŒπ€π“π‘πˆπŠπ”π‹π€π’πˆ 𝐓𝐄𝐑𝐔𝐒 πƒπˆπ’π€ππ“π”ππˆZakat Majlis Agama Islam Negeri P...
06/05/2026

πƒπˆπ”π‰πˆ πŠπ„π‡πˆπ‹π€ππ†π€π πˆππ” 𝐃𝐀𝐍 π€π˜π€π‡ πƒπ€π‹π€πŒ π“π„πŒππŽπ‡ π’πˆππ†πŠπ€π“, 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑 πŒπ€π“π‘πˆπŠπ”π‹π€π’πˆ 𝐓𝐄𝐑𝐔𝐒 πƒπˆπ’π€ππ“π”ππˆ

Zakat Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (Zakat MAINPP) telah menziarahi adik Muhammad Syaamil bin Mohd Shahril, pelajar Kolej Matrikulasi Pulau Pinang yang diuji dengan kehilangan kedua-dua ibu bapanya dalam tempoh beberapa hari.

Ziarah tersebut diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif Zakat MAINPP, YBrs. Tuan Mohamad Kairi Ghazalli. Adik Syaamil yang merupakan anak tunggal serta sedang menduduki peperiksaan akhir di kolej berkenaan.

Dalam kunjungan itu, Zakat MAINPP turut menyampaikan sumbangan tunai segera bagi membantu meringankan beban beliau. Pihak Zakat MAINPP juga akan meneliti keperluan bantuan susulan yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan serta kelangsungan pengajian adik Syaamil terus terbela.

Allahyarham bondanya telah kembali ke rahmatullah pada 1 Mei 2026, manakala Allahyarham ayahandanya p**a meninggal dunia pada 5 Mei 2026.

Zakat MAINPP menzahirkan ucapan takziah kepada adik Syaamil dan seluruh ahli keluarga atas pemergian insan tersayang. Semoga beliau dikurniakan kekuatan, ketabahan dan kemudahan dalam meneruskan kehidupan serta pengajian.

Marilah sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah buat Allahyarham Mohd Shahril bin Ismail dan Allahyarhamah Emmy Marlyza binti Isa. Semoga roh kedua-duanya dicucuri rahmat, diampunkan segala dosa dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.

Al-Fatihah.



Address

No. 4 Jalan Perda Selatan, Bandar Perda
Bukit Mertajam
14000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 16:30
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6045498088

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Zakat Mainpp posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Zakat Mainpp:

Share